Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Telefon Pantas 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka

Anugerah Tokoh Sastera Nusantara

PENGENALAN

Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN) adalah tradisi pertemuan para sasterawan empat negara serumpun (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam) yang telah dimulakan sejak tahun 1977. Antara resolusi PSN ialah mewujudkan Anugerah Sastera Nusantara. Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada penulis-penulis yang memberikan sumbangan yang bermakna dalam perkembangan sastera negara masing-masing. Resolusi tersebut hanya dapat dilaksanakan pada PSN IX di Sumatera Barat, Indonesia, pada tahun 1997. Anugerah diberikan kepada para penulis berasaskan buku-buku dalam genre puisi, cerpen, novel, drama dan esei kritik. Para pemenangnya terdiri daripada penulis-penulis Indonesia. Anugerah ini adalah sumbangan daripada Gabenur Sumatera Barat.

Tujuan diwujudkan Anugerah ini adalah untuk menghargai dan mengiktiraf tokoh-tokoh sasterawan dari empat negara, mewujudkan semangat Nusantara di kalangan penulis melalui suatu pengiktirafan yang bersifat serantau, dan memberikan makna kepada PSN untuk menjadi pertemuan yang berprestij melalui skim anugerah sastera yang berwibawa. Nilai hadiah Anugerah Sastera Nusantara ini ialah wang tunai bernilai RM5,000.00 dan Warkah Penghargaan.

Senarai Penerima Anugerah Sastera Nusantara 

 

 

 



Kemaskini pada 2017-01-10 10:09:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.