KARYAWAN TAMU - DASAR PEMILIHAN

 



TAFSIRAN & TUJUAN
TANGGUNGJAWAB
KEMUDAHAN
PENERBITAN KARYA
MESYUARAT PENGURUSAN
KUASA MESYUARAT PENGURUSAN
KUASA DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP AHLI MESYUARAT
BORANG KARYAWAN TAMU

 

DASAR PEMILIHAN 

  • Karyawan Tamu Dewan boleh dilantik daripada warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan, yang boleh menyumbang ke arah memperkaya khazanah ilmu dan ketamadunan bangsa dalam bahasa yang ditetapkan dalam Perkara 2.1.6 di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabngsa. 
  • Karyawan Tamu Dewan hendaklah dipilih berdasarkan kriteria yang berikut:
  • Pencapaian yang tinggi dalam bidang yang diceburinya 
  • Kemampuan untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan. 
  • Pernah memberikan gagasan atau sumbangan yang penting kepada perkembangan ilmu.


CARA PEMILIHAN

  • Calon yang menepati kriteria Karyawan Tamu Dewan seperti yang terkandung dalam Perkara 2.1.1 dan 4 akan dikenal pasti dan ditawarkan oleh DBP untuk melaksanakan pengkaryaan yang dirancang oleh DBP yang dapat memenuhi keperluan yang berkaitan dengan Perkara 4.1. 
  • Calon yang menepati takrif Karyawan Tamu Dewan dan mempunyai rancangan untuk melakasanakan pengkaryaan seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 2.1.6 , dan bidang-bidang penulisan yang ditentukan oleh DBP boleh juga  mengemukakan permohonan untuk menjadi karyawan Tamu Dewan.
  • Calon-calon yang menepati kriteria Karyawan Tamu hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengelola untuk kelulusan sebelum pelantikan dibuat.

 

 

   

Kemaskini pada 2017-08-17 17:17:05 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.