Dewan Sastera April 2004

        

 

 

               APRIL 2004
     Safar - Rabiulawal 1425
              Jilid 34 Bil. 04
              KK 800-904330404
              ISN 0126-5059

 

 

 KANDUNGAN

 

 

SURAT KEPADA EDITOR  
Menyemarakkan Obor Sastera di Mata Khalayak Dunia - Yusmiyani Yusoff

DARIPADA EDITOR    
Penterjemahan yang Terabai

DRAMA
'Si Pemakan Hati' -Siti Jasmina Ibrahim

PUISI BULAN INI  
Jikalau Kau masih Secoklat Sungai � Roslan Jomel
Tradisi Bisu � Lee Keok Chih
Kuhirup Cinta � Wan Ahmad Ismail
Gegar Bumi itu Menggigil Tanah Ini � Mohd. Nazmi Yaakub
Si Pungguk Malam � Raymond Majumah
Pintuku � Abd. Razak @ Rezeki Othman
Bunga-bunga Aksara - Wadi Leta S.A.
Tinggalkan Dirimu Datanglah Pada-Nya � Suratman Markasan
 
CERPEN
Joeblog dan Satu Kematian - Fudzail
Dangdut Jolok Bulan - Nora
Tetamu dari Seberang - Hasan Muhd. Ali

UJANA KLASIK
Kempen Anti merokok - Ismail Restu

PUISI PILIHAN
- Shamsuddin Jaafar

KARYAWAN BULAN INI
Shamsuddin Jaafar

Dewan Bahasa dan Pustaka Menjadi Pilihan Saya - Shamsuddin Jaafar

KAJIAN
Jiwa Rasa Romantis Suara Bicara Humanis - Dharmawijaya

Penyatuan antara Kesenian dengan Masyarakat - WuZong Yu

SESEDAP RASA
- Johan Jaafar


FOKUS  
Penterjemahan di Mata Khalayak Sastera - Belaetham K.
Terjemahan Sastera: Teks Padanan atau Interpretasi Teks - Victor A. Poadaev


WAWANCARA
Terjemahan Saluran Menyatupadukan Kaum - Goh Hin San
Saya Masih "Hidup" dan Komited - Shamsuddin Said

NURANI SENI 
Menikmati Karya Seni dari Sebuah Feri - A.Samad Said

ANALISIS
- Mohd. Hanafi Ibrahim

 Mengesan Makna Melalui Cerita dan Watak -Rahman Shaari
  
SOROTAN 
- Rozninah Abd. Azib
 

TADBIR HAYAT
Abdullah Sanusi Ahmad: Mendokmentasikan Pejabat Karang Mengarang - Aripin Said

Ma'arof Saad: Yang Cekal dan Pasrah - A.F. Yassin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FOKUS

Penterjemah di Mata Khalayak Sastera

oleh: Belaetham K. 

 

  Wahana utama yang memperkenalkan dan mempopularkan sastera dunia kepada khalayak sastera setempat ialah majalah dalam bahasa Melayu.  Dalam menyelusuri sejarahnya yang relatif panjang itu sumbangan majalah Guru harus diberikan perhatian khusus kerana majalah itu adalah antara media paling awal menyiarkan terjemahan karya kreatif.  Dalam tempoh 12 tahun, iaitu dari tahun 1924 hingga 1937 sebanyak 14 buah cerita telah disiarkan, dan daripada jumlah itu empat buah adalah karya terjemahan; tiga daripadanya ialah karya dalam bahasa Inggeris manakala satu lagi karya dalam bahasa Arab  (Mohd. Janan Ahmad, �Karya Sastera dan Esei Dalam Majalah Guru�,1967).  
Sebelum Perang Dunia Kedua, selain majalah Guru penerbitan berkala lain yang turut memberi sumbangan memperkenalkan sastera asing ialah Al-Hikmah terbitan Asasiyah Press, Kelantan.  Hampir semua karya terjemahan dalam majalah tersebut adalah karya dalam  bahasa Arab.  Menurut Nasrudin Bahari, (�Cerpen Terjemahan di Dalam Majalah Mastika, 1946-1959� Bahasa, 1965) kegemaran penterjemah pada masa itu adalah pada cerita-cerita panjang yang dipercayai �berguna buat panduan kehidupan masyarakat�.  
Selepas Perang Dunia Kedua, penyiaran karya terjemahan menampakkan kemantapannya dan majalah yang bertanggungjawab menyuburkan bidang ini ialah Mastika, khususnya sewaktu dipimpin oleh Asraf dan kemudiannya Usman Awang.  Menurut kajian Nasruddin, dari tahun 1946 hingga 1959, iaitu dari mula-mulanya Mastika dihidupkan kembali selepas perang hingga penghujung tahun 1959, sebanyak 67 daripada 155 keluaran memuatkan karya terjemahan. Oleh sebab cerpen-cerpen tersebut terlalu panjang, maka cerpen tersebut diterbitkan secara bersiri.  Memandangkan sebilangan cerpen terjemahan yang disiarkan tanpa nama penterjemah, maka sukar untuk mengenali penyumbang-penyumbang tersebut.  Namun, yang pasti selain Asraf, Samad Ismail, A. Samad Said, dan Shahnon Ahmad antara yang bergiat dalam terjemahan cerpen.  
 Mastika sebetulnya bukanlah majalah sastera semata-mata kerana majalah ini turut menyiarkan pelbagai rencana tentang politik, sosial, budaya dan sebagainya.  Cuma selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956 lahir sebuah majalah � Dewan Bahasa � yang dirancang khusus untuk mendukung cita-cita negara untuk memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.  
Meskipun Dewan Bahasa dari semasa ke semasa ada menyiarkan terjemahan sastera, baik cerpen mahupun sajak tetapi bilangannya amat terbatas. Penyiaran bahan terjemahan hanya mendapat tempat yang lebih bererti setelah munculnya Dewan Sastera pada Januari 1971.  
Mengapakah perlu untuk menterjemah?  Apakah fungsi karya terjemahan dalam sistem kesusasteraan sesebuah bangsa?  Evan-Zohar membayangkan tiga model yang menjelaskan kedudukan dan fungsi karya terjemahan dalam sistem kesusasteraan sesuatu bangsa.  Satu, kesusasteraan sesuatu bangsa atau negara masih belum mantap (has not been crystallized, kata Itamar) atau masih muda, dan sedang dalam proses pemantapan.  Kedua, kesusasteraan itu sendiri peripheral sifatnya dalam suatu sistem kesusasteraan yang lebih besar.  Ketiga, sesuatu kesusasteraan itu berhadapan dengan krisis, titik perubahan atau vakum.  Sesuatu kesusasteraan yang masih muda mengikut hujah Evan-Zohar, dapat mempercepat proses pendewasaannya melalui pendedahan kepada karya terjemahan.  
Bagaimanakah pula dengan situasi sastera Melayu?  Jika diperhalusi kenyataan yang dibuat oleh tokoh-tokoh intelektual kita, ternyata sastera Melayu berada pada situasi pertama.  Oleh yang demikian, peranan terjemahan adalah untuk memperkaya dan mendewasakan sastera Melayu.  
Dipetik beberapa pandangan yang jelas berpihak kepada hujah tadi. Za�ba (�Memajukan Bahasa Melayu dan Kesusasteraannya�, Dewan Bahasa, September 1957), melihat peranan terjemahan sebagai faktor yang dapat memperkaya sastera Melayu.  Katanya, buku-buku kesusasteraan asing itu, �boleh memberi sumbangan memperkaya kesusasteraan Melayu�.  Za�ba turut memberi peringatan bahawa karya-karya itu �tidaklah mesti diterjemahkan daripada bahasa Inggeris atau bahasa Eropah sahaja, tetapi jika dapat hendaklah juga daripada bahasa China, bahasa Jerman, bahasa Tamil, bahasa Urdu, bahasa Farsi, bahasa Arab dan lain-lain�.  
Kassim Ahmad (�Menterjemah Klasik Dunia�, Dewan Sastera, Julai 1986) menulis, �Kita tidak harus memperkecil peranan terjemahan dalam pembangunan kebudayaan manusia�, dan dalam konteks yang lebih spesifik, iaitu pembinaan sastera, beliau juga menyifatkannya sebagai �satu tugas bangsa untuk memperkaya kesusasteraan�.  Muhammad Haji Salleh (�Belajar daripada Gelisah Dunia:  Sasterawan Sebagai Penterjemah�, Dewan Sastera, Mac 1983) melihat terjemahan sebagai �jalan pintas kepada sekalian puncak ciptaan sastera�.  Tambahnya lagi, �Dengan memilih dan menterjemah karya-karya terbaik kita mengumpulkan inti pemikiran, wawasan dan perasaan sastera seluruh dunia untuk bangsa kita yang tidak mungkin kita dapati melalui bahasa aslinya�.  
Tanpa mengesampingkan peranan utama terjemahan mendewasakan sastera Melayu, perlu diperhitungkan juga pertimbangan lain yang turut menuntut suatu peranan besar bagi karya terjemahan � yakni sebagai alat yang berpotensi meningkatkan persefahaman antara kaum.  
Cita-cita begini kerap disuarakan. Baharuddin Zainal (�Permulaan bagi Satu Kehidupan Sastera yang Lebih Bererti Di Malaysia�, Dewan Sastera, Julai 1983) yang mengetuai Bahagian Pengembangan dan Pembinaan Sastera, DBP dalam ucapannya pada majlis �Pertemuan Penulis Berbagai Kaum� yang berlangsung pada bulan Mei 1983 berkata, �Pengalaman penulis yang menulis dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris pada sekarang ini adalah seperti ratusan pulau yang berselerak dalam arus serta gelombang dalam angin dan ribut yang simpang-siur.  Kita harus berkongsi pengalaman ini untuk menjadikannya sebuah pulau yang besar, dan menjadikannya sebuah jambatan yang menghubungi pelbagai golongan dan kaum.  Inilah yang amat diperlukan oleh bangsa kita.  Sekiranya politik terpaksa bersuara atas garis-garis perkauman dan nampaknya masih sulit untuk memilih jalan lain, kita kaum penulis harus merentasi garis-garis yang berbahaya ini ....  Dan jalan paling praktis untuk memulai cita-cita ini ialah melalui terjemahan�.  
Oleh yang demikian, terjemahan yang tersiar dalam Dewan Sastera (DS) dapat dilihat daripada perspektif ini, iaitu untuk memainkan peranan memperkaya sastera Melayu sekali gus bertindak sebagai jambatan yang menghubungi berbagai-bagai golongan dan kaum. 

 

Sebuah majalah khusus sastera yang dinanti-nantikan para pencinta sastera akhirnya menjadi kenyataan dengan terbitnya Dewan Sastera pada tahun 1971.  Kini, usianya sudah mencecah 33 tahun dan dalam tiga dasawarsa ini sidang editornya telah mengeluarkan beberapa rencana khas yang bertujuan menilai kembali kemajuan serta mengupas akan perkembangannya.  
Sorotan yang sedemikian rupa pertama kalinya tersiar dalam keluaran Januari 1976 dengan objektif melihat kembali kemajuan Dewan Sastera pada lima tahun pertamanya.  Genre yang tidak mendapat ruang ialah terjemahan.  Akhir sekali, sempena menyambut ulang tahun ke-30, Dewan Sastera pada bulan Januari 2001 telah menerbitkan sisipan khas setebal 96 halaman.  Sebanyak 19 orang penulis yang mengisi sisipan itu telah mengetengahkan pandangan dan pengalaman mereka tentang Dewan Sastera serta persoalan umum lain yang berkaitan dengan sastera Melayu.  Seperti yang sewajarnya, sisipan itu memuatkan beberapa rencana yang menyorot bahan yang tersiar dalam Dewan Sastera selama 30 tahun ini � cerpen, puisi, esei, dan sketsa.  
Namun yang anehnya tidak ada sebarang pembicaraan tentang karya terjemahan meskipun terjemahan telah menjadi suatu komponen integral dalam Dewan Sastera.  Hal ini bermakna persoalan tentang peranan Dewan Sastera selaku media penyalur terjemahan tidak pernah disoroti.  
Pengabaian sedemikian nampaknya agak lumrah, termasuklah di Eropah, (sekurang-kurangnya pada tahun 70-an).  James S. Holmes (�Describing Literary Translations: Methods and Models�, Literature and Translation, 1978) pernah mengadu,  
No one with an interest in translation studies, on looking through any standard bibliography of literary research, can fail to be struck by the fact that, of all the diligence and midnight oil represented in such listings, such a slight amount was spent on the examination of translation.  For all their prime importance in the history of European literature, translations have by and large been ignored as bastard brats beneath the recognition (let alone concern) of truly serious literary scholars.  
(Di Malaysia hakikat bahawa kebanyakan kajian tentang pertumbuhan sastera Melayu termasuk sejarah �rasmi� Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid I dan II (DBP, 1992) telah gagal menampakkan sebarang usaha untuk mengaitkan kegiatan terjemahan dengan perkembangan sastera nasional/Melayu jelas mengesahkan komentar James S. Holmes itu).  
Pengabaian itu perlu diperbetulkan sekurang-kurangnya untuk memenuhi tujuan dokumentasi dan (dalam konteks masyarakat yang sentiasa disarankan agar menghargai mereka yang pernah berbakti) penghargaan terhadap para penterjemah yang secara konsisten lagi gigih membina jambatan persefahaman dan ilmu!  
Dalam keluaran sulung, Hassan Ahmad selaku pemangku Pengarah DBP dalam ruangan �Kata Penghantar� telah menggariskan matlamat utama Dewan Sastera sebagai media untuk �menggalakkan pertumbuhan penulisan kreatif�. Manakala Keris Mas, ketua pengarangnya selain berjanji �memaparkan segala aliran kesusasteraan� mengundang �para seniman, kaum terpelajar, dan para intelektual� untuk bersama-sama mengisi Dewan Sastera. Maka daripada kedua-dua nakhoda itu, tidak terdapat apa-apa petunjuk bahawa majalah yang baru lahir itu akan memperuntukkan suatu peranan tertentu buat para penterjemah turut membantu menggerakkan Dewan Sastera.  
Namun demikian, pada realitinya keluaran sulung itu jelas memperlihatkan komitmennya terhadap terjemahan dengan menyiarkan tiga buah cerpen terjemahan, sebuah drama, dan tiga buah sajak.  Komitmen ini ? yang seolah-olah terlepas daripada perhatian Hassan Ahmad dan Keris Mas ? terzahir dengan jelasnya dalam kenyataan Usman Awang, editor Dewan Sastera dalam keluaran berikutnya apabila beliau menulis, �Selaras dengan tujuannya, Dewan Sastera akan berusaha menyiarkan karya terjemahan ke bahasa Melayu dan dengan demikian sentiasa mengharapkan kerjasama penulis tempatan�.  
Rencana ini sebagai sebuah laporan sederhana tentang �apa yang diterjemahkan� dan bukannya sebagai suatu kajian yang berhasrat besar menilai mutu terjemahan. Rencana ini juga tidak cuba menyiasat strategi terjemahan yang diamalkan oleh para penterjemah dalam usaha mereka membawa masuk suara-suara asing itu ke pendengaran dan tatapan audiens tempatan.  Laporan ini akan memberatkan persoalan penyiaran cerpen ... 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera April 2004. Kini di pasaran... dapatkan segera!

    

 

  Arkib 
                                                             

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

aisyam@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 26 Mei 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 15:58:22 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.