Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Telefon Pantas 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka

JENDELA TIMUR

 

 

 

 

 

PENGENALAN

Jendela Timur ialah buletin yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) sebagai salah satu usaha untuk memperkembangkan dan memartabatkan bahasa dan sastera Melayu di Wilayah Timur.  Buletin ini diterbitkan tiga kali setahun, iaitu  pada setiap April, Ogos dan Disember.  Kandungannya memuatkan  rencana, esei, cerpen dan puisi para karyawan tempatan. Penerbitan ini bermatlamat untuk:

 

i.

Menyediakan wadah bagi menampung hasil karya kreatif dan bukan kreatif penulis-penulis di Wilayah Timur.

ii.

Menggalakkan penulis muda mengasah bakat dan seterusnya menghasilkan karya yang bermutu.

iii.

Menjadi wahana dalam menyampaikan maklumat terkini tentang perkembangan dan kegiatan bahasa,  sastera dan budaya di wilayah liputan, serta  menggalakkan penulis-penulis di Wilayah Timur bergiat lebih    cergas dalam  bidang penulisan berbahasa Melayu.


Melalui penerbitan buletin ini, penulis-penulis tempatan yang terbukti amat rajin menulis dan membuat penyelidikan dapat menyalurkan idea dan penemuan mereka kepada pembaca. Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang disandarkan, buletin ini telah diedarkan secara percuma kepada semua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, perpustakaan awam, negeri dan sekolah, institusi pengajian tinggi serta masyarakat umum. Untuk mendapat naskhah buletin ini, bolehlah berhubung dengan Encik Mohd Azam Juhari, nombor telefon 09-7414902 atau e-mel, mazam@dbp.gov.my.
 

Arkib Jendela Timur

 


Kemaskini pada 2017-08-17 22:08:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.