KATEGORI BAHASA

 KATEGORI BAHASA
 

[Umum][Bahasa][Sastera][Penerbitan][Pentadbiran][Anda ada komen/cadangan? Sila klik di sini]

 

 

Pertanyaan:

Saya ingin tahu jika pihak DBP ada menghasilkan kamus Bahasa Melayu - Inggeris. Saya amat gemar menulis cerpen dalam Bahasa Inggeris, namun keterhadan kosa kata dalam bahasa tersebut amat menyukarkan saya. Jika ada, bolehkah beritahu tajuk serta harganya? Jika belum, tolonglah adakan... Kerajaan mahukan orang Melayu tahu berbahasa Inggeris tetapi kalau tidak ada kamus, boleh ke dapat menguasainya? Kita boleh faham makna perkataan Inggeris (menggunakan kamuas Inggeris - Melayu) tetapi untuk menterjemahkan perkataan Melayu kepada Inggeris pula amat sukar...pada masa itu nak cari makna "pengapit" dalam Bahasa Inggeris pun payah. Harap pihak DBP dapat adakan kamus tersebut (sebab saya memang mahukannya).

Dari: Pn. Illyana Md. Isa                <ilyanaisa2005@yahoo.com>     Tarikh: 05/03/2006
Jawapan:

DBP sekarang sedang menyusun Kamus Melayu - Inggeris yang dijangka akan diterbitkan pada tahun 2007. 

Dari: En. Salehuddin Abg Shokeran                     <saleh@dbp.gov.my>     Tarikh: 08/03/2006
 
Komen:

Terima kasih kepada DBP kerana mengeluarkan simpulan bahasa yang menggunakan perkataan KELING dengan makna yang kurang halus daripada Kamus Dewan dalam edisi terbaru. Pernah saya hantar pandangan peribadi tentang hal ini beberapa tahun lalu, dan kini saya dapati perubahan seperti yang saya sarankan telah menjadi kenyataan. Nampaknya ada pihak yng cuba mengeluarkan perkataan KELING terus daripada kamus, dan ingin menyampaikan memorandum  dan bantahan... tetapi mereka lebih dikuasai emosi dan tidak memahami latar belakang perkataan ini dalam sastera mahupun sejarah di nusantara. Jika perlu, saya juga akan menulis penjelasan dalam bahasa Tamil dalam akhbar tempatan. Lagi sekali, 'Terima Kasih' kepada DBP atas keprihatinan yang ditunjukkan itu.

Dari: En. K.Narayanasamy                                          <samy@tm.net.my>      Tarikh: 08/02/2006
Jawapan:

Saya mengalu-alukan hasrat saudara K.Narayanasamy untuk menulis penjelasan tentang kata keling dalam nahasa Tamil dan disiarkan dalam akhbar tempatan.     

Dari:

Puan Hajah Noresah Baharom, Pengarah Jabatan

 
Cadangan:

Penggunaan istilah "infotainmen" masih diteruskan penggunaannya walaupun menerima kritikan tokoh bahasa. Adakah penggunaan istilah "infotaimen" dapat digunakan dalam penyelidikan ilmiah walaupun ianya tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah bahasa Malaysia (DBP, 1975)

Dari:

Pn. Suhaina Ab.Rahman        <armtard1511@yahoo.com>    Tarikh: 26/02/2006

Jawapan:

Istilah ini memang tidak boleh diterima Malahan RTM sendiri sudah menggantikannya dengan inforia, seperti cadangan DBP.   

 
Cadangan:

Saya mencadangkan agar DBP menerbitkan satu software bagi kamus alih bahasa english-melayu bagi memudahkan pelajar dan pengguna menggunakannya bersama-sama komputer. sekian,terima kasih.

Dari: En. Muhamad Zaini Ibrahim      <kawe_78@yahoo.com>
Jawapan: Terima kasih di atas cadangan tuan.
 
Pertanyaan: Apa dia KORPUS BERKOMPUTER dalam pengajaran tatabahasa dan cara penggunaannya
Dari: Pn. Julia Darman  <liayob@yahoo.com>
Jawapan:

Berhubung dengan masalah puan yang kurang faham tentang makna 'korpus berkomputer' serta proses kerja yang dijalankan, saya mencadangkan agar puan mendapatkan informasi berkenaan di universiti atau institusi yang ada melaksanakan program berkenaan.
Saya cuma boleh memberikan makna korpus berkomputer iaitu himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll) yang dimuat turun ke dalam komputer (mungkin dalam laman web tertentu) dengan tujuan untuk memudahkan proses pengajaran, mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran.

 
Pertanyaan:

Sejauh manakah penggunaan kata ganti digunakan di Malaysia? Diharap pihak DBP dapat memberi jawapan yang terperinci kepada saya.

Dari: En. Hafiz <d3vilmaycry696@yahoo.com>
Jawapan:

Untuk makluman tuan, kita sering menggunakan kata ganti nama dalam kehidupan seharian. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang(pertama, kedua dan ketiga). Oleh kerana ruang jawapan yang terhad di samping faktor masa yang terbatas, pihak kami tidak dapat menjelaskan dengan terperinci tentang aspek berkenaan. Pihak kami mencadangkan agar tuan membeli buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang berharga RM30.00 bagi rujukan tuan seharian. Justeru, dengan memiliki buku tersebut, tuan bukan sahaja dapat menyelesaikan kekeliruan tentang "kata ganti nama", bahkan semua hal yang berkaitan dengan tatabahasa terkandung di dalamnya.

 
Cadangan:

Dicadangkan DBP dapat membuat kamus/terjemahan secara online. Ini dapat mempertingkatkan lagi fungsi web ini.

Dari: Pn. Laily                                     <laili@btn.gov.my>     Tarikh: 26/05/2005
.Jawapan: Terima kasih di atas cadangan puan itu.
.
Komen:

Saya adalah pensyarah di USM Kubang Kerian dan berasal dari Kelantan. Ada satu perkataan dalam bahasa Malaysia yang saya rasa kurang tepat maknanya iaitu licin untuk kain yang telah digosok. Saya rasa perkataan yang digunakan oleh orang Kelantan lebih tepat iaitu lendek (sila bertanya dengan orang dari Kelantan untuk sebutan yang betul). Lendek bermakna tidak berkedut sedangkan licin, kita boleh guna untuk permukan atau muka yang licin. Saya dapat ide ini bila saya dengan suami (dari Johor) selalu mempertahankan istilah negeri masing-masing sebagai betul. Sekian, sekadar cadangan.

Dari: Pn. Asma                                                    <asmahas@kb.usm.my>     Tarikh: 15/06/2005
.
Komen:

Saya seorang pelajar perubatan yang kini menuntut di Dublin, Ireland. Semasa di bangku sekolah, saya memang terpegun dengan bahasa kebangsaan dan lazim berbahasa Melayu di kalangan rakan seperjuangan di SMK Taman Melawati. Walau bagaimanapun, sejak menjejak kaki di rantau orang, saya dapati penguasaan bahasa saya semakin hari, semakin merosot dan ini amat membimbangkan saya. Lebih-lebih lagi, pelajar malaysia lazim bergaul dalam bahasa Inggeris untuk memadankan diri dengan bahasa pengajaran di universiti. Meskipun ada kalanya kami bertutur dalam bahasa Melayu, sudah menjadi kebiasaan untuk mencampuraduk kata-kata Inggeris. Saya berharap melalui usaha pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui laman web ini, saya dapat memperkukuhkan penguasaan saya dalam bahasa ini, dan seterusnya menonjolkan kebanggaan saya terhadap bahasa kebangsaan ini. Sememangnya bahasa jiwa bangsa.

Dari: Puan. Sarah-Jane     <sarahjkhong@yahoo.com>          Tarikh: 12/09/2005
Jawapan: Terima kasih di atas pandangan puan itu.
Dari: Webmaster DBP                                      <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 13/09/2005 
.
Pertanyaan: Apakah versi terkini Dewan Eja dan berapakah harganya?
Dari: Pn. Zur Aina Mohd. Zain                                           Tarikh: 14/07/2005
Jawapan:

Untuk makluman puan, Dewan Eja 3000 adalah di dalam bentuk CD-Rom dan berharga RM180.00. Puan boleh mendapatkan CD-Rom tersebut di Koperasi DBP dengan potongan 10% atau mana-mana kedai buku lain.

Dari: Webmaster DBP                                      <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 14/07/2005
 
Cadangan:

Adakan kursus-kursus/kelas bahasa melayu dan cara-cara penulisan surat rasmi, ejaan, istilah struktur ayat, leksis, laras bahasa dan sebagainya kepada para pegawai kerana pada peringkat ini kebanyakan pegawai tidak mahu menerima perubahan ejaan, istilah, struktur ayat yang betul dan lain-lain apabila menulis atau menjawab surat terutama pegawai-pegawai yang berumur 40 tahun ke atas.Cara penulisan surat adalah imej organisasi. Saya kadangkala lemas dengan ayat yang berbelit-belit yang dianggap terbaik oleh ketua saya sedangkan saya tahu struktur ayat yang dibina dan ejaannya kadangkala salah kerana saya pemegang Diploma Bahasa dan Linguistik dari Universiti Malaya.

Dari: Pn. Maizarul Shima Ghazali   <shima@yahoo.com>
Jawapan:

Untuk makluman puan, bahagian kami iaitu Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam saban tahun mengadakan kursus bahasa iaitu Kursus Pembentukan Pegawai Bahasa dan Kursus Penataran Pegawai Bahasa dalam pelbagai aspek seperti Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Tatabahasa dan Penulisan Surat Rasmi. Di samping itu, kami turut memberikan kerjasama kepada organisasi awam yang mempunyai inisiatif untuk mengadakan kursus bahasa dengan menawarkan tenaga pengajar dan modul kursus. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

 

Encik Shahrun Nizal Mohd. Nor/Puan Rohayu Ismail,

 

Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu,

 

Tingkat 25, Menara DBP,

 

Jalan Dewan Bahasa,

 

50460 Kuala Lumpur.

 
Komen:

Kepada Editor Kamus Dewan, Kamus Dewan Edisi 2005 memberi ejaan 'pantomin', sementara kamus terdahulu memberi ejaan 'pantomim'. Mengapa berlaku perubahan? Perkataan asal ialah perkataan bahasa Inggeris 'pantomime', maka adalah lebih wajar ejaan dikekalkan sebagai 'pantomim'., bukan 'pantomin'.

Dari:

En. IA Hafiz  <missiahafiz@yahoo.com>

Jawapan:

Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan puan dalam hal ini dan usaha pihak puan menghubungi kami untuk merujuk hal yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Untuk makluman pihak puan, terdapat kesilapan teknikal semasa Kamus Dewan Edisi Ke-4  diterbitkan. Justeru, kesilapan itu akan dibetulkan secepat mungkin. Sehubungan dengan itu, kami mengesahkan dan memutuskan penggunaan padanan bagi terjemahan istilah "pantomime", dalam bahasa Melayu sebagai "pantomim".

 
Komen:

I've to help my sister to convert her birth certificate and marriage certificate from Malay version to English version, as she needs them to apply for Mauritius PR. However,her marriage certificate is a fax copy. Do I need to present the original copy in order to obtain the English version certificate?

Dari:

Au Mow Ai                          <morris@lk-solutions.com> Tarikh: 12/09/2005

Jawapan: Sila hubungi Puan Sa'odah Abdullah (012-2067076)
Dari: Webmaster DBP                                <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 12/09/2005
 
Komen:

Saya rasa, perkataan "alam semulajadi" adalah amat tidak sesuai kerana kita semua sedia maklum bahawa tiada sesuatu pun di dunia ini yang terjadi dengan sendirinya melainkan ia di ciptakan oleh Allah s.w.t. Saya berharap agar pihak DBP dapat membuat sesuatu dalam mencari perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan tersebut.

Dari:

En. Azlan bin Abdullah   <lan4774@yahoo.com>

Jawapan: Terima kasih di atas cadangan tuan.
  Webmaster DBP                <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 25/03/2005
 
Komen:

Saya ingin memaklumkan kepada pihak DBP tentang satu kesalahan ejaan yang nyata. Ada sebuah stesyen minyak SHELL di No. 199A, Jalan Tun Razak, KL masih menggunakan ejaan "Sharikat Cheng Bee" yang sepatutnya "Syarikat Cheng Bee". I amat menyakitkan mata saya yang agak sensitif dengan ejaan. Saya dah hubungi DBP melalui telefon tapi masih belum ada sebarang tindakan diambil. Tolong ya.

Dari: En. Askury Abd. Kadir              <askury@jmg.gov.my>     Tarikh: 15/03/2005

 

 
 

 

 


Kemaskini pada 2017-02-22 13:36:51 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.