Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     
   
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

KATEGORI UMUM

 KATEGORI UMUM

[Umum][Bahasa][Sastera][Penerbitan][Pentadbiran][Anda ada komen/cadangan? Sila klik di sini]

 

 

 
Pertanyaan:

Saya ingin mengetahui keputusan pertandingan esei telah berlangsung pada Ogos tahun lepas...terima kasih...

Dari: En. Mahfuzah <mitoz_buzz@hotmail.com>
   
Jawapan:

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, puan bolehlah menghubungi  Pegawai Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu melalui di talian: 03-21481960

 
Jawapan: Saya ingin bertanya kepada pihak DBP berkenaan dengan pembukaan cawangan kedai buku. Saya ingin membuka sebuah kedai buku dimana buku-buku tersebut adalah dibekalkan oleh pihak DBP,harap mendapat kerjasama daripada pihak DBP.
Pertanyaan: Pn. nurul fareeda ismail <zulkifliceo@imbasan.com.my>
Jawapan:

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, puan bolehlah menghubungi Unit Khidmat Pelanggan, Dawama Sdn. Bhd melalui talian 03-41074233 atau e-mel: support@dawama.com

 

Komen:

Laman ini amat memberi makna dan berkesan dalam penyebaran dan perkembangan bahasa dan pada pendapat saya bukan sahaja maklumat berkaitan dengan bahasa sahaja yang boleh dimuatkan dalam web ini bahkan boleh juga dimuatkan isu-isu berkaitan sosio-budaya melayu. Saya adalah pelajar UM Pengajian Melayu dalam pengkhususan sosio-budaya melayu akan berusaha membantu menjayakan misi ini pada masa akan datang setelah saya selesai menamatkan pelajaran di UM, insyaallah.

Dari:

Pn. Nurul Hidayah    <cahaya842001@yahoo.com> Tarikh: 29/10/2004

Jawapan: Terima kasih di atas pandangan saudari.
.
Pertanyaan: Kami dari Fakulti Farmasi UiTM Shah Alam memohon kerjasama pihak tuan  sekiranya tuan mempunyai majalah/buku lama yang disimpan atau ingin dilupuskan, bolehlah diberikan kepada kami untuk kami memenuhi ruang persatuan bilik kami di sini.  Tujuannya kami ingin memberikan pelajar kami bahan bacaan dan rujukan yang boleh dibuat oleh mereka.
Dari: En. azlan <ukomido@yhaoo.com>
Jawapan:

Permohonan tuan hendaklah diajukan secara bertulis(surat) kepada Pengarah Komunikasi Korporat, Aras11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa. 50460 Kuala Lumpur.

 
Komen:

Paparkan juga berita kemenangan pasukan DBP sebagai Johan Sukan Bolasepak, Badminton, Karom dan Dart dalam Sukan 4 Penjuru baru-baru ini. Juga semasa perasmian dan penutup oleh menteri. Sukan juga adalah antara akitiviti sosial DBP. Bukan nasyid sahaja.

Dari: En. Hiezam Hashim <izammh@dbp.gov.my>
Jawapan:

BKK bersedia menyiarkan berita sukan dalam laman sesawang DBP dan Sesama Kita sekiranya artikel tersebut dihantar ke BKK.

 


Cadangan:

Saya merupakan seorang guru yang berkhidmat di Lahad Datu Sabah. Baru-baru ini saya mengikuti satu SeminarTeknik Pengajaran Komsas oleh Dr Lee Swee Tin yang saya rasakan agak bagus dan sesuai untuk didedahkan kepada guru. untuk pengetahuan pihak tuan, saya ingin sekali mendedahkan kepada pelajar saya tentang cara atau pun teknik menjawab soalan ini kerana pelajar di sekolah saya seolah2 kurang berminat dengan matapelajaran bahasa melayu  dan beranggapan mata pelajaran ini susah. Jadi bagaimana kah cara yg boleh sekolah kami lakukan untuk bekerjasama dengan DBP bagi menangani masalah ini? Bolehkan pihak DBP meluangkan masa seperti membuat klinik di tempat kami dan bagamana pula dengan kosnya?? saya juga ingin mencadangkan agar pihak DBP boleh mengadakan lelongan buku di tempat kami bagi membolehkan pelajar kami dan juga pelajar sekolah yang berdekatan boleh membeli buku keluaran DBP  untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan mereka. Sekian terima kasih

Dari:

Cikgu En. Rosdi <suspm05@yahoo.com.my>

Jawapan:

1. Permohonan tuan tentang perkara ini hendaklah dikemukakan secara bertulis(surat) kepada Pengarah Sastera, Aras 22, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau tuan boleh menghubungi Pegawai Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, tel: 03-21482550.  2.Tuan bolehlah menghubungi Unit Khidmat Pelanggan, Dawama Sdn. Bhd. melalui talian 03-41074233 atau e-mel:support@dawama.com.

 

Pertanyaan:

Saya ingin bertanya bilakah keputusan peraduan mengarang cerpen/puisi sempena Jubli emas DBP akan diumumkan. Saya merupakan salah seorang peserta. Soalan kedua, pada tahun 2004 saya telah menyertai peraduan mengarang skrip drama pentas (kanak-kanak) anjuran majlis teater majlis dgn kerjasama DBP dan saya telah dipilih sebagai salah seorang pemenang. Majlis penyampaian hadiah dijadualkan pada Nov/Dis. 2004 tetapi sehingga kini majlis itu senyap begitu sahaja. Sekian terima kasih

Dari: Pn. Razilla Nazaran                  <acecah@yahoo.com>     Tarikh: 03/05/2005
Jawapan:

Berhubung dengan perkara ini, puan dinasihatkan berhubung terus dengan Pegawai Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan melalui talian 03-21482550.

 
Komen:

Muat turun laman agak lambat sebab terlalu banyak animasi.

Dari: En. Ahmad Bentur bin Selamat <adventislam@johordt.com>
.
Komen: Kamus-kamus online sering kali tidak dapat diakses senarai rujukan Bahasa Melayu yang terunggul di negara kita, DBP harus memastikan website dapat digunakan sepenuh masanya.
Dari: Dr. Kok Khee Huat                <drkok@streamyx.com>    Tarikh:05/02/2006
Jawapan:

Salam sejahtera. Pihak kami sudah cuba mencapai kamus-kamus tersebut dari Laman DBP dan tidak menghadapi sebarang masalah. Mohon Dr. Kok untuk mencapai terus dari alamat ini http://www.karyanet.com.my. Sekiranya Dr. Kok masih menerima masalah yang sama, mohon memaklumkan kembali kepada pihak kami untuk tindakan seterusnya.

Dari: Webmaster DBP               <webmaster@dbp.gov.my>    Tarikh: 06/02/2006
.

Pertanyaan:

Saya pemenang pertandingan menulis esei jabatan kerajaan sokongan , no kad pengenalan 731125-12-5464, mengikut makluman, dengan kemenangan tersebut saya layak menjadi ahli Rakan Dewan secara automatik tetapi sehingga kini tidak mengetahui no. ahli atau sebagainya, harap mendapat maklumat mengenai perkara ini.

Dari:

Pn. Sauyah Bt. Sigun          <noey2602@yahoo.com>    Tarikh: 03/01/2006

Jawapan:

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, puan bolehlah menghubungi  Pegawai Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu melalui talian: 03-21481960

Dari: En. Sallehuddin Shokeran            <saleh@dbp.gov.my> Tarikh: 04/01/2006
.
Cadangan:

Dicadangkan DBP dapat membuat kamus/terjemahan secara online. Ini dapat mempertingkatkan lagi fungsi web ini.

Dari: Pn. Laily                                  <laili@btn.gov.my>     Tarikh: 26/05/2005
.Jawapan: Terima kasih di atas cadangan puan.
.
Komen:

Saya seorang pelajar perubatan yang kini menuntut di Dublin, Ireland. Semasa di bangku sekolah, saya memang terpegun dengan bahasa kebangsaan dan lazim berbahasa Melayu di kalangan rakan seperjuangan di SMK Taman Melawati. Walau bagaimanapun, sejak menjejak kaki di rantau orang, saya dapati penguasaan bahasa saya semakin hari, semakin merosot dan ini amat membimbangkan saya. Lebih-lebih lagi, pelajar malaysia lazim bergaul dalam bahasa Inggeris untuk memadankan diri dengan bahasa pengajaran di universiti. Meskipun ada kalanya kami bertutur dalam bahasa Melayu, sudah menjadi kebiasaan untuk mencampuraduk kata-kata Inggeris. Saya berharap melalui usaha pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui laman web ini, saya dapat memperkukuhkan penguasaan saya dalam bahasa ini, dan seterusnya menonjolkan kebanggaan saya terhadap bahasa kebangsaan ini. Sememangnya bahasa jiwa bangsa.

Dari: Pn. Sarah-Jane  <sarahjkhong@yahoo.com>
Jawapan: Terima kasih di atas pandangan puan.
.
Komen:

Jalinan kerjasama yang erat di antara DBP dan para pengguna menjadikan bahasa melayu tak layu dek panas, tak reput dek hujan. Syabas DBP, usahamu amat bermakna dan disanjung selamanya tanpa noktah.

Dari: <aybyos69@hotmail.com>
.Jawapan: Terima kasih di atas komen tuan.
.
Cadangan:

Mohon buat satu borang pendaftaran untk pengguna mendaftar supaya dapat mengakses Laman Dewan Bahasa dan Pustaka seperti mencari buku-buku dan lain-lain.

Dari: En. Muhd Fakruzrazi    <pck_sopasus@yahoo.com>
Jawapan:

Saudara boleh membuat carian buku di ruangan Katalaog Dalam Talian yang telah disediakan.

.
Cadangan: Saya mencadangkan agar Laman rasmi DBP ini dibuat dalam dwibahasa. maksud saya, terdapat satu pautan lagi yang memaparkan laman ini dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab ramai rakan saya yang mempelajari bahasa Melayu, maka saya rasa laman ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah dalam penggunaan bahasa Melayu. Saya amat berharap dapat melihat laman ini dalam dwibahasa. Percayalah, ia tidak akan meminggirkan penggunaan bahasa melayu, kerana saya percaya mempelajari sesuatu bahasa baru adalah bermula dengan perantara bahasa lain. Terima kasih.
Dari: Pn. Najwa <chicamalaya@yahoo.com>
Jawapan: Terima kasih di atas cadangan saudari. Pihak kami sedang mengusahakan Laman Web DBP dalam bahasa inggeris.
Komen:

Laman web ni bagus ...cuma tidak ada senarai telefon dan e-mel orang penting. Saya juga ingin tahu kadar bayaran untuk kerja penterjemahan. Siapa boleh dihubungi?

Dari: <syahrul@fit.unimas.my>
Jawapan:

Telefon dan e-mel sudah disediakan mengikut Jabatan dan Bahagian.Untuk pertanyaan tentang kadar bayaran terjemahan teks/dokumen penuh , sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia    03-21424381 (Puan Nor Suzana Saari) atau 012-2067076 (Puan Saodah Abdullah)

 
Cadangan:

Kalau boleh masukkan maklumat tentang pernyataan undang-undang seperti akta, perlembagaan, dasar kerajaan, deklarasi (jika boleh) dan lain-lain yang berkaitan dengan penubuhan dan peranan DBP , Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 - Akta Bahasa Kebangsaan, Dasar Buku Kebangsaan, Deklarasi Beijing 96 dan lain-lain. Hal ini amat penting untuk rujukan dari semasa ke semasa terutamanya bagi pengkaji bahasa, pelajar, pengamal undang-undang, dsb.

Dari:

Pn. Zaiton Ismail              <zaiton23@dbp.gov.my>     Tarikh: 25/01/2005

Jawapan: Terima kasih di atas cadangan puan.  Maklumat ini sudah boleh dicapai di bawah ruangan Akta.
Dari: Webmaster DBP                                     <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 25/01/2005
 
Cadangan:

DBP telah maju setapak lagi dengan tersergam indah bangunan yang menempatkan para ilmuan dan penulis. Tahniah juga kerana mengadakan laman karyanet.com.my sebagai penjana gedung digital ilmiah bahasa Melayu, syabas dan terus maju jaya.

Dari: En. Muhd Adnan Bahari    <bernamasb@yahoo.com>     Tarikh: 12/12/2004
Jawapan: Terima kasih di atas komen tuan..
 
Cadangan:

Supaya lebih mesra pengguna, saya sarankan agar dimasukkan senarai karyawan DBP dari peringkat tertinggi hingga karyawan biasa dalam portal DBP. Dengan demikian anggota masyarakat yang ingin berhubung dengan mana-mana karyawan DBP, atas maksud apa-apa jua, dapat berbuat demikain. Senarai nama (sama ada menurut jabatan/bahagian/unit atau secara abjad) perlu dilengkapi no,. telefon dan alamat e-mel.

Dari: Prof. Dr. Awang Sariyan <awsr@yahoo.com>
Jawapan: Terima kasih di atas komen Prof. Pihak kami akan menyediakan kemudahan ini.
 
Cadangan:

Saya seorang penterjemah bebas dan selalu perlu merujuk kepada istilah online DBP/Karyanet bagi memastikan saya menggunakan istilah standard dan terkini. Malangnya saya tidak dapat akses dengan konsisten, dan kadang-kadang berhari-hari lamanya tidak dapat akses. Bagaimana agaknya untuk menyelesaikan masalah ini? Saya menggunakan broadband Streamyx. Saya dapat tahu ada juga kawan-kawan saya juga menghadapi masalah ini. Diharap mendapat perhatian pihak tuan.

Dari:

Pn. Mardiati                      <mardia_n@yahoo.com>     Tarikh: 16/11/2005 

Jawapan:

Terima kasih di atas komen tuan. Pihak kami akan melihat perkara ini.

 
Cadangan:

Assalamualaikum wbt.saya ada satu cadangan yang ingin saya kemukakan kepada pihak  DBP. Saya mencadangkan agar pihak DBP membuat pameran ke sekolah-sekolah rendah dan menengah. Ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk mencintai bidang bahasa khususnya bahasa melayu.

   
Dari:

Pn. Anisah Binti Hamran            <mardia_n@yahoo.com> Tarikh: 14/12/2006

   
Jawapan:

Dewan Bahasa dan Pustaka menerima baik cadangan ini dan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Terima kasih.

   
 Dari En. Sallehuddin Shokeran             <saleh@dbp.gov.my> Tarikh : 19/12/2006
 
Cadangan:

Kami ingin mengadakan satu lawatan sambil belajar ke tempat anda. Bagaimanakah kami boleh meneruskan matlamat kami.

   
 Dari:

En. uma sangari               <uma_mal27@yahoo.com>     Tarikh: 10/07/2006

   
Jawapan:

DBP merakamkan ucapan terima kasih kerana minat puan ingin membuat lawatan sambil belajar di DBP. Puan dinasihatkan menulis surat permohonan kepada ketua Pengarah DBP. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada kekosongan tempat latihan sambil belajar di DBP.

   
 Dari Webmaster DBP                      <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh : 11/07/2006
 
   
Cadangan:

Saya baru bertugas di bahagian Perpustakaan, bagaimana saya ingin mendapatkan poster-poster berkaitan dengan ilmu membaca/galakan membaca untuk dilekatkan di dalam perpustakaan.

   
 Dari:

Pn. Rahimah Sulaiman            <eidilmin@yahoo.com>     Tarikh: 05/07/2006

   
Jawapan:

Ingin dimaklumkan bahawa poster dan risalah tentang gerakan membaca dan yang berkaitan boleh diperolehi dari Urus Setia Gerakan Membaca dengan menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia (03-26943488)

   
 Dari Webmaster DBP             <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh : 05/07/2006
 
   

 

 

 
Dikemaskini pada 28 Okt 2008
: 5305578
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini


Kemaskini pada 2016-11-02 12:03:01 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.