PENGENALAN
Penubuhan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) pada 12 Ogos 1996, di Kuala Lumpur, Malaysia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara negara rantau ini demi membina dan mengembangkan sastera berbahasa Melayu/Indonesia. Salah satu program Nusantara, sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi MASTERA, ialah Hadiah Sastera MASTERA. Hadiah ini adalah salah satu bentuk inisiatif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara anggota pendiri, iaitu Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia bagi memenuhi pernyataan yang berikut;
"Mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan memajukan bakat, penterjemahan penerbitan dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera"
Tujuan:
Bidang Penilaian: (Karya Perseorangan)
Kumpulan puisi
- Kumpulan cerpen
- Novel
- Drama pentas
- Kajian sastera / kumpulan esei kritik
Pelaksanaan
Setiap negara akan memilih tiga(3) karya terbaik yang mewakili lima(5) genre tersebut untuk dinilai di Peringkat Rantau.
-
Mastera Malaysia akan membentuk Panel Induk yang terdiri daripada wakil dari ketiga-tiga negara pendiri dan Singapura(sebagai wakil negara pemerhati)untuk memilih eorang pemenang dari setiap negara.
-
Setiap pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM10,000.00 berserta sijil dan plak
Senarai Penerima Hadiah Sastera MASTERA
|
Kemaskini pada 2019-05-21 15:49:24 daripada Pentadbir Sistem