Majalah DBP

Matlamat Penerbitan Majalah DBP

» Mendaulatkan dan mengembangkan penggunaan bahasa kebangsaan melalui penerbitan majalah.

» Meninggikan mutu karya sastera kreatif dan bukan kreatif yang ditulis dalam bahasa kebangsaan serta mengembangkan bakat kesusasteraan melalui penerbitan majalah.

» Meningkatkan ilmu pengetahuan serta mempertajam pemikiran bangsa Malaysia melalui penerbitan majalah yang merangkum segala bidang ilmu.

» Membentuk pemikiran dan budaya yang sihat dalam kalangan kanak-kanak dan golongan remaja melalui penerbitan majalah khusus untuk mereka.

» Memperkenalkan kesusasteraan dan kebudayaan Malaysia kepada dunia antarabangsa dengan cara penterjemahan dan penulisan, melalui penerbitan majalah.

» Mengadakan rancangan penyelidikan, sama ada bersendirian ataupun dengan kerjasama pihak lain, bertujuan untuk meningkatkan mutu penerbitan majalah.

» Menganjurkan kegiatan dengan tujuan untuk mempromosikan majalah terbitan DBP.

 

Editor:
Aninah Janang
aninah@dbp.gov.my

Penolong Editor:
Syaza Wardina Abd Khalik syaza@dbp.gov.my

DEWAN MASYARAKAT

Penggerak Tradisi Ilmu dan Pemikiran Kritis

Mula terbit : September 1963
Kekerapan : Setiap awal bulan
Tebal : 68 halaman
Harga :
Semenanjung Malaysia: RM5.50
Sabah/Sarawak : RM6.00
Singapura : S$5.50
Brunei Darussalam : B$5.50

Isi Kandungan :
Menyorot dan menganalisis perkara- perkara penting dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan politik dalam masyarakat Malaysia serta peristiwa dan isu menarik antarabangsa serta cetusan kolumnis terhormat.

Pembaca Sasaran :
Golongan eksekutif dan profesional, pentadbir, pembuat dasar, pemimpin, usahawan, pendidik, pelajar menengah atas dan pengajian tinggi dan orang awam.

Sertai majalah Dewan Masyarakat di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

   

Editor:
Suria Janib

suria@dbp.gov.my                  


 

PELITA BAHASA 

Wadah Kesempurnaan Bahasa
Mula terbit : Mac 1989
Kekerapan : Setiap awal bulan
Tebal : 60 halaman
Harga :
Semenanjung Malaysia : RM4.50
Sabah/Sarawak :  RM5.00 
Singapura : S$4.50
Brunei Darussalam : B$4.50

Isi Kandungan :
Pelita Bahasa merupakan bahan bacaan ringan yang dapat dijadikan sumber rujukan berhubung dengan soal-soal bahasa. Isinya bukan sahaja bersifat informatif, tetapi juga merupakan sumber rujukan dan pedoman dalam bidang bahasa yang berwibawa.

Pembaca Sasaran :
Guru, pelajar menengah rendah dan tinggi, mahasiswa, kakitangan kerajaan dan pengguna bahasa yang lain.

Sertai majalah Pelita Bahasa  di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

   

Editor:
Muhammad Lutfi bin Zahid 
lutfi@dbp.gov.my

Penolong Editor:
Muhd Hakimi bin Abd Rani  
hakimi@dbp.gov.my

DEWAN BUDAYA   

Wadah Forum Kebudayaan
Mula terbit : Januari 1979
Kekerapan : Setiap awal bulan
Tebal : 68 halaman
Harga :
Malaysia (Semenanjung) : RM6.00
Sabah/Sarawak : RM6.50
Singapura : S$6.00
Brunei Darussalam : B$6.00

Isi Kandungan :
Menyorot perkembangan nilai, sikap dan pemikiran masyarakat. "Isu", "Profil", "Eksklusif", "Filem" dan "Seni" adalah antara ruangan tetap yang cukup menarik.

Pembaca Sasaran :
Pemikir budaya, golongan profesional dan intelektual, pemimpin masyarakat, peminat seni dan budaya, pendidik, pelajar pengajian tinggi dan menengah atas.

Sertai majalah Dewan Budaya di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

   

Editor:
Muhammad Fadhli 
Al-Akiti
fadhli@dbp.gov.my

Timbalan editor:
Zaidi Saad
zaidi@dbp.gov.my

DEWAN SASTERA   
Mula terbit : Januari 1971
Terbit : Setiap awal bulan
Tebal : 100 halaman
Harga :
Semenanjung Malaysia: RM6.00
Sabah/Sarawak : RM6.50
Singapura : S$6.00
Brunei Darussalam : B$6.00

Isi Kandungan :
Sebagai peneroka sastera kreatif, majalah ini memuatkan karya-karya sastera yang bermutu tinggi dari dalam dan luar negeri. Sentiasa mencari serta menemukan hasil kesenian dan pemikiran baru yang dinamik.

Pembaca Sasaran :
Penyelidik pensyarah universiti dan maktab, mahasiswa  calon guru, pelajar menengah tinggi dan peminat sastera.

Sertai majalah Dewan Sastera di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

   

Editor:
Yusaida Yusof
yusaida@dbp.gov.my

Penolong Editor
Norsuhaila Ibrahim
suhaila@dbp.gov.my

DEWAN BAHASA
Memperkaya Wawasan Pembaca

Mula terbit : Januari 2001
Terbit : Setiap awal bulan
Tebal : 70 halaman
Harga :

Semenanjung Malaysia : RM6.50

Sabah/Sarawak : RM7.00

Singapura : S$6.50

Brunei Darussalam : B$6.50
 

Isi kandungan :
Menyorot perkembangan isu semasa bahasa kebangsaan sama ada pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Di samping itu, majalah ini juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan peranan bahasa Melayu sebagai agen pembangunan negara yang meliputi pemikiran, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya.
 

Pembaca sasaran :
Budayawan, golongan profesional, pejuang  bahasa, pensyarah, mahasiswa, pemimpin, serta orang awam.

Sertai majalah Dewan Bahasa di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

 

   

Editor:
Shakira Khairudin
shakira@dbp.gov.my

Penolong Editor:
Etty Zalita Zakaria
etty@dbp.gov.my

 

 

DEWAN PELAJAR   
Wadah Kanak-kanak dan Murid Sekolah Rendah

Mula terbit : Januari 1967
Terbit : Setiap awal bulan
Tebal : 80 halaman
Harga :
Semenanjung Malaysia : RM3.00
Sabah/Sarawak : 3.50 
Singapura : S$2.70
Brunei Darussalam : B$2.70

Isi Kandungan :
Menerbitkan dan menyebarluaskan ilmu untuk kanak-kanak dalam pelbagai lapangan dengan tujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam bahasa Malaysia. Majalah ini juga mengasuh dan  mengembangkan bakat serta daya kreativiti kanak-kanak dalam bidang penulisan.

Pembaca Sasaran :
Pelajar sekolah rendah dan golongan kanak-kanak.
 

Sertai majalah Dewan Pelajar di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

 

   

Editor:
Ritah Yahaya
ritah@dbp.gov.my

Penolong Editor:
Nurul Syafika Kasim
syafika@dbp.gov.my

 

DEWAN KOSMIK   
Majalah Sains dan Teknologi


Mula terbit : Januari 1993
Terbit : Setiap awal bulan
Tebal : 68 halaman
Harga :
Semenanjung Malaysia : RM6.00
Sabah/Sarawak : RM6.50 
Singapura : S$6.00
Brunei Darussalam : B$6.00

Isi Kandungan :
Meliputi soal-soal perkembangan sains dan teknologi semasa yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan manusia dan alam sekitar, teknologi pendidikan, telekomunikasi, elektronik, farmasi, kejuruteraan, alam perubatan, agama dan sains, utusan WWF, komputer dan yang seumpamanya.

Pembaca Sasaran :
Ahli Profesional, penyelidik, mahasiswa eksekutif industri, guru, guru besar, guru pelatih, pelajar sekolah menengah, sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang sains dan teknologi.

Sertai majalah Dewan Kosmik di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

Editor:
Abd Kadir Mohd Ayub
abdkadir@dbp.gov.my


Penolong Editor:
Fatin Syazana Zulkafali

syazana@dbp.gov.my

DEWAN EKONOMI
Mengupas Isu Ekonomi Tempatan dan Global


Mula terbit : Januari 1994
Terbit : Setiap awal bulan
Tebal : 68 halaman
Harga :
Semenanjung Malaysia : RM6.50
Sabah/Sarawak : RM7.00 
Singapura : S$6.50
Brunei Darussalam : B$6.50

Isi Kandungan :
Memaparkan isu-isu terkini tentang ekonomi, kewangan dan korporat dalam negara dan antarabangsa.

Pembaca Sasaran :
Usahawan, tokoh korporat, pengurus, pelabur, pendidik, penuntut universiti dan masyarakat umum.

Sertai majalah Dewan Ekonomi di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

 

   

Editor:
Shakira Khairudin                shakira@dbp.gov.my

Penolong Editor:
Muhammad Mubarak Ismail
mubarak@dbp.gov.my



 

DEWAN SISWA   
Wadah Pelajar Menengah dan Remaja


Mula terbit : Januari 1979
Terbit : Setiap awal bulan
Tebal : 68 halaman
Harga :
Semenanjung Malaysia : RM3.50
Sabah/Sarawak: RM4.00 
Singapura : S$3.10
Brunei Darussalam : B$3.10

Isi Kandungan :
Dewan Siswa merupakan wadah para pelajar dan remaja Malaysia yang unggul. Majalah ini bukan sahaja sumber ilmu dan maklumat, malah juga menjadi tempat para remaja meluahkan rasa hati dalam bentuk kreatif dan juga menjadi gelanggang karyawan muda mencanaikan kreativiti lalu mencipta nama dalam bidang kesusasteraan

Pembaca Sasaran :
Pelajar sekolah menengah dan golongan remaja.

Sertai majalah Dewan Siswa di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

 

   

Editor:
Siti Noorisa binti Abdul Khlil
sitinoorisa@dbp.gov.my

Penolong Editor
Syafiqah binti Abdul Khalid 
syafiqahkhalid@dbp.gov.my

TUNAS CIPTA:
Sastera Generasi Baharu


Mula Diterbitkan : Jun 2001
Kekerapan Terbit : Setiap awal bulan
Tebal : 68 halaman
Harga:
Semenanjung Malaysia : RM5.00
Sabah/Sarawak : RM5.50
Singapura : S$5.00
Brunei Darussalam : B$5.00

Isi Kandungan :
Dengan moto “Sastera Generasi Baharu”, majalah ini membicarakan tentang perkembangan kesusasteraan remaja dan penulis baharu tanah air.  Banyak mengetengahkan hasil karya berdasarkan kreativiti penulis baharu dan remaja dalam pelbagai genre, serta sejauh mana penglibatan remaja dalam penulisan kreatif.

Pembaca Sasaran :
Sebagai wadah sastera generasi baharu, sasaran pembaca ialah  golongan  remaja atau orang muda  yang berminat , malah yang terlibat dalam dunia kesusasteraan tanah air. Khususnya  penulis remaja atau penulis baharu, malah penulis mapan yang terlibat dalam menghasilkan karya untuk remaja. Pelajar-pelajar IPTS dan IPTA, institusi/Akademi sastera dan juga semua lapisan masyarakat.

Sertai majalah Tunas Cipta di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx


Editor
Marsilawati Mohamad Rani
marsilawati@dbp.gov.my

Penolong Editor
Siti Nurhidayah Othman
hidayah@dbp.gov.my

 

TAMADUN ISLAM
Siasah Sahsiah   

Mula terbit : Januari 2013
Terbit : Setiap awal bulan

Harga :
Semenanjung Malaysia : RM6.50 


Sertai majalah Tamadun Islam di Facebook
Untuk melanggan majalah sila ke sini https://dbpniaga.my/langganan/majalah.aspx

 

 

 


Kemaskini pada 2021-01-26 15:29:53 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.