Dewan Sastera Disember 2004

 

 

 

Disember 2004
  Syawa - Zulkaedahl  1425
      Jilid 34 Bil. 12
   KK 800-90433-1204

 

Daripada Editor
Anugerah S.E.A Write  2004 Dibolot oleh Penyair

Surat Kepada Editor
Puisi dalam LRT, Apakah yang Tidak Kena?
Raja Yusoff Ariffin

Ke Manakah Perginya Penulis-penulis Ini?
Ezzar Mohd. Kamal

UJANA KLASIK
Wawasan
Zurinah Hassan

Cerpen
Filsuf yang Terlupa dan Dilupakan Namanya
A. Ja'affar Munasip

Impian Tsu-Ryi 2
Nisah Haji Haron

Pertemuan Dua Rohani
Mohd. Affandi Hassan

Menara Impian
Zurinah Hassan

Drama  
Monolog di Hadapan Pulau
A. Samad Said

Puisi Bulan Ini
 Tangan dan Lidah
Nazri Hussein

Masih Lagi Bernyanyi-nyanyi
Norhisham Mustaffa

Pertandingan di Luar Tingkap Dapur 
Roslan Jomel

Wanita
Rubiah Nordin

Mencorak Anak
Nazim Mohd. Subari

Saudagar Gila
Abd. Razak @Rezeki Othman

Gendang
Hilmi Rindu

Perjalanan Kita
Hanis NS

Paradoks Kata 
Mohd. Kasim Mahmud

Puisi Pilihan 
Zurinah Hassan

Karyawan Bulan Ini 
Zurinah Hassan

Wawancara 
Impian Sudah Menjadi Kenyataan Rozninah Abd. Azib

Fokus
Zurinah Hassan: Antara Bas, Feri, dan Kereta Api 
Zurinah Hassan

Kepenyairan Zurinah Hassan yang Tidak Pernah Putus dan Surut
Ramli Isin

Zurinah Hassan: Kebersahajaan Kesederhanaan yang Mengasyikkan
Lim Swee Tin

Zurinah Hassan Mengangkat Isu Manusia dan Wanita Melayu
Siti Zainon Ismail

Sajak Konfesional Zurinah Hassan
Rahman Shaari

Sorotan Buku 
Pesanan dari Gunung Ledang
Burnished Gold (Emas Tempawan)
Pemikiran Penyair Melayu
Kutukan dari Langit

Sastera Antarabangsa
Getar Sukmanya Menyerap ke Lubuk Jiwa
Selina S.F. Lee

Sorotan
Mengapa Bukan "Nyanyian Menidurkan Raihani"?
Raihani Mohd. Saaid

Minggu S.E.A Write di Bangkok
Ainul Huda Mohd. Saaid

Salam Maria yang Berdarah
Rozninah Abd. Azib

Gema Harapan
Putik Dulu itu Buah Kini 
Arena Wati

Pabila Hujan Turun
Sahsiah Hujan
Shahnon Ahmad

Nurani Seni
Bunga Ramadan Perindu Ramadan A. Samad Said

Analisis
Bereksperimen dengan Genius
Jelani Harun

Transformasi Konvensi Sosial dalam Puisi
Arbak Othman

Kajian
Pertautan Estetik Timur dan Barat dalam Rasa Fenomenologi
Mohamad Daud Mohamad

Puisi Pilihan  
Zurinah Hassan

 

Karyawan Bulan Ini ZURINAH HASSAN

DARIPADA EDITOR

ANUGERAH S.E.A WRITE 2004 DIBOLOT OLEH PENYAIR

ANUGERAH S.E.A. Write merupakan  tanda penghargaan kerajaan Negara Thailand kepada penulis Asia Tenggara. Anugerah ini telah diperkenalkan sejak tahun 1979. Pada mulanya anugerah ini hanya diberikan kepada lima buah Negara, iaitu Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand. Namun, sejak tahun 1986, Brunei Darussalam disenaraikan sebagai penerima dan pada tahun 1996 Vietnam. Anugerah ini semakin ada peningkatannya apabila pada tahun 1999, Anugerah S.E.A. Write diberikan juga kepada  negara Laos dan Myanmar.
Pada tahun 2004, Kerajaan Negara Thailand telah sudi lagi memberi Anugerah S.E.A Write   kepada penulis sembilan buah negara, iaitu Haji Jawawi Haji Ahmad (Brunei Darussalam), H.E. Chey Chap (Kemboja), Gustrafizal Bustamam (Indonesia), Thongbay Phothissane (Laos), Zurinah Hassan (Malaysia), Cesar Ruiz Aquino (Filipina), Soon Ai Ling (Singapura), Rewat Phanpipat (Thailand), dan Do Chu (Vietnam).
Daripada sembilan orang penerima ini, tujuh daripadanya ialah penyair dan kebanyakan mereka mempunyai latar pendidikan yang tinggi dan mempunyai kedudukan yang baik dalam kerjaya mereka, selain menjadi seorang penulis. H.E. Chey Chap berpengalaman sebagai  tentera, guru dan kemudiannya sebagai seorang Profesor di Royal University of Phnom Penh. Yang terkini beliau ialah Setiausaha Kementerian Pendidikan Belia dan Sukan Kemboja. Sungguhpun sibuk dengan tugasnya beliau merupakan penyair yang terkenal di Kemboja. Buku puisinya yang berjudul To Talk About This and That  melayakkan beliau dicalonkan sebagai penerima anugerah ini. Gustrafizal atau nama penanya Gus tf Sakai yang berkelulusan pertanian dari Universiti Andalas dan berkhidmat sebagai editor sebuah jurnal puisi merupakan penulis sepenuh masa sejak tahun 1965. Jawawi Ahmad pula  penyair yang karyanya banyak tersiar dalam majalah  di Brunei Darussalam dan juga dalam majalah sastera di negara jirannya seperti Horison di Indonesia, dan Dewan Sastera di Malaysia. 
Dr. Cesar Ruiz Aquino yang dilahirkan di Tangub, pada tahun 1942 pula, berkelulusan dalam bidang kesusasteraan dan genre puisi merupakan kepakarannya. Thongbay Phothissane yang dilahirkan pada tahun 1960 dan mula menulis pada tahun 1980 setelah menamatkan pengajiannya. Beliau amat berminat dalam bidang puisi. Tugasnya sebagai wartawan banyak membantunya dalam penulisan kreatif. Rewat Phanpipat yang lahir pada tahun 1966 antara penerima yang muda usianya. Beliau banyak pengalaman dalam bidang pertanian dan perladangan, biarpun  masih muda,  pengalaman hidupnya banyak diterapkan dalam tulisannya. Beliau terkenal dengan buku kumpulan puisinya yang berjudul �River House� dan �Phun Fon Pleng Nam�. 
Penerima dari Malaysia, Zurinah Hassan, yang  hebat pencapaian penulisannya juga merupakan seorang penyair. Nampaknya dalam genre sastera, puisi lebih popular dan banyak penulis yang memberikan tumpuan secara serius pada genre ini, jika diukur daripada pemilihan penerima anugerah ini pada tahun ini.  Kebetulan di Malaysia, mengikut kategori pemilihan penerimanya tahun ini, genre puisi diberi penilaian khusus. Dewan Sastera  memberi penghormatan kepada penerima Anugerah S.E.A. Write 2004, Zurinah Hassan sebagai fokus  keluaran Disember.  
       Rozninah Abd. Azib   

    


  

 

 

 

FOKUS

Antara Bas, Feri dan Kereta Api: Hidup Sebagai
 Satu Perjalanan

Oleh  Zurinah Hassan


SEMASA di Tingkatan Enam, guru Bahasa Inggeris membacakan puisi Khalil Gibran. Yang paling saya ingat ialah baris-baris yang berbunyi, your children do not belong to you/ they belong to tomorrow yang bermaksud, anak-anakmu bukan milikmu, mereka adalah milik hari esok. Baris-baris itu tertusuk ke hati saya yang telah mula bercinta dengan puisi, dan mula bergerak meninggalkan rumah untuk melanjutkan pelajaran demi tuntutan hari esok . Saya semakin berfikir tentang hidup sebagai satu perjalanan. 
Perjalanan adalah pergerakan fizikal yang mengakibatkan pergerakan kerohanian. Sekian banyak puisi dan sekian banyak lagu telah dinyanyikan tentang hidup dan perjalanan. Demikianlah juga saya yang turut mencatatkan jejak di pantai pengalaman sejak perjalanan keluar ke Universiti Sains Malaysia (1970). Antara sajak-sajak pada peringkat awal ialah �Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang� yang pertama kali disiarkan di Utusan Zaman, Disember 1970, kemudian antologi Sesayup Jalan. Saya hampir pasti lebih ramai yang ingat sajak ini berbanding sajak-sajak saya yang lain. Lantaran itu sajak tersebut telah dilagukan oleh Kumpulan Harmoni dan sering berkumandang di radio pada awal tahun lapan puluhan: 
Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
laut mengimbau sayu
ombak-ombak ini hatiku
berhasrat tiada tepi
pecah di pantai berbuih cuma.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hujan memberi lagu
angin menampar ke setiap ruang rasa
berhiba-hiba awan pilu.

Aku antara manusia beribu
airmataku antara laut lepas
laguku hilang dalam angin menderu.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hatiku terjun ke air
mencari tempat bagiku
aku orang pelarian.

(Sesayup Jalan: hlm. 28).

Baris-baris di atas mendatangi saya ketika di dalam feri menyeberangi selat. Di luar sana kapal-kapal besar sedang berlabuh dan bot-bot kecil melintas pandangan. Di kejauhan ada perahu-perahu kecil sedang menyongsong ombak. Unsur-unsur alam  menyapa diri dan bersatu menerbitkan perasaan yang telah diungkap dalam sajak ini. Sebagai sajak awal, sajak ini lebih didominasi oleh perasaan kesayuan dalam mengenang beberapa hal yang menggelorakan kehidupan ketika itu. Ombak-ombak adalah keresahan, langit kelabu dan hujan lebih menekan.

Perjalanan itu adalah perjalanan diri meninggalkan rumah atau comfort zone ke suatu tempat yang belum dikenali. Berjalan seorang diri menjadi pertanda terlantarnya diri ke alam kedewasaan. Saya mula menyedari bahawa setiap individu itu akan akhirnya keseorangan dalam menempuh kehidupan. Ini lebih terasa dalam dunia yang semakin sibuk dan manusia membawa hal masing-masing.  Jika saya menangis pun air mata saya hanya akan menjadi setitis air di lautan. Apakah maknanya setitis air mata dalam laut yang luas dan lepas itu. 
Memandang laut yang berombak saya semakin terkenang pada kehidupan zaman remaja yang tidak sunyi daripada geloranya. Perasaan mudah tergores dan, semangat mudah lemah.  Saya berfikir bahawa manusia perlu �lari� daripada cengkaman perasaan. Bahkan, survival manusia terletak pada kecekapannya menguruskan perasaan atau melarikan diri daripada cengkaman perasaan. Jika boleh, larikan diri daripada ditawan oleh perasaan itu. Maka saya sifatkan diri saya sebagai  seorang pelarian dan mengatakan, �Sepanjang jalan ke Pulau Pinang/hatiku terjun ke air/mencari tempat bagiku/aku orang pelarian�.
Sepanjang tiga tahun di USM saya telah berulang alik dengan feri. Kerana itu lautan, pelabuhan dengan kapal-kapal yang bertaburan di laut menjadi sebahagian daripada tulisan saya pada tahun-tahun tujuh puluhan. Saya cuba mencari makna daripada ombak dan lautan serta kapal-kapal yang datang dan pergi. Kapal-kapal itu telah datang dari jauh. Kapal dan pelabuhan mengingatkan bahawa hidup ini adalah pertemuan dan perpisahan. Pelabuhan menerima kapal dari pelbagai arah seperti batu-batu di pantai dilanda panas dan hujan. Namun, hati manusia bukan pantai dan bukan pelabuhan. Manusia berperasaan dan mudah rapuh di perjalanan. Dalam sajak �Senja di Pelabuhan� saya merakam kegelisahan seorang perempuan  dalam menghadapi perjalanan usia dalam kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian.  Ketidakpastian itu dilambangkan oleh kapal yang datang dan pergi dan hari yang berganti hari. Ini saya nyatakan melalui gambaran seorang perempuan yang menghadap pelabuhan dan ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Disember 2004. Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 3 Disember 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 15:53:22 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.