Dewan Sastera November 2005

 

Daripada Editor
Sudah Sampai Waktunya Lahirnya Lahirkan Penulis Kanak- Kanak

Surat Kepada Editor
Kertas Dewan Sastera Tidak Sesuai 
Siti Nadiah Noordin

Puisi Klasik Tidak Mencukupi
Norhazila

Ujana Klasik
Pantun Berkait Bahasa Hati
Siti Zaleha M Hashim.

Cerpen
Ami Tumakeh Balobashi
Maskiah Hj. Masrom.

Sesat yang Menyesatkan
Wan Ahmad Ismail

Taubat Nasuha
 Rejab F.I

Rahmah wa Mawaddah
 Kamariah Haji Kamaruddin

Puisi Bulan Ini
Tun Hamzah dan Hamlet 
Raihani Mohd. Saaid

Melayuku: Oh Melayuku
Hj. Haron Hj. Kidam

 Wajah dari Jendela Luka
 Ezzar Mohd. Kamal

Luka Nadim
Marzuki Ali

Miri Bandar Raya Mengamit Sebuah Cinta 
Suzanna Chew

Langkisau dari Jiwa Luka
Marjan S

Bahtera Nusa Bangsa
Chai Loon Guan

Drama
Bangsawan Impian Syalaza (Bahagian Ketiga)
Mohamed Ghouse Nasuruddin

Puisi Pilihan
Agus Salim

Karyawan Bulan Ini 
Maskiah Hj. Masrom

Selangkah Demi Selangkah...
Maskiah Hj. Masrom

Maskiah dengan Karyanya: Perjalanan Mencari Sinar Islam
Rosnah Baharudin

Reaksi 
Pertemuan Rasa Buat Abdullah Hussain
Maskiah Hj. Masrom

Analisis
Kekecewaan dan Kelangsangan dalam Cerpen
Muhd. Mansur Abdullah

Daripada Peristiwa kepada Makna: Penyajak Memilih Bersederhana
Lim Swee Tin

Fokus
Pendidikan Moral Menerusi Bacaan Sastera Kanak-Kanak
Misran Rokimin

Sastera Kanak-Kanak: Pendekatan Islam
Faisal Tehrani

Teater Kanak-Kanak: Antara Kepuasan Berseni dengan Tanggungjawab
Ladin Nuawi

Sastera Kanak-Kanak dan Pembentukan Minda 
Membunga Siti Meriam

Ulasan Buku 
Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-kanak

Kisah Pengembaraan Keluarga Tupai 9Tupai Family Adventures) 

Ibu, Kupohon Restumu

Mari Bersopan Santun

Menanti Hujan

Farris Putera yang Hilang

Roda Ajaib

Monolog Kecil
Sastera Kita Dalam Bahasa Jerman dan Latiff Mohidin
Baha Zain

Khabar Orang Di Sana
Menulis sebagai Terapi Melawan Penyakit 
Nisah Haji Haron

Spektrum 
Musim Luruh
Noordin Hassan

Pabila Hujan Turun
 Seni untuk Masyarakat
Shahnon Ahmad

Bicara Karya
Makna Warna dan Garis-garis di Kulit Zaen Kasturi  
Arbak Othman

Sastera Antarabangsa
Novel Kanak-kanak di Tangan Lori
Ayu Hamida

Daripada Jabatan Sastera
Bengkel Penulisan Kreatif Badan Bukan Kerajaan
Hajijah Jais

Selingkar Bundaran Kata
 Sebuah Sketsa Buat Siti Zainon
Muhammad Haji Salleh

DARIPADA EDITOR

Sudah Sampai Waktunya Lahirkan Penulis Kanak-kanak

MINAT terhadap seni dan sastera wajar dipupuk sejak dari zaman kanak-kanak lagi.  Kalau ditanya kepada penulis, hampir semuanya menyatakan bahawa minat mereka dalam bidang penulisan telah disemai oleh penjaga mereka, sama ada secara disedari, atau tidak disedari sejak mereka kecil lagi.  Penyemaian minat pada seni dan sastera itu diterapkan, melalui tabiat bercerita sebelum waktu tidur, dalam nyanyian atau dodoian anak ketika dalam buaian, dan tidak kurang juga hasil daripada tabiat minat membaca atau minat melukis kanak-kanak itu sendiri.  Maka, seni dan sastera untuk kanak-kanak menjadi amat penting sebagai salah satu keperluan dalam membentuk minda dan keperibadian insan, selain memupuk bakat mereka.
   Penghasilan sastera kanak-kanak pula terbentuk daripada dua keadaan, pertama sastera kanak-kanak yang dihasilkan oleh penulis dewasa yang menulis tentang kisah atau permasalahan dalam dunia kanak-kanak dan keduanya, karya sastera kanak-kanak yang dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri.  Antara dua keadaan ini yang manakah yang lebih menarik dan berkesan?  Pada pandangan saya, karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak sendiri adalah lebih mengesankan kerana tulisan itu lahir daripada naluri dan isi hati mereka yang datang daripada harapan dan tanggapan mereka sebagai kanak-kanak. Sebaliknya, karya sastera kanak-kanak yang dihasilkan oleh orang dewasa lebih berbentuk didaktik dan membentuk moral.
   Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), melalui Unit Multimedia, iaitu Karyanet, banyak memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta karya kreatif mereka.  Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan peraduan ini berjaya banyak memunculkan banyak penulis baharu yang terdiri daripada kanak-kanak.  DBP banyak mendapat kerjasama bagi memupuk bakat baharu daripada kalangan kanak-kanak, contohnya DBP dan Agensi Angkasa Negara (AAN) pernah menganjurkan peraduan menulis untuk kanak-kanak sempena “Minggu Angkasa Sedunia” yang berjaya melihat bagaimana kanak-kanak dari sudut pandangan mereka menyatakan perasaan dan pandangan mereka terhadap dunia angkasa lepas sama ada secara fantasi dan fakta.
   Usaha DBP itu tidak wajar bernoktah di situ sahaja.  Sudah sampai waktunya DBP memikirkan untuk menganjurkan bengkel penulisan khusus untuk kanak-kanak yang berbakat ini seawal usia tujuh tahun lagi seperti Minggu Penulis Remaja yang telah terbukti menghasilkan barisan penulis remaja yang sudah semakin dikenali kini.
   Sesungguhnya, sastera kanak-kanaklah yang sepatutnya menjanjikan permintaan yang tinggi kerana peratusan jumlah penduduk yang tertinggi ialah kanak-kanak.  Justeru, kesungguhan memberikan tumpuan pada penghasilan seni atau sastera kanak-kanak sudah tentu akan menjanjikan permintaan yang tinggi jika mencapai cita rasa dan kehendak mereka.
Rozninah Abd. Azib


 

 

FOKUS 

Pendidikan Moral Menerusi Bacaan Sastera Kanak-kanak
MISRAN ROKIMIN

Senario Ilmu Kesusasteraan
Pada zaman globalisasi yang kehidupan masyarakatnya dipengaruhi oleh pelbagai bentuk teknologi canggih untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan informasi, ilmu kesusasteraan yang merupakan salah satu bidang ilmu kemanusiaan seperti yang dikesampingkan.  Hal ini banyak diperkatakan oleh segelintir sarjana atau ilmuwan yang memandang remeh terhadap kepentingan ilmu kesusasteraan.  
   Salah seorang yang begitu sinis memandang bidang ilmu kemanusiaan itu tidak penting ialah seorang mahaguru pengurusan perniagaan bernama Kenichi Ohmae.  Menerusi bukunya The End of Nation State:  The Rise of Regional Economies  yang terbit pada tahun 1995, secara terang-terangan dia menyatakan bahawa ekonomilah yang meletakkan sesebuah negara itu terus membangun.  Bidang-bidang ilmu kemanusiaan lain iaitu bidang yang turut menyumbang kepada perkembangan negara dan masyarakat sivil tidak diberikan perhatian.
   Pandangan yang dikemukakan oleh Kenichi Ohmae itu sebenarnya memperlihatkan sikap kurang memahami bahawa masalah sosial yang terjadi di seluruh dunia sekarang seperti keruntuhan moral, penyalahgunaan dadah, jenayah rompakan, pembunuhan, dan berbagai-bagai penyakit masyarakat sebenarnya tidak boleh diselesaikan dengan sains dan teknologi, atau ekonomi semata-mata.  Sesungguhnya kehidupan manusia perlu keseimbangan antara keperluan fizikal dengan spirituil dengan memberikan penekanan juga kepada bidang-bidang yang ada hubungannya dengan nilai dalaman atau jiwa manusia itu agar tidak kekosongan.  Justeru selain daripada agama yang menjadi pegangan manusia, ilmu kemanusiaan perlu dipelajari untuk dijadikan nilai tambah kepada pembentukan moral dan spirituil manusia.
     Jika direnung lebih mendalam, budaya konsumerisme yang dialami sekarang, turut memberikan implikasi kepada perubahan sosial masyarakat.  Budaya yang berorientasikan komersial yang dimanifestasikan dalam simbol-simbol banyak menonjolkan unsur hedonis dan sifat rakus kapitalis Barat dengan matlamat mencari keuntungan.  Contohnya penonjolan imej bebas golongan remaja seperti dari segi cara mereka berpakaian, pilihan makanan, dan minuman yang digemari, rentak muzik yang diminati dan berbagai-bagai gaya hidup yang ditiru dari Barat, yang akhirnya menghasilkan kesan-kesan negatif yang mendalam terhadap budaya tempatan.
   Senario di atas merupakan realiti yang berlaku sekarang, yang menemukan kehidupan masyarakat dipengaruhi oleh sikap materialistik yang berlebihan. Justeru apakah peranan kesusasteraan dan apakah yang boleh disumbangkan oleh bidang ilmu yang dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi ini?  Persoalan ini perlu dicari jawapannya oleh golongan moralis.  Walau bagaimanapun, tugas golongan moralis ini yang sifatnya sentiasa ingin memperbaiki gaya hidup masyarakat, yang kadang-kadang bertentangan dengan nilai agama dan budaya perlu yakin bahawa kesusasteraan masih mempunyai peranan yang signifikan untuk membentuk moral masyarakat.  
    Tugas ini bukan baru sekarang dilakukan, bahkan Plato dan Aristotle lebih 2000 tahun lalu telah memperjelas hal yang sama.  Pada zaman itu ilmu retorik memainkan peranan penting dalam menyampaikan ajaran moral kepada masyarakat.  Maka, pada zaman ini salah satu cara untuk menanam nilai moral dalam diri manusia adalah melalui amalan membaca karya sastera, dan memetik nilai-nilai positif dan pengajaran yang dipaparkan dalamnya.  Sifat rajin membaca ini  perlu disemai sejak zaman kanak-kanak lagi.
   Justeru tulisan ini cuba memberikan fokus akan kepentingan sastera kanak-kanak itu sebagai alat pendidikan moral, seperti yang dijelaskan oleh Sheila Egoff dalam bukunya, Only Connect (1969), bahawa karya sastera sesungguhnya mempunyai fungsi dalam proses pendidikan kanak-kanak.  Golongan kanak-kanak yang diberikan tumpuan ialah kanak-kanak yang dalam lingkungan umur enam hingga 12 tahun yang dianggap sudah mahir membaca sendiri.
Kanak-Kanak dan Bahan Bacaan
Banyak sarjana sama ada dia seorang pendidik, ahli psikologi atau penulis bersependapat bahawa buku cerita kanak-kanak memainkan peranan penting dalam pendidikan.  Kisah-kisah yang ditulis dalam kebanyakan cerita kanak-kanak memberikan sumbangan besar kepada pembentukan moral kanak-kanak.  Hal ini disebabkan golongan kanak-kanak ini mempunyai pemikiran yang masih bersih dan mudah menerima sembarang maklumat atau pengajaran yang disampaikan kepada mereka.
   Oleh yang demikian, setiap karya sastera yang hendak dihasilkan oleh seseorang penulis mestilah mempunyai tujuan untuk mendidik.  Hal ini pernah dihuraikan oleh Myles Mc Dowell dalam satu artikelnya bertajuk, “Fiction for Children and Adults: Some Essential Differences” yang ditulisnya pada tahun 1978 berbunyi begini, “… the story develops within a clear-cut moral schematisme which much adult fiction ignores; children’s books tend to be optimistic rather than depressive…”.
   Pandangan Mc Dowell boleh dirumuskan bahawa buku-buku yang dihasilkan untuk bacaan kanak-kanak, plotnya perlu dikembangkan dengan tujuan memberikan pengajaran moral.  Di samping itu cerita yang dipaparkan perlu membawa sesuatu yang optimis dalam hidup dan bukannya cerita yang menyedihkan dan menekan perasaan kanak-kanak.
   Namun, timbul pertanyaan, mengapakah cerita-cerita klasik seperti mitos, legenda, cerita jenaka, cerita binatang, dan cerita asal usul terus disogokkan sebagai bahan bacaan kanak-kanak?  Walhal didapati cerita-cerita sedemikian membawa imaginasi kanak-kanak ke alam fantasi dan kadang-kadang menampakkan kebodohan dan mendedahkan pelbagai nilai negatif.
   Walau bagaimanapun terdapat dalam kalangan para sarjana, umpamanya Nicholas Tucker yang menulis dalam bukunyaThe Child and the Book (1981) berpendapat bahawa cerita-cerita berbentuk fantasi ini mempunyai daya tarikan yang kuat kepada kanak-kanak yang tidak sewajarnya mereka disekat daripada membaca cerita-cerita sedemikian.  Pada pendapat beliau, kanak-kanak merupakan makhluk yang lemah dan kehidupan di dunia ini merupakan tempat yang menakutkan.  Apa akan berlaku sekiranya ibu bapa tidak ada berhampiran mereka untuk memberikan perhatian?  Bagaimanakah mereka boleh menyelamatkan diri?  Siapakah yang boleh mereka percayai dan siapakah yang perlu dijauhi? Disebabkan cerita kanak-kanak ini menarik untuk dibaca kerana masih ada unsur pendidikan yang dipaparkan, maka novel-novel J.K. Rowling yang bercorak fantasi begitu mendapat ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera November 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 20 Oktober 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 16:04:06 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.