DBP Sah Bahasa

PENGESAHAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU

Sistem DBP Sah Bahasa  ini merupakan salah satu perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka khusus untuk pertanyaan tentang penggunaan
bahasa kebangsaan pada iklan, iaitu papan iklan dan papan tanda. Perkhidmatan ini dapat dicapai oleh pelanggan web, khususnya petugas DBP, pihak berkuasa
tempatan (PBT) dan agensi pengiklanan.

Sistem ini turut boleh dicapai oleh PBT untuk memastikan status pengesahan iklan yang dimohon. Sistem ini menjadikan perkhidmatan yang diberikan oleh DBP lebih
cepat, cekap dan cemerlang kepada masyarakat.
 


Pengesahan Penggunaan Bahasa Melayu
Pengesahan penggunaan bahasa Melayu pada iklan, papan tanda, penamaan dan dokumen.

 

Papan Tanda

Pengesahan bahasa Melayu yang digunakan pada papan tanda perniagaan untuk permohonan lesen kepada pihak PBT.
 
Iklan

Pengesahan bagi penggunaan bahasa Melayu dalam iklan secara cetakan dan elektronik.
 

Penamaan

Pengesahan nama pembangunan, seperti bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan.
 
Penyemakan Dokumen

Pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan umum


Sila klik di sini untuk ke sistem 

 


Kemaskini pada 2017-08-28 23:23:18 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.