Dewan Sastera October 2005

 

Daripada Editor
Sastera Pancaran Sejarah

Surat Kepada Editor
Dewan Sastera dengan Perubahannya
Zaharah Mohd. Noor

Ujana Klasik
Peribadi Tinggi
Ahmad Sarju

Cerpen
Antiklimaks
Ezzar Mohd. Kamal.

Lelaki Tunggal Unggas Putih
Saadiah Haji Ibrahim

Saksi Delima Sakti
 Nisah Haji Haron

Buaya Batang Lupar
 Santy Anak Juing

Puisi Bulan Ini
Perangkap Persimpangan Azlan Shafie Abdullah

Cerita Seorang Isteri
Mukhtar bin Mustafa

 Kerongsang Untuk Guru
 Ami Masra

Kunanti Kaupulang
Jais Sahok

Gambus Sejantung Tali Dua Belas
Mohd. Hashim Osman

Jaringan Kasih
Nor Jamilah Mohd. Noor

Kupecahkan Segala Payah
A. Ghani Abdullah

Jurang 
Mohd. Kasim Mahmud

Hanya Sepohon Kelapa
Khadijah Hasim

Drama
Bangsawan Impian Syalaza (Bahagian Kedua)
Mohamed Ghouse Nasuruddin

Puisi Pilihan
Onn Abdullah

Karyawan Bulan Ini 
Onn Abdullah

Menemui Puncak Kepuasan Rohani
Ahmad Razali Yusof

Monolog Kecil
Seperti Bersalaman dengan Tuhan
Baha Zain

Spektrum 
Di Tebing al-Kauthar
Noordin Hassan

Sastera Antarabangsa
"Dengan Sayap Kegembiraan" ke Malaysia
Victor A. Pogadaev

Analisis
Interksi Penyair dan Pembaca: Analisis Teknik Pengungkapan
Arbaie Sujud

Manifestasi Cinta dalam Sastera
Hashim Ismail

Fokus
Puisi Mewarnai Kehidupan Insan
A. Ghafar Ibrahim

Mengesan Kesenian dalam Deklamasi
Rahman Shaari

Puisi Mistik Hakikat Batin yang Indah
Suhaimi Haji Muhammad

Bicara Karya
Puisi Siti Hawa Salleh: Lintasan Tragis yang Menghibakan
Arbak Othman

Puisi yang Bernafas di Kertas, Hidup di Pentas, Meresap ke Saraf
Lim Swee Tin

Sorotan  
Baca Puisi PENA - Dewan Sastera
S.M. Zakir
 
Apabila Pemikiran dan Kreativiti Keris Mas Dikupas
Ritah Yahaya

Arena Wati - Menulis Tanpa Sempadan
Aida Ahmad

Pabila Hujan Turun
 Lambaian Lautan
Shahnon Ahmad

Khabar Orang Di Sana
Menunggu Hujan
Amelia Hashim

Affrini Adham Bagai Kandil yang Bercahaya
Osman Ayob

Ulasan Buku 
Di Sebalik Segugus Nama

Sebuah Antologi Puisi ... A. Samad Said

Aura

Pandangan Semesta Melayu: Syair

Daripada Jabatan Sastera
Meneruskan Kajian Biografi Pengarang Melayu
Siti Aisah Murad

Gema Harapan 
Berbekal Hangatnya Hanya pada Bara Harapan
Arena Wati

Selingkar Bundaran Kata
 Nobel yang Jauh
Muhammad Haji Salleh

DARIPADA EDITOR

Sastera Pancaran Sejarah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu yang diketengahkan oleh pemimpin kanan DAP, Ronnie Liu, yang membuat kenyataan media mempersoalkan integriti pemimpin negara dan meminta pengiktirafan terhadap peranan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan tanah air 1957.  Isu ini menimbulkan polemik baharu yang mencabar kedudukan Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan Negara.  Hal ini dipandang oleh ahli sejarah sebagai satu pandangan pihak tertentu sengaja membutakan dirinya daripada fakta sejarah, demi agenda peribadi.
   Selain isu ini boleh dirujuk kepada fakta sejarah, isu ini boleh juga dirujuk daripada fakta yang dirakamkan melalui hasil sastera, seperti novel, cerpen, drama, khususnya puisi. Biarpun fakta yang berdasarkan karya sastera atau fiksyen atau sastera sejarah tidak boleh digunakan sebagai fakta yang konkrit, setidak-tidaknya kisah, peristiwa, watak, dan latar masa sesuatu karya ialah rakaman kisah sebenar yang berlaku pada zaman atau waktu itu.
   Terutama bagi puisi,  genre inilah yang cukup popular dan banyak dihasilkan pada zaman sebelum merdeka bagi merakamkan peristiwa sebenar zaman penjajah sehinggalah zaman mencapai kemerdekaan.  Maka, tidak hairanlah pada zaman itu muncul sajak-sajak yang berbau kemerdekaan yang merakamkan perjuangan tokoh sebenar kemerdekaan negara kita.  Antara sajak yang membawa tema perjuangan kemerdekaan termasuklah karya Sasterawan Negara A. Samad Said, “Tunku – Pada Hari Jadi”, dan beberapa banyak lagi sajak kemerdekaan yang termuat dalam kumpulan sajak kemerdekaan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Yang jelas nama Tungku Abdul Rahman ialah nama yang sahih tercatat sebagai negarawan yang memperjuangkan kemerdekaan, bukan Chin Peng. Begitulah terpancarnya bagaimana pentingnya peranan sastera itu kepada masyarakat dan negara.
*  *  *
  Sejak akhir-akhir ini Dewan Sastera sering dihujani dengan pertanyaan tentang ruangan “Kajian” yang tidak disiarkan atau digugurkan ruangannya sejak keluaran Julai 2005.  Pihak kami ingin memaklumkan bahawa karya yang berbentuk kajian akan disiarkan oleh jurnal sastera yang berjudul Lontar yang akan diterbitkan tidak lama lagi.  Kepada para pengkaji atau peneliti sastera, DBP, sentiasa mengalu-alukan para pengkaji atau peneliti sastera mengirimkan karya yang berbentuk kajian kepada jurnal Lontar  yang dikendalikan oleh Bahagian Teori dan Kritikan, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

  Rozninah Abd. Azib.
 

FOKUS    

Puisi Mewarnai Kehidupan Insan
OLEH A. Ghafar Ibrahim

Imej sebagai gambaran, cermin, bayangan keperibadian, watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yang terdapat pada pandangan, tanggapan orang, atau pihak lain.  Gambaran mental atau asosiasi idea timbul dalam karya sastera, terutamanya dalam puisi.
  Imej menggambarkan, melukiskan, dan membayangkan pelbagai ciri dalam puisi bagi menonjolkan pelbagai mesej, makna, pesanan, atau nilai bagi menimbulkan kesan mental atau bayangan visual yang merangsang pancaindera bagi mencetuskan keindahan kepada pembaca.
   Imej dalam puisi dapat menggambarkan emosi, fikiran, imaginasi, dan kebenaran melalui sekian banyak kosa kata dan perbendaharaan kata yang dipilih sebagai diksi bagi mengutarakan mesejnya.
  Perhubungan manusia alam Melayu dengan kawasan di sekitarnya, jelas tergambar dalam perlukisan petikan Hikayat Malim Deman  seperti yang berikut:
Alamat Hari Nak Siang
Tengah malam sudah terlampau 
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering – lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mandung, merak mengigal
Fajar sadik menyingsing naik
Kicak-kicau bunyi murai
Taptibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdengut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang.

(Mohd. Taib Osman, 1987: 137-138)
  Perkaitan orang Melayu dengan alam sekitar termasuk fauna dan floranya memang intim.  Alam di sekelilingnya itu pula dijadikan guru tempat mereka belajar dan mendapat pelbagai ilmu bagi bekalan hidup.  Imej yang terserlah dalam           Ikatan Puisi Bebas Alamat Hari Nak Siangbegitu nyata dan berfungsi sebagai bahasa komunikatif yang mesra alam.  Tengah malam dan dinihari dikaitkan dengan ragam tidur anak-anak kecil yang sering terjaga.  Orang muda yang suka balik larut malam dihubungkan dengan kebiasaan cara tidur orang tua yang tidak tetap, yang serentak dengan pengertian bahawa malam sudah tua menerusi embun jantan.
  Ikatan puisi bebas ini nyata berjaya menggambarkan landskap semula jadi yang berkesan, tetapi indah tentang perjalanan malam menuju siang di Alam Melayu yang sesuai pula dengan zamannya.  Maklumat yang dihantar melalui pancaindera lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh bersatu dalam pengalaman audio-visual yang memperkayakan gagasan kognitif, afektif serta psikomotor kita.  Fauna riang yang sering lanting, lembu yang melenguh, kerbau yang menguak, mendung yang berkokok, merak yang mengigal, murai yang berkicau, taptibau yang tinggi lambungnya, balam yang berkuku, puyuh yang terdengut adalah alamat hari hendak siang.  Alamatnya turut ditandai oleh imej alam fajar sadik yang sudah pun keluar serta imej kehidupan menghalau nyamuk daripada pembakaran kayu besar yang kian marak yang akhirnya puntungnya tinggal sejari sahaja.  Audio visual yang diperdengar melalui pilihan diksi yang berfungsi secukupnya, menepatiLinguistic Intelligence danEnvironment Intelligencedalam The Theory of Multiple Intelligences(1983) yang dikemukakan oleh Howard Gardner.
  Penguasaan kata, bahasa, kosa kata dan diksi dicetuskan melalui imej embun jantan, riang, lembu, kerbau, mandung, merak, murai, balam dan puyuh oleh hemisfera otak sebelah kiri (HOKI).  Manakala unsur peniruan bunyi alamiah tergambar secara onomatopeia melalui pembentukan kata yang indah seperti rintik-rintik, sering-lanting, melenguh, menguak, berkokok, mengigal, kicak-kicau, berkuku, terdengut yang dicetuskan oleh hemisfera otak sebelah kanak (HOKA).  Bahawa penciptaan Ikatan Puisi Bebas Alamat Hari Nak Siang  ternyata bijak dalam permainan bahasanya sehingga tidak nampak imej yang bertaburan dan membazir.  Bahawa mendengar onomatopeia itu kita tidak syak lagi tepat berada di Alam Melayu sebelah sini.
  Teromba ialah puisi yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.  Teromba merupakan pengucapan yang menerangkan perbilangan Adat Perpatih yang dasar:
Penakik pusau raut
Ambil galah batang lintabung
Seludang jadikan nyiru.
Yang setitik jadikan laut
Yang sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru.

(Harun Mat Piah, 198: 438)
  Teromba di atas masih relevan dan boleh bertahan kerana ia membawakan nilai kebenaran.  Teromba merupakan jenis puisi Melayu yang sewajarnya terus dikembangkan.  Pemikiran di dalamnya adalah terdiri daripada aras tinggi yang dicetuskan menurut neuro saintis Roger Sperry daripada otak sebelah kiri yang rasional, logikal, vertikal, saintifik dan akademik.  Perantaraan pemikirannya dibawakan dengan diksi objek biasa seperti pisau raut, galah batang lintabung, seludang, nyiru yang lumrahnya terdapat di Alam Melayu.  Kebijaksanaan minda Melayu dalam Teromba ini dapat memberi sesuatu pembelajaran holistik yang universal iaitu betapa intimnya perhubungan manusia dengan alamnya.
   Bukan sahaja, perhubungan yang diutamakan, malah semangat kental, mental positif serta pandangan hidup yang optimistik diperkuatkan dengan seludang yang dijadikan nyiru, setitik yang dijadikan laut serta sekepal yang dijadikan gunung.  Hiperbola ini jelas membawa semangat serba boleh yang menyeru alang-alang mandi biar sampai basah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, yang menjadi anutan zaman berzaman orang Melayu...      
 

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Oktober 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 28 September 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 15:47:03 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.