KATEGORI PENTADBIRAN

 KATEGORI PENTADBIRAN    
 

[Umum][Bahasa][Sastera][Penerbitan][Pentadbiran][Anda ada komen/cadangan? Sila klik di sini]

   
       
Cadangan:

Saya mencadangkan agar pihak DBP dapat memberi peluang jawatan yang bersesuaian kepada mahasiswa yang menjalankan penulisan (thesis) yang berkaitan dengan DBP. Tajuk penulisan tesis saya ialah "Penggarapan nilai Islam dan adab ketimuran disebalik teater melayu: Kajian persembahan teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)". Sekian, terima kasih.

   
Dari: johari bakri <joe_paradox@hotmail.com>    
Jawapan:

Merujuk cadangan saudara dalam Buku Pelawat DBP, dimaklumkan bahawa DBP tidak mengkhususkan mana-mana jawatan untuk siswa atau sesiapa jua yang telah membuat kajian yang berkaitan dengan DBP. Jika berminat, saudara bolehlah mengemukakan permohonan apabila jawatan yang bersesuaian diiklankan untuk diproses dan diberi pertimbangan.       

   
 
   
Komen:

Adakah jawatan kosong penolong pegawai tadbir yang ditawarkan adalah jawatan tetap atau kontrak?

   
Dari: sofia <sop6477@yahoo.com>    
Jawapan: Jawatan tersebut adalah jawatan tetap dan bertempat di DBP Kuala Lumpur    
 
   
Cadangan: Adakan ruang untuk kerjaya. Tujuan untuk menyemak status permohonan kerja yang telah diisi/pohon.    
Dari: Hasnah bte Asmawi <asha_479@hotmail.com>    
Jawapan: Terima kasih di atas cadangan puan.    
.
   

Komen:

Saya ingin tahu jika DBP, Malaysia ada menawarkan kursus jangka pendek atau penempatan kerja bagi pembantu perpustakaan. Untuk makluman, saya telah pun berkhidmat selama 5 tahun sebagai pembantu perpustakaan. Saya ingin belajar mengenai pengkatalogan dengan lebih lanjut serta memahirkan diri selain menambah pengalaman, jika ada saya amat berminat untuk mengikuti.

 

 

Dari:

Nor Rafidah Hj Mokhtar  rafidah@ipa.gov.bn

 

 

Jawapan:

Latihan sambil belajar hanya dibenarkan untuk pelajar yang diwajibkan oleh institusi di mana pelajar tersebut menuntut. Surat perakuan dari institusi diperlukan oleh DBP dan pelajar perlu membuat permohonan kepada Unit Latihan DBP. Terima kasih.

   
Dari: Muhd Fakruzrazi    <pck_sopasus@yahoo.com>    
   

 

 

 

 


Kemaskini pada 2017-02-22 13:37:40 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.