Kosa Kata

ABJAD U
       
udam ( ﺍﻮﺩﻢ )  ( HPJP, hlm.59)
        
Takrif: muram, suram

Contoh :
akan cahaya pelita pun suramlah kerana sinar muka Putera Jayapati itu.
  
udik  ( ﺍﻮﺩﻴق ) (HSJ,hlm.69)
  
Takrif: bahagian hulu sungai

Contoh:
sekalian orang yang di tanah sebelah udik yang hampir desa dan dusun itu

semuanya habis menutup kuping tiada tertahan mendengar suara menggeru-geru itu.

ugahari ( ﺍﻮﮐﻬﺮﻱ ) ( SSS,hlm.56)

Takrif: sederhana

Contoh: 
Puteri sangat petah bestari,
Pantas manis tiada terperi, 
Putih kuning sedang ugahari,
Di negeri Hindi sukar dicari.


ulahan ( ﺍﻮﻠﻬﻦ ) ( SSZPC, hlm.151)
   
Takrif: perangai, kelakuan
Contoh:
Sambil menangis perlahan,
Suaranya menangis tertahan,
Zubaidah melihat belas kasihan,
Memandang anakanda demikian ulahan.

KEPENDEKAN:

1. SHK  - Surat Hukum Kanun
2. HPJP - Hikayat Putera Jayapati
3. HSJ  - Hikayat Sempurna Jaya
4. SSS - Syair Seratus Siti
5. SSZPC - Syair Siti Zubaidah Perang China



Kemaskini pada 2016-11-15 14:29:47 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.