KATEGORI SASTERA

 KATEGORI SASTERA
 

[Umum][Bahasa][Sastera][Penerbitan][Pentadbiran][Anda ada komen/cadangan? Sila klik di sini]

   
Pertanyaan:

Kenapa tidak banyak sayembara puisi diadakan? Ramai orang akan menyertainya dan puisi turut tidak dilupakan. Oleh itu saya berharap agar pihak DBP akan menganjurkan pertandingan sayembara puisi dengan lebih kerap, teratur dan konsisten. 

Dari: En.Muhammad Ridhuan                       <wan_beb@yahoo.com>     Tarikh: 17/03/2005
Jawapan:

Terima kasih banyak atas reaksi tuan terhadap sayembara ini serta minat tuan terhadap bidang penulisan puisi. DBP dari semasa ke semasa menganjurkan peraduan menulis puisi. Walau bagamanapun, untuk sayembara kali ini, kategori puisi dan cerpen tidak kami masukkan kerana kami merasakan penghasilan antologi puisi dan cerpen untuk sayembara dalam tempoh sesingkat ini (9 bulan) agak sukar. DBP juga sering menganjurkan peraduan untuk genre cerpen dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Walau bagaimanapun, kami menghargai pandangan tuan itu.

Dari: En. Salehuddin Abg Shokeran                                 <saleh@dbp.gov.my>     Tarikh: 18/03/2005
 
Komen:

Assalamualaikum..saya merupakan seorang guru yang berkhidmat di Lahat Datu, Sabah. Baru-baru ini saya mengikuti satu seminar teknik pengajaran komsas oleh Dr. Lee Swee Tin yang saya rasakan agak bagus dan sesuai untuk didedahkan kepada guru. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya ingin sekali mendedahkan kepada pelajar saya tentang cara atau pun teknik menjawab soalan ini kerana pelajar di sekolah saya seolah-olah kurang berminat dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan beranggapan mata pelajaran ini susah. Jadi, bagaimanakah cara yang boleh sekolah kami lakukan untuk bekerjasama dengan DBP bagi menangani masalah ini? Bolehkah pihak DBP meluangkan masa seperti membuat klinik di tempat kami dan bagaimana pula dengan kosnya? Saya juga ingin mencadangkan agar pihak DBP boleh mengadakan lelongan buku di tempat kami bagi membolehkan pelajar kami dan juga pelajar sekolah yang berdekatan boleh membeli buku keluaran DBP untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan mereka. Sekian terima kasih.

Dari: Cikgu En. Rosdi                 <suspm05@yahoo.com.my>     Tarikh: 25/04/2006
Jawapan: 1. Permohonan tuan tentang perkara ini hendaklah dikemukakan secara bertulis (surat) kepada Pengarah Sastera, Aras 22, Menara DBP, Jalan dewan Bahasa , 50460 Kuala Lumpur atau tuan boleh menghubungi pegawai Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, tel: 03-21482550.                      
  2. Tuan bolehlah menghubungi Unit Khidmat Pelanggan, Dawama Sdn.Bhd. melalui talian 03-41074233 atau emel: support@dawama.com 
Dari: Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 07/04/2006
 
Komen: Hi salam sejahtera. Saya sudah puas bertanya dan mencari dalam laman Web DBP untuk hebahan sebarang seminar/persidangan Sastera traditional/klasik tetapi tidak ada sebarang maklumat. Apakah DBP akan menganjurkan SAKAT dan seminar sastera klasik untuk tahun 2006 ini? Sekiranya ada, saya memohon maklumat awal untuk membentangkan kertas kerja.
Dari: Pn. Nik Haslinda Nik hussain                                        <nlinda@usm.my>     Tarikh: 07/07/2006

Jawapan:

Untuk keterangan atau sebarang pertanyaan tentang seminar ini, puan dinasihatkan berhubung melalui talian 03-2148 2480 atau pegawai di Bahagian Kesusasteraan Traditional, DBP. Sekian, terima kasih

Dari:

Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 11/07/2006
.

 

 

 


Kemaskini pada 2017-02-22 13:35:45 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.