Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Telefon Pantas 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka

PENDAHULUAN Anugerah S.E.A Write

PENDAHULUAN

S.E.A. Write Award adalah Anugerah Penulis-penulis Asia Tenggara yang diwujudkan bagi   mengiktiraf para penulis dan penyair terkemuka di negara-negara rantau ASEAN.   Negara-negara ASEAN termasuklah Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos,   Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sebagai penghargaan kepada tradisi kesusasteraan, Anugerah S.E.A. Write telah   diwujudkan pada awal tahun 1979 untuk menggalak para penulis di negara-negara ASEAN   berkarya dan juga sebagai pengiktirafan kepada bakat dan kreativiti karya mereka.
Anugerah S.E.A. Write mendukung beberapa objektif,iaitu:

1.  Warkah Penghormatan Negara 
 

Suatu keunikan dalam penyelenggaraan pemilihan penerima anugerah ini iaitu para penerima dipilih oleh jawatankuasa pemilihan sesebuah negara ASEAN itu sendiri.

Pada umumnya tarikh tutup penyertaan untuk anugerah ini ialah pada akhir April setiap tahun, dan penerima akan diumumkan pada bulan Ogos tahun yang sama. Mereka yang layak menyertai pencalonan ini termasuklah organisasi, intitusi yang mempunyai kaitan dengan hasil kesusasteraan, para penerbit, pakar dalam bidang sastera, para penulis,  pengkritik dan para pembaca karya sastera.

 

 



Kemaskini pada 2017-01-10 10:06:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.