Dewan Sastera October 2004

 

 

       

 

Oktober 2004
  Syaaban - Ramadan  1425
      Jilid 34 Bil. 10
   KK 800-90433-1004

 

Daripada Editor
Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL) Mempromosikan Malaysia

Surat Kepada Editor
Jadikan Medium Sastera Sebagai Ibadah  
Husna Nazri

Ujana Klasik
Gema Puisi Kemanusiaan PPDKL 
Jariah Taha

Gurindam Impian Sebuah Kota  
Hamdan Yahya

Gurindam Keranamu Malaysia
Hamdan Yahya 

Cerpen
Pintu Hatinya Sudah Tertutup 
Muhd. Mansur Abdullah

Hari-hari Terakhir
Wan Ahmad Ismail

Jambangan di Bibir Masa
Kamaludin Endol

Hikayat Menawan Durjana
Hamdan Yahya

Drama  
Hikayat Sikit-sikit Banyak-banyak 
Hamdan Yahya

Puisi Bulan Ini
 Anak Kambing Kurap  
NORA (Haji Ali Haji Ahmad)

Kuperah Mentari
A. Ghani Abdullah

Wanita Sempadan
Nordin Saad

Ramadan al-Mubarak
Shamsuddin Jaafar

Dakwah dan Hidaya
Khadijah Hashim

Perangai Kita
Arbak Othman

Seribu Bangkai Hitam
Rosli K. Matari

Hilang
Ehsan Jamily

Puisi Pilihan 
Daeng Ramliakil

Karyawan Bulan Ini 
Hamdan Yahya

Saya Hanya Menulis dan Saya Bukan Penulis Rozninah Abd. Azib

Kajian
Pemimpin Keji dan Terpuji dalam Cerpen-cerpen Hamdan Yahya  
Muhamad Mokhtar Hassan

Antara Dua Penyair Malaysia-China
Ahmad Kamal Abdullah

Fokus
Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL) 2004: Puisi Pelunak dalam Budaya Komunikasi
Rohaya Mohd. Yusof

Memetik Wangian di Taman PPDKL 
Lim Swee Tim 

Wawancara 
PPDKL Menyerlah Malaysia di Mata Dunia 
Siti Zaleha M. Hashim

Sorotan Buku 
Semerbaik Puisi  
Rindu Ibu
Kabut dan Bulan Sabit di Demak
Menuai Mimpi

Pabila Hujan Turun
Daya Cipta dan Air 
Shanon Ahmad

Sorotan
Sehebat Manakah...Demi Zaiton?
Rozninah Abd. Azib

Kita Bagai Aur dengan Tebing
Rozninah Abd. Azib

Nurani Seni
Indah Rasa dari Laras Sebelas 
A. Samad Said

Analisis
Meniti Garis Lurus Mencari Tuhan
Sakinah Abu Bakar

Teks Berwadah Pengabdian 
Mana Sikanah

Tabir Hayat
Belasungkawa Noorjaya   
Ihsan Noozali

Noorjaya Meninggalkan Kita Buat Selama-lamanya 
Rejab F.I

Noorjaya dan Sumbangan kepada ASASI 
 Osman Ayob

 

Karyawan Bulan Ini HAMDAN YAHYA

 

 

DARIPADA EDITOR
 

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL) Mempromosikan Malaysia

PENGUCAPAN Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL)  2004 yang bertemakan ?Puisi dan Kemanusiaan? telah pun berakhir. Setelah sepuluh tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkannya dengan segala perubahan di sana sini bertujuan penambahbaikkan mutunya dari tahun ke tahun. Namun, lumrahnya tiada siapa yang dapat memenuhi kehendak dan kepuasan semua pihak, seperti kata peribahasa Melayu ?Rumah Siap Pahat Berbunyi?. Begitulah juga nasib PPDKL 2004,  tidak akan dapat lari daripada kritikan yang bertujuan membina ke arah  pemantapan dan kesempurnaan PPDKL pada masa akan datang.
 Segala pandangan itu akan menjadi landasan untuk pihak DBP sebagai penganjur, memartabatkan lagi program PPDKL akan datang. Apa-apa pun yang terjadi baik yang manis atau yang pahit, penganjur PPDKL wajar berbangga kerana program dwitahunan ini selain dapat memberikan peluang kepada penulis bertukar-tukar fikiran dan pandangan serta berkongsi pengalaman,  PPDKL juga berjaya mempromosikan Malaysia kepada negara luar. Peserta dari luar negara melahirkan ketakjubannya menyaksikan kegemilangan Malaysia dengan rakyatnya yang hidup dalam kedamaian dan harmoni dan Malaysia terus memuncak sebagai Negara maju. Itulah antara luahan hati para peserta PPDKL apabila diminta memberikan pandangan tentang PPDKL 2004.
 PPDKL 2004 dimeriahkan lagi dengan berita kejayaan penyair Malaysia, ,Zurinah Hassan yang berjaya dinobatkan sebagai penerima S.E.A. Write Award 2004. Namun, dalam kegembiraan itu tiba-tiba PPDKL dan seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih  kepulangan penyair T. Alias Taib ke rahmatullah secara tiba-tiba. Beberapa hari sebelumnya kita kehilangan Noorjaya, cerpenis dan novelis  yang berasal dari Kedah kerana diserang sakit jantung, kini kami kehilangan lagi sebutir bintang. Kami sidang redaksi Dewan Sastera  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Noojaya dan Allahyarham T. Alias Taib. Kami doakan mudah-mudahan rohnya mendapat kedamaian, dibuka pintu langit untuk rohnya dan diangkat darjatnya ke makam yang tinggi. Amin. 
AL-Fatihah. Selamat menyambut Ramadan daripada kami sidang redaksi Dewan Sastera.
       Rozninah Abd. Azib  

 


 

 

 

 

 

 

FOKUS

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL) 2004:
Puisi Pelunak dalam Budaya Komunikasi


oleh Rohaya Mohd. Yusof

Kegiatan baca puisi di Malaysia sudah pun bermula seawal tahun 1960-an dengan penglibatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan usaha beberapa tenaga karyawan dengan kerjasama badan-badan penulis tanah air seperti PENA. Acara baca puisi pernah diadakan di seluruh pelosok tanah air seperti di Cendering, Kuantan, Pulau Pinang, Alor Setar, Kangar, Johor Bahru, Melaka, Seremban, Port Dickson, Kota Kinabalu, Kuching, dan lain-lain. Acara-acara ini terealisasi hasil daripada gagasan Allahyarham Usman Awang yang mendapat idea dan semangat daripada Festival Pushkin di St. Petersberg yang beliau hadiri pada tahun 1970.
  Semenjak itu pelbagai idea dan usaha untuk kegiatan baca puisi diilhamkan dan dilaksanakan hingga terealisasinya Hari Puisi Malaysia yang pertama pada 12 Julai 1971. Hari Puisi Malaysia ini dianjurkan dengan kerjasama badan penulis Melaka seperti Ikatan Persuratan Melayu dan Lembaga Bahasa Melayu Melaka. Kemala dan Yassin Salleh ialah orang yang bertanggungjawab merealisasikan tradisi ini.
  Gagasan untuk mengadakan suatu acara baca puisi yang bersifat antarabangsa tercetus daripada festival Struga Poetry Evenings yang bermula sejak tahun 1962. Penyair Malaysia hanya ikut serta setelah 25 tahun festival itu berlagsung. Bermula dengan undangan langsung yang diterima oleh Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) daripada penganjur festival tersebut yang berlangsung di Struga, Macedonia, wujud ilham untuk mengadakan festival atau acara yang serupa di Malaysia. Festival atau acara yang boleh menjadi wadah bagi penyair antarabangsa dan penyair tempatan bertemu serta bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman kreatif.
  Seterusnya apabila A. Ghafar Ibrahim dan Ahmad Kamal Abdullah telah dipilih bagi mewakili Malaysia dalam festival ini, ilham bagi mengadakan  hari Baca Puisi Kuala Lumpur atau Baca Puisi Malaysia semakin terpancar dan harapan menjadi kenyataan. Baca Puisi Kuala Lumpur kemudian telah ditukar namanya kepada Pengucapan Puisi Kuala Lumpur atas cadangan Anwar Ridhwan, Ketua Bahagian Sastera DBP ketika itu. Pada akhir Ogos 1986, Pengucapan Puisi Kuala Lumpur yang pertama telah diadakan.  Perkataan dunia telah ditambah kepada nama acara ini supaya ia lebih bersifat antarabangsa. Pada tahun 1990 acara ini telah dikenali sebagai Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL).  
  PPDKL terus berkembang dan menjadi satu acara yang dinanti-nantikan oleh penyair dunia, dan pada 16 hingga 22 Ogos 2004 telah berlangsung PPDKL buat kali yang ke-10. Sekali lagi Kuala Lumpur sebagai tuan rumah menyaksikan penyair dari luar negara dan penyair tempatan berhimpun, bertemu dan berinteraksi sambil mengadakan sesi pembacaan puisi bertujuan untuk melestarikan dan memasyarakatkan puisi. 
  PPDKL merupakan acara dwitahunan yang memfokuskan kegiatannya dalam acara baca puisi yang mengutamakan puisi moden dan mendukung matlamat seperti yang berikut:
? Meletakkan Malaysia, khususnya bandar raya Kuala Lumpur ke dalam peta program baca puisi peringkat antarabangsa seperti di Rotterdam (Belanda), Berlin (Jerman), Cambridge (England), Ottawa (Kanada), Medellin (Colombia), Struga (Macedonia), Tasmania (Australia), Strokestown (Ireland), Amay(Belgium), Jakarta (Indonesia), Genova (Itali), Tetouan (Maghribi), Moscow (Rusia), Barcelona (Sepanyol), dan New Jersey (Amerika Syarikat), serta bandar raya yang lain.
? Mempertemukan para penyair yang mewakili lima benua iaitu benua Eropah, Asia, Australia, Afrika dan Amerika. Untuk menyertai acara baca puisi, dan bagi tujuan bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman kreatif.
? Memberikan pengalaman dan pendedahan kepada penyair tanah air kepada karya dari luar negara, dan memperkenalkan budaya tempatan kepada penyair dari luar negara.
? Memancarkan keunggulan kesusasteraan kebangsaan dalam genre puisi kepada khalayak sastera dunia.
? Memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana pengungkapan puisi di peringkat dunia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1986, PPDKL terus diadakan dengan pelbagai tema yang bersifat sejagat seperti; ?Penyair, Puisi, dan Kemanusiaan?, ?Penyair, Alam, dan Kemanusiaan? dan ?Puisi dalam Kehidupan Masa Kini?. Tema yang dipilih buat kali ke-10 ini ialah, ?Puisi dan Kemanusiaan? dengan harapan melalui karya puisi yang puitis, suara penyair yang murni dan kelunakan penyampaiannya boleh menjalinkan hubungan kemanusiaan yang mesra, aman, adil dan memperteguh keperadaban sejagat. 
   Bilangan penyair dari luar negara yang menyertai PPDKL juga bertambah tahun demi tahun. Daripada lapan orang penyair pada tahun 1986, bilangan ini terus meningkat kepada 35 orang pada tahun ini. Mereka datang dari 21 negara yang mewakili lima benua. Penyair lima benua ini datang daripada pelbagai latar belakang kerjaya. Misalnya Kim Pinun, merupakan Timbalan Dekan Fakulti Seni Koreografi, Universiti Di Raja Seni Halus, Phnom Penh, Mark O Connor dari Australia merupakan seorang sarjana pelawat di National University of Australia. Pedro J. de La Pena, penyair besar Sepanyol, ialah seorang profesor kesusasteraan Sepanyol kontemporari di Universiti Valencia. 
  Selain mereka, penyair yang hadir pada perhimpunan kali ini juga merupakan penyair prolifik dan mapan di negara masing-masing. Antara mereka ialah Aminur Rahman (Bangladesh), Germain Droogenbroodt (Belgium), Dinko Delic (Bosnia), Dato? Seri Setia Pangeran Dr. Haji Mohammad bin Pangeran Haji Abd. Rahman (Brunei), John Weier (Kanada), Gu Zixin (China), Lana Derkac (Croatia), Muniam Alfaker (Denmark), Abdel Latif Abdel Halim Abdalla (Mesir), Sonja Servomaa (Finland), Markus Jaaskelainen (Finland), Giribala Mohanty (India), Kailash Pattanaik (India), Sujata Chaudhry (India), Kazuko Shiraishi (Jepun), Tae Ho Han (Korea), Choman Hardi (UK), Elia Domernzain (Mexico), Flor Ivone Quezada Lozano (Mexico), Benaissa Bouhmala (Maghribi), U Ohn Maung (Myanmar), Michael M. Coroza (Filipina), Evgeny Reyn (Rusia), Yong Shu Hoong (Singapura), Paiwarin Khaeo-Ngam (Negara Thai), Gulseli Inal (Turkey), Pham Tien Dua (Vietnam), dan Tongtham Natjumnong (Negara Thai). Dari Malaysia pula diwakili oleh Sasterawan Negara (SN) Datuk Dr. A. Samad Said, SN Profesor Muhammad Haji Saleh, Dato? Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Dr. Ahmad Razali Yusof, Chu E Liang, Jariah Taha, Khoo Lip Kee, L ?Agilan Letchumanan, Mohamed Fajeer Awang Besar (A.M. Fajeer), Ramli Selamat (Marsli N.O.), Shamsuddin Jaafar, Siti Zaleha Bee Mohd. Hashim, Dr. Zakaria Ali, Zam Ismail, dan Zurinah Hassan.
  Pelbagai aktiviti dan agenda telah diatur oleh pihak penganjur bagi menjayakan PPDKL, walaupun pelaksanaannya melibatkan banyak masa dan tenaga dan kadangkala menuntut kesabaran pihak penganjur dalam menangani kerenah sesetengah penyair. Namun kejayaan PPDKL terus ditempa dengan sokongan daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Universiti Teknologi MARA, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Kerajaan Negeri Melaka.
  Majlis perasmian Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur kali ke-10 ini disempurnakan oleh Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Dalam ucapan beliau, beliau mengatakan bahawa, ?Puisi tidak mengandungi politik dan tidak memperjuangkan sesuatu kepentingan sempit. Puisi dan sajak dianggap seperti pantun dan syair adalah pelunak dalam budaya komunikasi, penyunting kepada perasaan, mental yang tegas dan cekal.? Beliau juga yakin bahawa Kuala Lumpur akan muncul sebagai pusat pengembangan seni dan budaya pada masa akan datang, dan PPDKL akan dapat menyaingi festival deklamasi puisi bertaraf duniaBeliau juga yakin bahawa Kuala Lumpur akan muncul sebagai pusat pengembangan seni dan budaya pada masa akan datang, dan PPDKL akan dapat menyaingi festival deklamasi puisi bertaraf dunia seperti Rotterdam International Poetry Festival, Belanda dan Struga Poetry Evenings, Macedonia. 
  Sempena majlis perasmian ini juga, Laman Web PPDKL telah dilancarkan. Laman ini boleh dicapai melalui alamathttp://dbp.gov.my/ppdkl/main.php. Laman ini dibina untuk membolehkan masyarakat penyair di seluruh dunia mendapat maklumat yang jelas tentang perjalanan PPDKL dan melalui laman web ini dapat merapatkan hubungan antara masyarakat penyair luar negara dan dalam negeri.
 Majlis Puncak Puisi Dunia merupakan majlis apresiasi puisi, dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ketibaan penyair dan tetamu disambut dengan paluan rebana ubi. Penyair dari dalam dan luar negeri diperkenalkan kepada Naib Canselor UiTM, Dato? Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, mereka kemudian diarak masuk ke dalam Dewan Sri Budiman, UiTM mengikut benua yang mereka wakili. Sambutan yang  begitu terancang dan tersusun yang diusahakan oleh pelajar dan pensyarah Fakulti Seni Persembahan, UiTM ini menunjukkan komitmen yang bersungguh mereka dalam mengapresiasi puisi.
 Acara yang berkaitan dengan PPDKL disediakan dan dilaksanakan dalam usaha memperkenalkan masyarakat antarabangsa kepada seni sastera kebangsaan Malaysia. Sokongan dari segi moral dan kewangan oleh Kementerian Kewangan bagi menjayakan kegiatan baca puisi ini menandakan masa  hadapan yang cerah bagi PPDKL.  Majlis Gema Puisi Putrajaya anjuran bersama Kementerian Kewangan diadakan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya. Kesediaan Menteri Kewangan II, Y.B. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meluangkan masa, mengetepikan seketika kesibukannya dengan penyediaan Belanjawan Negara untuk merasmikan majlis ini menandakan pemimpin yang mesra penyair. 
  Beliau berkata, ?Tema PPDKL, ?Puisi dan Kemanusiaan?, amat sesuai sempena Malaysia menyambut kemerdekaan kerana katanya hubungan puisi kemanusiaan, kemerdekaan, dan kebangsaan berkait rapat. Puisi juga merupakan wadah untuk meluahkan perasaan dan menyampaikan mesej.? Hal ini dapat dilihat dalam eulogi beliau yang menyentuh perasaan dan disampaikan dengan suara tersekat-sekat menahan kesedihan. Puisi, ?Sebuah Pengabadian?, karya beliau merupakan luahan rasa kasih sayang dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan SasteraOktober 2004. Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

 

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 7 Oktober 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah.  

Kemaskini pada 2017-03-16 15:55:17 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.