Anugerah Ilmuwan Mabbim

Anugerah Ilmuwan MABBIM ialah perhargaan yang tinggi kepada pakar-pakar bidang ilmu yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti mereka terhadap perkembangan  peristilahan bahasa Melayu/Indonesia selama ini.  

Tokoh yang menerima anugerah ini dipilih berdasarkan kriteria kekerapan penglibatan dalam mesyuarat MBIM/MBBIM, idea bernas yang disumbangkan berlandaskan kepakaran masing-masing, penerbitan mengenai peristilahan yang dihasilkan, serta iltizam tinggi yang ditunjukkan dalam usaha pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu  

Mabbim telah banyak melahirkan para ilmuwan dalam bidang peristilahan, daripada Jawatankuasa Istilah pelbagai bidang ilmu, dari ketiga-tiga negara anggota. Kesungguhan para ilmuwan ini membina bahasa ilmu dalam bahasa Melayu, membantu membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu mengungkapkan pelbagai konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang ilmu tertentu.   

              Senarai Penerima Anugerah Ilmuwan Mabbim

 

 

 

 


Kemaskini pada 2020-02-21 19:39:35 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.