Anugerah Kencana MABBIM

Kencana bererti emas.Sesuatu yang tinggi mutunya, mulia, berharga dan bernilai ialah makna  kiasan bagi kata emas. Wadah  MBIM/MABBIM merupakan sebuah majlis bahasa yang amat unik,  mulia, lagi bernilai bagi penutur bahasa Melayu/Indonesia.
Individu yang telah mencetuskan gagasan awal penubuhan wadah bahasa ini   perlu  dikenang dan diberi penghargaan yang tinggi oleh ketiga-tiga negara anggota  Mabbim kerana melalui majlis bahasa inilah bahasa yang asalnya serumpun dapat dibina dan dikembangkan sebagai  bahasa ilmu di rantau ini.Sempena Sambutan 25 Tahun MABBIM, iaitu pada Sidang Ke-37 di Terengganu, Malaysia, ANUGERAH KENCANA MABBIM diwujudkan bagi menghargai individu (dari ketiga-tiga negara anggota) yang telah berjasa kepada perkembangan bahasa Melayu/Indonesia.

Senarai Penerima Anugerah Kencana  MABBIM

 

 

 

 

 

 


Kemaskini pada 2020-02-21 19:33:52 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.