HIMPUNAN KATA SASTERA MELAYU LAMA - ABJAD S

 HIMPUNAN KATA SASTERA MELAYU LAMA - ABJAD S

Rujukan:
HSJ - Hikayat Sempurna Jaya HMTJK - Hikayat Misa Taman Jaeng Kusuma
SSM - Syair Sultan Maulana SMA - Syair Madhi
HACT - Hikayat Anggun Cik Tunggal  

1.

Kosa Kata

:

sabuk (سابق) Jw.
  Makna

:

bengkung, ikat pinggang daripada kain (sutera) dll.
  Contoh Ayat Klasik

:

maka pada masa itu Pangeran Sempurna Jaya menggosok hujung kerisnya dengan sabuknya.

  Petikan Sumber : HSJ, hlm. 135
       

2.

Kosa Kata :

sagur

  Makna : perahu kecil (yang diperbuat daripada sebatang pohon secara utuh, tanpa disambung-sambung)
  Contoh Ayat Klasik :

sebuah sugur hampir didapat,
kerana larinya sudah tak cepat,
orangnya sudah banyak merapat,
hari malam jadi tak sempat.

  Petikan Sumber : SSM, hlm. 52
       

3.

Kosa Kata : salang, disalangkan
  Makna : (sula) hukuman yang dilaksanakan dengan menikam (dengan keris) dari lekuk selangka kiri hingga ke hati.
  Contoh Ayat Klasik : maka Nakhoda Bahar pun dibawa oleh juak-juak lalu segera disalangkan.
  Petikan Sumber : HACT, hlm. 107
       

4.

Kosa Kata : sangulun (سڦولن) (Jw.)
  Makna : duli tuanku, tuan hamba
  Contoh Ayat Klasik :

paduka adinda empunya sembah ke bawah telapakan paduka sangulun.

  Petikan Sumber : HMTJK, hlm. 32
       
5. Kosa Kata : sebahawa (سبهوا)
  Makna : seadanya, keadaannya
  Contoh Ayat Klasik :

mendengar kata manis sebahawa,
terlalu suka si kera tua,
berdatang sembah suka tertawa,
aduhai tuanku utama jiwa.

  Petikan Sumber : SMA, hlm, 78

 

Tarikh Kemaskini : 3 Ogos 2006. Penyelenggaraan: Puan Kalthom Abdul Ghani, Bhg Sistem Maklumat. Pembekal Maklumat: Puan Siti Norsuhaila Samsudin, Bhg Perkamusan

 
: 4062173

 



Kemaskini pada 2016-11-02 10:34:26 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.