Dewan Sastera Jun 2004

                         

 

 

               JUN 2004
 Rabiulakhir - Jamadilawal 1425
              Jilid 34 Bil. 06
              KK 800-904330604
              ISN 0126-5059

 

  KANDUNGAN

 

SURAT KEPADA EDITOR  
Ganjaran Perlu Setimpal - Soibil Madun   
Perlukah Sastera Bersifat Anti - Ghazali Lateh


DARIPADA EDITOR    
Wajarkah Menulis untuk Mengejar Gelaran?

DIARI SASTERA

FRAGMEN NOVEL
"The Missing Piece"- Fatimah Busu

  PUISI BULAN INI  
Petang  ? Fuadzail
Anta Yarab ? Nahmar Jamil 
Perempuan Tukang Sapu ? Ezzar Mohd.
  Kamal
Rinduku Mencapai Kebahagian ? A. Ghani Abdullah  
Pedih ? Norhisham Mustaffa  
Di Tangga Subuh ? Leo A. W. S.  
Demikian Sebuah Persidangan ?Amiruddin Ali  
Kasang Oh Kasang ? Solihin Osman
Khazanah Puisi daripada Peti-peti yang Mangkat - Affrini Adham
Nelayan Tua yang Gagah - Shaari A.B.  
  
 
UJANA KLASIK  
Syair Mukmin Sejati  - Ummu Hani Abu Hassan

CERPEN
Aku dan Para Dewa  - S.M. Zakir
Trauma - Osman Dol
Sumandak - Amil Jaya
Auhai Si Luncai - Fatimah Busu 
 
DRAMA 
Naratif Kemerdekaan - Dahiri Saini 

PUISI PILIHAN
- Khadijah Hashim

KARYAWAN BULAN INI
Fatimah Busu
 
FOKUS  
Fatimah Busu: Dari "Saat Terakhir" 1957 Ke "The Missing Piece" 2004 - Fatimah Busu
Kemampuan Fatimah Busu Sebagai Penulis Bukan Kreatif - Sohaimi Abdullah Aziz
Paragdigma Karya Cerpen Fatimah Busu - A. Rahim Abdullah
Ambivalen dalam Ombak Bukan Biru - Zalili Sharif

 
KAJIAN 
Jiwa Feminisme Fatimah Busu - Mohamad Mokhtar Hassan

  
NURANI SENI 
Khazanah Kenangan bagi Seniman - A.Samad Said

ANALISIS
Gerontologi, Dikejara Dosa, dan Muhasabah Diri - Rosnah Baharudin
Perbezaan Penekanan Ciri Kemaknaan Membezakan Kekuatan Puisi - Arbak Othman

  
SOROTAN 
Belum Terlambat Menghargai Shaharom Husain
- Rozninah Abd. Azib  
Fatimah Busu Muncul dengan Karya Terbaharunya - Rozninah Abd. Azib

BICARA KARYA
Dari Anjung Kampung Menuju Perjalanan Abadi - Rahimidin Zahari
Ikon-ikon dalam Apa Ada di Sana: Versi Dunia - Mohamad Shahidan

 

 

   

 

FOKUS

FATIMAH BUSU: 
DARI ?SAAT TERAKHIR? 1957 KE ?THE MISSING PIECE? 2004

Oleh Fatimah Busu

DALAM diri kita ini ada sebuah takungan raksasa yang maha besar. Besar sungguh! Tidak tahu terletak di mana. Di kepala atau di dada. Dalamnya bertakung kesemestaan ini ? khazanah yang gilang-gemilang: keindahan, kemanisan, kenikmatan, dan kegembiraan ? juga dalamnya bertakung khazanah yang hitam kelam: kelukaan, keseksaan, dan kesengsaraan yang sentiasa berdarah dan tidak tumpah ke tanah, tetapi membusuk, menjadi nanah.
 Semua khazanah ini: yang indah, yang hodoh, yang pahit, yang manis, ialah apa-apa yang dilihat dengan mata, termasuk yang dibaca daripada buku-buku, didengar dengan telinga, dimakan dengan mulut, disentuh dengan tangan, dibaui dengan hidung, yang dirasai oleh diri dan hati, hingga yang terlintas dalam kepala. Semua khazanah ini termasuk juga; segala mimpi dan fantasi, segala umpat keji, segala fitnah pesona, dan segala resah gelisah. Semua khazanah itu datang daripada takdir, datang dari alam dan daripada manusia.

 PROSES penakungan ini mungkin bagi sesetengah orang bermula seawal usia tiga atau empat tahun, atau hingga ke hari matinya. Banyak atau sedikitnya penakungan ini bergantung pada kemampuan ingatan, kenangan, dan pengalaman seseorang dalam kehidupannya. Seseorang yang dilahirkan dengan silver spoon, mungkin tidak banyak yang terisi dalam takungan ini. Namun, bagi seseorang yang ditakdirkan lahir dengan rotten wooden spoon yang terpaksa mengalami kehidupan yang berliku-liku, berkerikil tajam, susah senang, pahit manis, naik turun, dan jatuh bangun. Takungan raksasa ini akan menjadi penuh tepu ? dengan serba macam khazanah daripada hitam putih ...


 

 

 

 


 

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Jun 2004. Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib 
                                                             

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

aisyam@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 26 Mei 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 15:57:12 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.