TATAURUSAN DERMA CIPTA DEWAN

TAFSIRAN & TUJUAN 
MUAT TURUN TATAURUSAN TABUNG DERMA CIPTA

TAFSIRAN

  • Tabung Derma Cipta Dewan
    Tabung Derma Cipta Dewan Dewan Bahasa dan Pustaka 
     
  • DBP/Dewan
    Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. 
     
  • Tataurusan
    Tataurusan ini sebagaimana yang digubal pada asalnya atau sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa, mengikut keperluan. 
     
  • Alamat
    Urus Setia Derma Cipta Dewan, 
    Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, 
    Tingkat 28, Menara DBP,
    Jalan Dewan Bahasa 
    50460 KUALA LUMPUR. 
     
  • Projek
    Projek termasuklah apa-apa juga projek penyelidikan dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan; atau penulisan dalam pelbagai bentuk; atau projek-projek lain dalam bidang bahasa, sastera dan budaya yang berbentuk persembahan, seminar, produksi, audio-visual dan sebagainya yang bersesuaian dengan matlamat Dewan, sama ada yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ataupun pihak lain.
     
  • Panel Penasihat
    Panel Penasihat Tabung Derma Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka.
     
  • Jawatankuasa Pelaksana
    Jawatankuasa Pelaksana Tabung Derma Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka.
     
  • Penulis
    Orang, institusi atau badan yang menghasilkan karya dalam bentuk kreatif, umum dan/atau ilmiah.
     
  • Pemohon
    Orang, institusi atau badan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan Tabung Derma Cipta.
     
  • Penerima
    Orang, institusi atau badan yang menerima bantuan Tabung Derma Cipta.


TUJUAN

Tabung Derma Cipta  ini bertujuan untuk:

a. Mengumpulkan dana bagi membiayai pelaksanaan projek.

b. Membolehkan mana-mana badan atau institusi awam dan  swasta, atau individu sama-sama menyumbang bagi membiayai
    projek.

c. Membantu orang, badan atau institusi untuk melaksanakan  projek, atau menghasilkan karya bagi meningkatkan khazanah
   ilmu dan persuratan sesuai dengan matlamat penubuhan Dewan  Bahasa dan Pustaka.

 

 

 


Kemaskini pada 2017-08-17 21:32:09 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.