KARYAWAN TAMU -TANGGUNGJAWAB

 



TAFSIRAN & TUJUAN
DASAR PEMILIHAN
TANGGUNGJAWAB
KEMUDAHAN
PENERBITAN KARYA
MESYUARAT PENGURUSAN
KUASA MESYUARAT PENGURUSAN
KUASA DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP AHLI MESYUARAT
BORANG KARYAWAN TAMU

 

TANGGUNGJAWAB KARYAWAN TAMU DEWAN

  • Menandatangani perjanjian yang mengandungi syarat-syarat dan perkara-perkara yang perlu dipatuhi sebelum memulakan tanggungjawab sebagai Karyawan Tamu Dewan. 
  • Menyiap dan menyempurnakan projek dalam tempoh pelantikan yang akan diputuskan oleh Mesyuarat Pengurusan. Jika tiada kemajuan mengikut jadual seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian, pelantikan Karyawan Tamu Dewan berkenaan boleh dkaji semula atau ditamatkan mengikut keputusan Mesyuarat Pengurusan. 
  • Menjadi pakar rujuk, jika berkenaan, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian mengikut bidangnya dalam tempoh pelantikan sebagai Karyawan Tamu Dewan. 
  • Mengambil bahagian dalam kegiatan yang bersuaian yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tempoh pelantikan Karyawan Tamu Dewan. 
  • Memaklumkan secara bertulis kepada Pengurus Projek sekiranya Karyawan Tamu Dewan gagal mematuhi jadual yang telah ditetapkan.  Kedudukan ini pula dimaklumkan oleh Pengurus Projek kepada Urus Setia, dan seterusnya melaporkannya dalam Mesyuarat Pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

 

 

   

Kemaskini pada 2017-08-17 16:51:19 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.