Dewan Sastera Disember 2005

 

Daripada Editor
Merangsang Minat dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

Surat Kepada Editor
Suara Hati Seorang Penulis
Saadiah Ibrahim

Semoga Abdullah Hussain Segera Sembuh
Miza

Ujana Klasik
Abdul Halim R

Cerpen
Jangan Sekali-kali Berundur
Jaafar Hasni

Seorang Lelaki Tua Berseluar Pendek yang Ditembusi Sayap Bidadari
Roslan Jomel

Sireh Sejunjung Serai Serumpun 
 Saroja Theavy Balakrishnan

Puisi Bulan Ini
Di Pentas Itu
Norhisham Mustaffa

Ceria Buana
Anismas Ar

 Bercinta yang Paling Manis 
 Suhaimi Hj. Muhammad

Hati Malam
Ria Asmira

Suara Alam 
Saadiah Hj. Ibrahim

Seketul Batu Kering
Jasni Matlani

Riwayat Terpancar
Abdul Hadi Yusoff

Memburu Ufuk Iman
Naapie Mat

Jika Benar Engkau Harus Melangkah
Huzaifah Zulfaqar

Tercipta Sebuah Kemusnahan
Poul Nanggang

Ikhlas  
Ismail Restu

Drama
Bangsawan Impian Syalaza (Bahagian Keempat)
Mohamed Ghouse Nasuruddin

Karyawan Bulan Ini 
Mohd. Taib & Abdul Halim "R"

 Fokus
Anugerah Tokoh Warisan Pemangkin Pewaris Gernerasi
Zalila Sharif

Menyelami Sastera Warisan dengan Permata yang Mengilau
Mohd. Taib Osman

Bekas-bekas Tapak yang Dijejaki
Siti Hawa Haji Salleh

Perjalanan yang Panjang dalam Bidang Pantun Membuahkan Hasil
Abdul Halim R

Sorotan 
Majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Sastera Warisan
Hajijah Jais

Gema Puisi Bersama-sama Pemimpin
Rusdi Abd. Rahman

Seminar Karyawan Tamu Dewan
Iza Azizah

Tabir Hayat
Selingkar Kisah Affrini Adham dalam Kenangan
Faudziah Awang

Monolog Kecil
Bahasa dan Teks: Bercerita tentang Sejarah Bangsanya
Baha Zain

Selingkar Bundaran Kata
 Beberapa Titik Penting Hidup Seorang Pengarang
Muhammad Haji Salleh

Khabar Orang Di Sana
Novelis yang Dilupa
Sharif Putera

Analisis
Pengembalian Moraliti Sering Dihidupkan oleh Falsafah Kematian dalam Puisi
Arbak Othman

Manifestasi Cinta dalam Sastera 
Mohd. Yusof Hasan

Ulasan Buku 
Tujuh Tegak Bersama

Undang-undang laut

Pemburu Mimpi

Keinginan Kecil di Celah Daun

Spektrum 
Bunga Bertasbih
Noordin Hassan

Bicara Karya
Infitar: Dialektik Terhadap Kolonialisme
Hashim Ismail

Reaksi 
 Pertemuan Rasa Buat Abdullah Hussain
Maskiah Hj. Masrom

Pabila Hujan Turun
 Sasterawan Ilmu dan Renungan
Shahnon Ahmad

Sastera Antarabangsa
Utopia yang Terakhir dan Sisipus yang Selamanya
F.P. Chew

DARIPADA EDITOR

Merangsang Minat dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

Dewan Sastera, Disember 2005, memberikan  fokus kepada Anugerah Sastera Warisan, yang julung kalinya diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Anugerah ini telah menobatkan Profesor Emeritus Dr. Taib Osman dan Halim “R” sebagai penerima anugerah ini.  Lantaran itu  dalam ruangan Karyawan Bulan Ini Dewan Sastera memaparkan latar belakang kehidupan dan penglibatan penulisan atau pengajian kedua-dua orang tokoh ini.
   Usaha DBP ini adalah sebagai penggalak dan penghargaan kepada pengamal, penggiat dan pengkaji sastera Melayu tradisional, yang sering kali diabaikan dan kadangkala bagai terpinggir.  Banyak anugerah atau hadiah untuk penulisan dan pengkajian kreatif sastera moden telah diadakan, baik di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional, bahkah peruntukan puluhan ribu ringgit boleh diadakan bagi menjayakan matlamat tersebut.  Namun belum ada satu anugerah pun sebelum ini yang memberikan pengiktirafan kepada mereka yang terlibat sekian lama dalam sastera tradisional.
   Yang amat diharapkan hasil daripada anugerah sastera warisan ini akan merangsang lebih banyak lagi peminat, penggiat, pengamal dan pengkaji, khususnya daripada generasi muda menceburi bidang kesusasteraan tradisional.  Semoga selepas ini tidak lagi kita melihat yang menceburi bidang kesusasteraan tradisional ini hanyalah pensyarah dan penulis veteran.  Sewajarnya disediakan pelapisnya bagi menggantikan mereka yang seorang demi seorang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
   Seperti Allahyarham Affrini Adham yang telah pulang ke rahmatullah pada 
22 September 2005.  Kami, sidang redaksi Dewan Sastera, mengucapkan takziah kepada keluarganya dan sama-samalah kita  mendoakan mudah-mudahan dibuka pintu langit untuk rohnya dan diangkat darjatnya ke maqam yang tinggi – al-Fatihah.


 

 

FOKUS 

Anugerah Tokoh Warisan Pemangkin Pewaris Generasi

Zalila Sharif

Tumpuan pengkaji Barat terhadap karya Melayu tradisional bermula dengan usaha sarjana Barat abad ke-19, walaupun sebahagian besarnya adalah merupakan pengumpulan manuskrip, pengelasan dan pengkatalogan, penerbitan kecil-kecilan, dan penyediaan ringkasan. Antara mereka ialah P.P. Roorda Van Eysinga, J. Brandes, A.F. Von Dewall, H.C. Klinkert, G.K. Niemann, C.A. Van Ophuijsen, G.J. Pijnappel, C. Snouck Hurgronje, H.N. Van Der Tuuk; the British J.R. Logan, W. Maxwell, W.G. Shellabear, O. Blagden;  A. Dozon, E. Dulaurier, P. Favre; R. Brandstetter, dan lain-lain lagi. Mereka dikuti oleh Van Ronkel, W. Rassers, W. Stutterheim, P. Van Leeuwen, D. Rinkes, G. Pijper, J. Doorenbos, A. Cense, C.A. Mees, T. Rusconi, C. Hooykaas, R.O.  Winstedt, E.U Kratz, B.B. Parnikel, J.J. Ras, T.Hooker, Vladimer Braginsky, dan lain-lain lagi. Usaha mereka masih berterusan sehingga sekarang sekalipun Hikayat Hang Tuah telah berulang kali dijadikan bahan kajian tesis.
   Berbanding dengan sarjana Barat, bilangan sarjana dari negara kita masih kecil bilangannya. Antaranya yang telah banyak menghasilkan kajian ialah Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh, Noriah Taslim, Noriah Muhammed, Jamilah Ahmad, dan lain-lain.  Ada  antara sarjana ini sudah mula meninggalkan  lapangan ini.  Sekiranya  usaha mereka ini tidak diteruskan dan usaha penggalakan tidak dibuat, kesusasteraan tradisional akan terpinggir dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.
  Perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional yang begitu kaya dengan pelbagai naskhah dan sastera rakyat yang begitu banyak akan hanya tinggal dalam perpustakaan atau mikrofilem sahaja. Masyarakat tidak kenal lagi sastera undang-undang yang memperkatakan asal usul raja-raja, pembukaan negeri, dan bagaimana kuasa Melayu dijelmakan dan dikekalkan. Pandangan hidup masyarakat Melayu dalam pelbagai aspek tidak lagi menjadi pegangan apabila  karya sastera sejarah dan hikayat dipandang remeh. 
    Mulailah karya sejarah yang mengemukakan cerita berdasarkan realiti dan fakta sejarah disamakan dengan pemerian kehidupan masyarakat yang berdasarkan khayalan dan dongeng  sebagaimana terdapat dalam hikayat. Mungkin kita juga akan sama seperti beberapa sarjana Barat yang telah meneliti kesusasteraan Melayu tradisional berasa kecewa kerana tidak menemui fakta sejarah yang serupa  dengan fakta sejarah yang diterima di Barat pada zaman moden.
  Kelangsungan kesusasteraan Melayu tradisional juga turut  bergantung pada penggiat dan pengamal. Tanpa mereka  masyarakat kita khususnya akan hanya kenal pantun kerana hanya pantun yang masih popular dalam kalangan masyarakat sekarang. Bagaimana dengan gurindam, syair, seloka, nazam dan sebagainya? Walaupun tidak sepopular pantun, puisi-puisi sewajarnya terus dibacakan dalam kalangan masyarakat kita.


   Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pembinaan dan pengembangan sastera khususnya kesusasteraan tradisional satu anugerah diperkenalkan, iaitu Anugerah Tokoh Sastera Warisan.  Dengan kerjasama para panel penilai anugerah ini yang telah membuat penelitian rapi, mereka telah memilih dua orang tokoh untuk diberi penghargaan ini.  Mereka ialah Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd. Taib bin Osman bagi kategori A, dan Haji Abdul Halim bin Salleh atau lebih dikenali dengan nama Abdul Rahim “R” bagi kategori B.  
    Bagi Kategori A: Tokoh pengkaji/peneliti sastera warisan, dua syarat utama yang ditetapkan iaitu pertama, tokoh mestilah memperlihatkan kesarjanaan dan kreativitinya dalam menghasilkan penyelidikan, penelitian, pengeditan, penerbitan, dan pengumpulan hasil sastera warisan. Syarat kedua ialah karyanya menyerlahkan kecemerlangan dan kebijaksanaan kepengarangan Melayu sehingga mengangkat peradaban bangsa. Bagi Kategori B: Tokoh pengamal dan penggiat, tokoh mestilah memperlihatkan keahliannya dan kesenimanannya dalam pengamalan sastera warisan serta kebolehan memperkenalkan dan mengembangkannya dalam kalangan masyarakat umum.
   Kedua-dua orang tokoh ini adalah lambang kepada kelangsungan persuratan alaf baharu.  Anugerah ini melambangkan ketelusan dan komitmen DBP untuk mengiktiraf kesarjanaan tokoh yang mengembangkan sastera warisan ke peringkat yang dapat mengangkat peradaban bangsa, di samping memperkaya khazanah sastera dan persuratan Melayu masa kini.
   Pihak sekretariat telah menerima bilangan pencalonan yang agak menggalakkan daripada orang perseorangan, badan atau institusi yang sah berdaftar, maka penilaian calon telah dibuat berdasarkan sumbangan calon dalam memelihara, memulihara, dan mengekalkan kesinambungan hayat sastera warisan dan menyebarluaskan dalam kalangan masyarakat. 
  Matlamat mengadakan anugerah ini. Pertama, adalah untuk menghargai sumbangan penting tokoh-tokoh daripada kalangan warganegara Malaysia terhadap perkembangan dan pemuliharaan khazanah sastera warisan Melayu. Kedua, adalah untuk mengiktiraf kesarjanaan tokoh yang mengembangkan sastera warisan ke peringkat yang dapat mengangkat peradaban bangsa melalui penyelidikan dan penelitiannya. Ketiga, untuk mengiktiraf bakat keseniman tokoh yang mengamalkan, serta menggiatkan perkembangan karya sastera warisan sehingga tersebar luas di dalam dan di luar negara.
  Walaupun anugerah ini hanya berjaya dilaksanakan pada tahun 2003, harapan pihak penganjur amatlah besar terhadap masa hadapan kesusasteraan Melayu tradisional. Kesusasteraan Melayu tradisional semakin kurang mendapat perhatian  masyarakat kecuali segelintir pengkaji dan pengamal, walaupun di sana sini terdapat badan-badan yang mencuba untuk meneruskan  pelbagai aktiviti untuk menyuburkannya. Anugerah ini diharapkan akan menjadi  faktor galakan kepada para penyelidik untuk melibatkan diri dalam menyelongkar dan mencungkil pelbagai ilmu yang terkandung dalam karya besar kita. Hasil kajian kita yang  belum begitu bayak perlu dilipatkan gandakan supaya kita tidak kehilangan dan terlepas mutiara yang terdapat dalam karya tersebut, serta mengimbangi sejumlah kajian yang dibuat oleh sarjana Barat. Karya-karya besar kita telah banyak dimanfaatkan oleh sarjana luar sehingga lahirnya begitu banyak hasil penyelidikan dalam pelbagai bentuk sama ada artikel, buku mahu pun tesis. 
Walaupun anugerah ini tidaklah besar jika dibandingkan dengan nilai  anugerah yang lain, namun dari segi sumbangannya amat bermakna. Penghargaan dan galakan kepada pengamal dan penyelidik ini berkait secara langsung dengan celik budaya dalam kalangan masyakat kita. Tanpa komitmen badan yang bertanggungjawab  di samping peranan  individu untuk menyebarkan khazanah warisan bangsa ini, pengajaran dari Batu Belah Batu Bertangkup atau Si Tenggang tidak dapat difahami lagi, kelucuan  Pak Kaduk dan Lebai Malang tidak dapat dikongsi bersama,  kesetiaan Hang Tuah tidak dapat lagi dihargai,  daulat raja  tidak lagi menjadi penting.
Berbanding dengan penulis kreatif sastera moden yang banyak diberi penghargaan melalui karya dan sumbangan mereka, sama ada  oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat, mahupun badan bukan kerajaan, dan badan korporat tahun demi tahun. Hanya menjelang abad ke-21 baharulah  sumbangan tokoh penyelidik dan pengamal sastera tradisional diberi penghargaan khusus oleh kerajaan. Hal ini sememangnya disedari oleh semua golongan masyarakat sastera.

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Disember 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 29 Disember 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 16:03:32 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.