Dewan Sastera Januari 2004

                                                

 

 

        JANUARI 2004
         Zulkaedah - Zulhijah 1425
           Jilid 34 Bil. 01
              KK 800-904330104
              ISN 0126-5059

 

  KANDUNGAN

 

SURAT KEPADA EDITOR  
Hanya Jauhari Mengenal Manikam -Puteri Illyyum
Editor Harus Adil dalam Pemilihan Karya - Raja Yusoff Ariffin

DARIPADA EDITOR    
Anugerah Sastera Negara: Penulis Wanita Bila Lagi?

DRAMA
Wisma Wahub - Rahman Shaari

PUISI BULAN INI  
Di Sini, di Tepi ? Suhaimi Hj. Muhammad
Dialog Kendiri Musim Baru ? Solihin Osman
Wanitaku ? Ahmad Sarju
Doa Puisi Si Fakir ?  Rahimidin Zahari
Setelah Membaca Eseimu Baha ? Rejab F I
Aku di Kota Singa ? Sabar Bohari
Di Antara Dua Bibir ? Hilmi Rindu
New York 2 ? Shamcuddin Jaafar
Laut Surut ke Mana Hilangnya? - Zaharah Nawawi  
 
CERPEN
Seorang Jaman di Mega Pura - Rubiah Nordin
Akrab - Amaruszati Noor Rahim
Bertemu Aisha Bhutta - Samsiah Md. Nor
Pada Pertemuan Itu - Zaharah Nawawi

PUISI PILIHAN
- Zurinah Hassan

KARYAWAN BULAN INI
Sri Diah
Erti Sepi dalam Cerpen Sri Diah - A. Rahim Abdullah


FOKUS  
Perjuangan Penulis Wanita Mesti Diteruskan - Zaharah Nawawi
Mengapa dan Bagaimana Shaharom Berkarya? - Ungku Mohd. Zaman Tahir

KAJIAN 
Ekspresi Pengalaman Wanita sebagai Ciri Asas dalam Pembentukan Citra Wanita - Siti Hajar Che Man

ANALISIS
Penghayatan Sastera Islam dan Suara Kemanusiaan - T. Alias Taib

  
SOROTAN 
Tradisi Lisan dalam Era Globalisasi
- Padilah H. Ali
Penghasilan Karya Bertaraf Tinta Kencana - Rozninah Abd. Azib

UJANA KLASIK
Syair Malaysia Makmur - Khadijah Hashim

FRAGMEN NOVEL
Jangan Ada Dusta - Sri Diah

WAWANCARA
Impiannya: Memiliki Karya yang Mantap dan Pembaca yang Ramai

SESEDAP RASA
P. Ramlee dan Psyche Orang Melayu -Johan Jaaffar

SOROTAN BUKU
Ulung
Perjalanan Mencari Hikmah - Abdullah Hussain
Bulan Senja - Leo A.W.S
Cinta Jati Klasik - Samsiah Mohd. Nor
Hikayat Para Nabi dan Tokoh-tokoh Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KAJIAN

EKSPRESI PENGALAMAN WANITA SEBAGAI CIRI ASAS 
DALAM PEMBENTUKAN CITRA WANITA:

Oleh Siti Hajar Che Man                                                                 
  
 Ekspresi pengalaman wanita amat penting tetapi kerap dipandang remeh dan kerana itu juga hasilan karya-karya mengenai citra wanita di tangan
 pengarang lelaki tidak tepat. Namun persoalan pengalaman inilah yang akan membezakan antara karya pengarang lelaki dengan pengarang wanita.
 Walaupun pada hakikatnya akan terdapat beberapa idea dan bentuk selari tetapi pengalaman yang dicetuskan oleh wanita lebih terasa kesensitifannya.
 Hal ini demikian kerana peristiwa yang dipotret melalui karya biasanya dialami oleh wanita itu sendiri. Justeru itu, pengalaman yang digambarkan lebih  mendekati realiti sebenar. Apa yang menimbulkan curiga dan prasangka dalam kalangan wanita dan pengkritik feminis ialah bagaimana pengarang lelaki  memotret citra wanita dari kaca mata mereka. Berbagai ragam dan gaya watak wanita dilakarkan secara rambang kerana mereka beranggapan wanita sebagai bahan karya. Wujudnya pandangan yang dipengaruhi dengan prasangka itulah, maka pengkritik feminis berusaha untuk membina semula satu  bentuk tipa induk dan wacana baru mengenai citra wanita yang sewajarnya dalam karya sastera. Seperti saranan Showalter [1982:12], ?? so long as we
 look to androcentric models for our most basic principles ? even if we revise them by adding the feminist frame of reference ? we are learning nothing new.?

  Jadi apa pula tugas pengarang wanita mahupun pengkritik wanita dalam menangani persoalan ini? Menurut Showalter lagi, mereka seharusnya mencari  bahasa dan ungkapan yang baru dan cara serta kaedah baru membaca  yang boleh menyatupadukan kecerdikan dan pengalaman, sebab-musabab, visi, dan rasional. Apa yang terjadi ialah wanita selama ini dipinggirkan. Pengalaman wanita tidak diendahkan malah dinyahkan, suara wanita dibisukan dan  aktiviti wanita dipenjarakan atau dikongkong. Stereotaip wanita sebagai muse, seperti kata Cythia Ozick ?woman appears in the writing of men as the  Muse?? ?She is the Muse? ? the idealized inspiration for the male writer? [Eagleton, 1986, 45].  
  Justeru inisiatif kertas kerja yang tak seperti ini cuba dijalankan untuk melihat beberapa aspek. Pertamanya, ingin membina semula identiti baru citra  wanita. Keduanya, membetulkan sistem penandaan lelaki. Ketiganya, golongan feminis ini cuba menjawab berbagai tanggapan salah yang dikemukakan  oleh pemikir dan sarjana lelaki mengenai wanita sebagai otherness. Umpamanya, untuk menangani pandangan yang dikemukakan oleh beberapa orang  tokoh pengkritik dan pengarang terkemuka dunia seperti Sigmund Freud, Jacques Derida, James Joyce, dan Jacques Lacan. Pembetulan ini juga cuba  mengenal pasti beberapa perspektif dan pemikiran falsafah Barat yang dipengaruhi oleh dichotomous oppositions seperti benar/salah, sama/lain, dan  identiti/berbeza-beza yang sebenarnya juga meletakkan nilai positif dan negatif pada pasangan yang bertentangan ini.  
  Oleh itu, usaha feminis mengkaji semula sistem penandaan lelaki telah dipengaruhi oleh gagasan Jacques Derrida dan ahli falsafah lainnya yang giat
 dalam deconstruction of western metaphysisc (Felman 1975: 2-10). Menurut Derrida (1978: 278-293), metafizik Barat berdasarkan suatu prinsip
logosentrisme yang mempertingkatkan status Subjek. Kewibawaan Subjek yang dapat digelar sebagai asal-usul, wujud, rasional atau kebenaran (Origin, Being, Reason atau Truth) memusatkan kuasa di bawah dirinya. Dengan itu, semua elemen yang dapat diketahui dalam sistem epistemologi disusun  melalui  struktur hierarki dengan Subjek itu terletak di puncaknya. Justeru itu, perubahan perlu dibuat terhadap sistem phallosentrik yang menilai pola riti  kejantanan /keperempuanan (Masculine/Feminine) itu.  
  Dalam hal ini, Irigary (1975: 81), misalnya telah mendedahkan nilai negatif yang lazimnya terletak pada kewanitaan. Seperti yang dijelaskan oleh Felman
 ?? theoretically subordinated to the concept of masculinity, the woman is viewed by the man as ?his? opposite, that is to say, as ?his? other, the negative
 of he positive and not, in her own right, different, other, otherness itself?  (1975: 3). Jika diteliti petikan tersebut terdapat beberapa kali perkataan ganti
 nama his diulang. Menurut Felman, kata ganti nama his disebut berulang kali untuk menegakkan hakikat bahawa wacana lelaki yang menggunakan
 wanita secara literal juga adalah metaforikal. Dalam hal ini , narsisisme lelaki kelihatan apabila perbezaan antara dua jantina itu lenyap dalam projeksi diri  kaum lelaki. 
  Sementara itu, Virginia Woolf dengan nada sinis menunjukkan bahawa lelaki memerlukan wanita sebagai cermin yang dapat mengetengahkan kehebatan  mereka. Dalam karyanya A Room of One?s Own,  beliau menyatakan ?? women have served all these centuries as looking glasses possessing in the  magic and delicious power of reflecting the fixture of man at twice its natural size? (1925: 35). Dengan meruntuhkan sistem penandaan lelaki dan  memindahkan Subjek dari pusatnya, usaha dekonstruksi yang diperkenalkan oleh Derrida ternyata dapat memberi sumbangan kepada wacana feminis.
  Dekonstruksi sangat berguna kepada feminisme kerana menawarkan beberapa  metod ...

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Januari 2004. Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib 
                                                             

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

aisyam@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 26 Mei 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah.


Kemaskini pada 2017-03-16 16:02:25 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.