Hadiah Sastera MASTERA

PENGENALAN

Penubuhan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) pada 12 Ogos 1996, di Kuala Lumpur, Malaysia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara negara rantau ini demi membina dan mengembangkan sastera berbahasa Melayu/Indonesia. Salah satu program Nusantara, sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi MASTERA, ialah Hadiah Sastera MASTERA. Hadiah ini adalah salah satu bentuk inisiatif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara anggota pendiri, iaitu Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia bagi memenuhi pernyataan yang berikut; 


"Mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan memajukan bakat, penterjemahan penerbitan dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera"
 

Tujuan: 

 
  • Mengenal pasti karya-karya sastera bermutu dalam pelbagai genre yang asli ditulis  dalam bahasa Melayu/Indonesia atau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di  negara-negara rantau Asia Tenggara  
  • Memberikan pengiktirafan bertaraf rantau kepada bermutu dan kepada para penulis yang menghasilkannya dalam sesuatu tahun penilaian
 

 

Bidang Penilaian:  (Karya Perseorangan) 

Kumpulan puisi

  • Kumpulan cerpen
  • Novel
  • Drama pentas
  • Kajian sastera / kumpulan esei kritik

 Pelaksanaan

Setiap negara akan memilih tiga(3) karya terbaik yang mewakili lima(5) genre tersebut    untuk dinilai di Peringkat Rantau.

  • Mastera Malaysia akan membentuk Panel Induk yang terdiri daripada wakil dari ketiga-tiga negara pendiri dan Singapura(sebagai wakil negara pemerhati)untuk memilih eorang pemenang dari setiap negara.
  • Setiap pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM10,000.00 berserta sijil dan plak
 

Senarai Penerima Hadiah Sastera MASTERA 

 

 

 

 


Kemaskini pada 2019-05-21 15:49:24 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.