Anugerah Sastera Negara

Anugerah Sastera Negara dikurniakan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan menurut pendapat panel telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan   kesusasteraan tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi.Penerima akan menerima penghargaan dan penghormatan negara yang diberi dan dinyatakan dalam bentuk:

a.    Warkah Penghormatan Negara;

b.    Wang tunai sebanyak RM60 000.00;

c.    Penerbitan sebanyak 50 000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah maksimum RM500 000.00 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan
       dengan luasnya ke sekolah, perpustakaan, jabatan, dan agensi kerajaan;

d.    Kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan;

e.    Kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera;

f.     Kemudahan untuk penerbitan karya;

g.    Penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing; dan

h.    Elaun Sara Hidup sebanyak RM5000.00 sebulan.


 SENARAI PENERIMA ANUGERAH SASTERA NEGARA

 
 
1981
SN (Dr.) Kamaludin Muhammad (Keris Mas)
  1982
SN Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
  1983
SN Dato' (Dr.) Usman Awang
 
 

1985
SN Dato' Seri (Dr.)A. Samad Said

  1987
SN (Dr.) Muhammad Abdul Biang (Arena Wati)
  1991
SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh

)

 
1993
SN Dato' Noordin Hassan
 
1996
                 SN Dato' Abdullah Hussain 
  2003
SN Dr. Syed Othman Syed Omar (S. Othman Kelantan)

 

 

 
2009
SN Dato' Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan (Anwar Ridhwan)
  2011
SN Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala)
  2013
SN Dato' (Dr.) Baharuddin  Zainal (Baha Zain)
  ..    
   kjkkklllllll jk
 
2015 
SN Dato' Dr. Zurinah Hassan   
  2019
SN Datuk Dr. Siti Zainon Ismail
 

 


Kemaskini pada 2021-12-02 12:03:10 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.