Khidmat Ekspres Buku

 

 


 

Khidmat Ekspres Buku (KEB)



Selain itu, KEB juga telah diperkenalkan oleh Pengedaran dan Pemasaran, DBP sebagai pelengkap bagi memberi perkhidmatan jualan buku. KEB merupakan khidmat penghantaran bermotor yang disediakan bagi memudahkan para pelanggan membeli terbitan DBP dengan lebih mudah dan cepat. Pelanggan hanya perlu menyemak judul yang dikehendaki di laman web www.niaga.dbp.my atau laman facebook DBPNiaga, kemudian membuat panggilan telefon atau whatsapp judul buku yang dikehendaki ke Kedai Buku DBP dan pesanan tersebut akan dihantar kepada pelanggan.
Operasi khidmat KEB bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bagi hari Isnin hingga Jumaat manakala 8.00 pagi hingga 1.00 petang bagi hari Sabtu. Kawasan penghantaran KEB meliputi keluasan tiga puluh (30) kilometer dari Kedai Buku DBP di kawasan Lembah Kelang, Kota Kinabalu di Sabah dan Kuching di Sarawak. Moto KEB adalah “Mudah Cepat Mesra”.



Khidmat Ekspres Ujana Buku DBP (KEUB).

Selain membuat pembelian secara dalam talian DBPNiaga.my, anda juga boleh membuat pembelian melalui Khidmat Ekspres Ujana Buku DBP (KEUB).

KEUB merupakan kaedah pembelian pantas dan mudah melalui aplikasi WhatsApp tanpa perlu membuat pendaftaran melalui laman sesawang DBPNiaga.my. Malah, anda juga boleh membuat pembelian walaupun tidak mempunyai sistem perbankan Internet. Inisiatif ini diambil oleh DBP untuk memastikan seluruh masyarakat Malaysia mempunyai akses untuk membuat pembelian buku dan majalah yang berkualiti terbitan DBP.

Anda hanya perlu menghantar butiran diri serta buku atau majalah melalui aplikasi WhatsApp ke nombor 019-214 1956. Butiran yang diperlukan seperti yang berikut:

1. Nama

2. No. Telefon

3. E-mel

4. Alamat

5. Judul Buku atau Majalah

6. Kuantiti

Kaedah pembayaran bagi KEUB ialah tiga cara: (i) Pemindahan akaun; (ii) Pembayaran di kaunter bank; dan (iii) Mesin Deposit Tunai (CDM). Pembayaran ini perlu dibuat ke dalam akaun Bank Islam [Nombor akaun: 14 0230 1001 8002] atas nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Selepas membuat pembayaran, pastikan slip atau bukti pembayaran dihantar semula melalui aplikasi WhatsApp ke nombor 019-214 1956. Pembelian yang lengkap dengan bukti pembayaran yang sah sahaja akan diproses.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai status pembelian, anda hanya perlu menghantar pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp atau menghubungi talian khidmat pelanggan, iaitu 03-4101 0023.

 

 

 


Kemaskini pada 2020-01-09 16:54:52 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.