PIAGAM PELANGGAN

 

PIAGAM PELANGGAN
 

Kami beriltizam untuk menghasilkan keluaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini yang baku, bermutu dan berwibawa melalui perkhidmatan yang cekap, cepat dan cemerlang. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang mendukung peluasan fungsi teras kami, iaitu BAHASA, SASTERA dan PENERBITAN, seperti yang berikut:

  • Pertanyaan/aduan tentang bahasa, sastera, penerbitan dan kepustakaan Melayu melalui telefon, faksimile dan e-mel dilayan dalam tempoh 24 jam;
     
  • Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan melalui perkhidmatan kaunter DBP akan diluluskan dalam tempoh 20 minit (waktu pejabat) sekiranya tiada pembetulan;
     
  • Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh manuskrip diterima, dan keputusan tentang penerbitannya dimaklumkan dalam tempoh dua bulan selepas manuskrip diterima;
     
  • Manuskrip diterbitkan dalam tempoh enam bulan selepas diluluskan penerbitannya; dan
     
  • Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berada di pasaran tidak lewat daripada 20 hari bulan sebelum bulan terbitannya.
     

Kemaskini pada 2021-04-12 08:55:07 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.