Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     
   
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

Unit 8

 

Laman web ini disediakan untuk menyokong kandungan yang terdapat dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi KSSR Tahun 1. Laman web ini mengandungi nota-nota dan aktiviti-aktiviti tambahan untuk guru dan murid.
Laman web ini telah disusun mengikut muka surat dan unit-unit tertentu, selari dengan kandungan dalam Buku Teks. Nota-nota yang terkandung dalam laman web ini terdiri daripada nota-nota tambahan bagi segmen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), serta aktiviti-aktiviti tambahan yang menarik minat guru dan murid.
Diharapkan agar pihak guru dan murid dapat menggunakan laman web ini seoptimum mungkin.
 
Sekian, terima kasih.

UNIT 8 - KULIT UNTUK MENYENTUH DAN MERASA

 

MUKA SURAT 70 - UNTUK GURU

Terdapat pelbagai maklumat dan aktiviti tambahan untuk rujukan guru mengenai deria sentuh dan deria rasa: http://www.cln.org/themes/touch.html
 

 

 

MUKA SURAT 70 - UNTUK MURID

 

  1. Rancangan pengajaran yang sesuai untuk rujukan guru. Aktiviti untuk murid meneroka deria sentuh:http://www.lessonplanspage.com/ScienceLAExploringSenseOfTouch1.htm
  2. Aktiviti tambahan untuk murid yang perlu dijalankan oleh dua orang murid. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji deria rasa: http://experimentopia.org/?/experiment/testing_your_sense_of_touch/

 

MUKA SURAT 74 - UNTUK GURU

TMK - Mari Cari Imej

 

Ada banyak gambar yang boleh didapati melalui Internet. Untuk mencari dan memaparkan gambar yang dikehendaki, kamu perlu mengetahui alamat Internet bagi gambar tersebut. Kamu boleh membuat carian gambar melalui Internet menggunakan enjin carian. Untuk mencari gambar melalui Internet, ikuti langkah berikut:

  1. Pilih sebarang perisian pelayar web, misalnya Microsoft Internet Explorer.
  2. Taipkan alamat enjin carian, misalnya http://images.google.com.my ke dalam medan Address.
  3. Tekan Enter.
  4. Laman enjin carian dipaparkan. Taipkan nama gambar yang kamu ingin paparkan ke dalam Medan Search. Kamu boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Laman ini dilengkapi dengan penterjemah dalaman yang boleh memahami kata kunci dalam Bahasa Malaysia.
  5. Klik Search Images.
     

    Rajah 1: Laman Google Images.
     
  6. Gambar yang sepadan dengan nama gambar yang kamu taip akan dipaparkan dalam bentuk thumbnail. Klik pada thumbnailyang anda ingin paparkan.
     

    Rajah 2: Google Images memaparkan thumbnail yang sepadan dengan nama gambar yang kamu taip.

     

  7. Gambar yang dipilih dipaparkan.
 
 
: 2260537


Kemaskini pada 2016-11-01 16:11:35 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.