Dewan Sastera Julai 2005

 

Daripada Editor
Satu, Dua, Tiga, Lekuk ... Segar dalam Ingatan

Surat Kepada Editor
Artikel "Pelanggaran Hak Cipta"
Penulis Bebas

Mengapakah Sastera Dipersalahkan?
Soh Hai Lee

Ujana Klasik
Semakin Kuingat Semakin Kukenang
Siti Hawa Haji Salleh.

Cerpen
Penyusun Selipar
Ali Jusoh.

Suami Saya Tidak Melakukannya!
Mawar Shafie

Dari Kerisek ke Baiturrahman
 Azman Ahmad

Kaki
 A. Rahmad

Puisi Bulan Ini
Rahsia yang Dirahsiakan
Khadijah Hashim

Tongkat (2)
Abham T.R.

 Selamat Jalan
 Zakiah Bahari

Gugur
Marzuki Ali

Pokok Hiasan dan Pokok Hutan
Agus Salim

Tubuh yang Bercinta 11 Hipani Alwi

Di Muara Kehidupan
Azaika SR

Bukan Bintang
Lee Keok Chih

Senyum Terakhir Dara
Sahrunizam Abdul Talib

Drama
Hering (Bahagian Pertama)
A. Wahab Hamzah

Puisi Pilihan
Siti Hawa Haji Salleh

Karyawan Bulan Ini 
Siti Hawa Haji Salleh

Saya ingi Menggembirakan Ayah
Siti Hawa Haji Salleh

Fokus
Sastera Tradisional: Melentur Buluh Biarlah daripada Rebung
Noriah Mohamed

Memukau Audiens dan Indah Sepanjang Zaman
Siti Hawa Haji Salleh

Pabila Hujan Turun
 Sungai dan Serampang Bermata Tiga
Shahnon Ahmad

Spektrum
Sebutir Pasir, Sebiji Mutiara
Noordin Hassan

Daripada Jabatan Sastera
Kajian Naskhah Melayu: Menyingkap Khazanah Warisan Bangsa
Mariyam Salim

Reaksi 
Pertemuan Rasa Buat Abdullah Hussain
Maskiah Hj. Masrom

Analisis
Kekecewaan dan Kelangsangan dalam Cerpen
Muhd. Mansur Abdullah

Daripada Peristiwa kepada Makna: Penyajak Memilih Bersederhana
Lim Swee Tin

Spektrum 
Sebutir Pasir, Sebiji Mutiara
Noordin Hassan

Daripada Jabatan Sastera
Kajian Naskhah Melayu: Menyingkap Khazanah Warisan Bangsa
Mariyam Salim

Gema Harapan 
Ratapanku yang Berpanjangan
Arena Wati

Sorotan
Kemeriahan Majlis Hadiah Sastera Islam Kali Ke-11
Nurrin Md. Thomas

Puisi Sesuai untuk Sambutan Maulidurrasul
Rozninah Abd. Azib

Armageddon Arena Wati
Ritah Yahaya

Tabir Hayat
Dharmawijaya Mengabadikan Rasa Sukmanya
A. Rahim Abdullah

Hilangya Penggerak Teater Malaysia: Krishen Jit
Razali Yusof

Monolog Kecil
Sastera Kita Dalam Bahasa Jerman dan Latiff Mohidin
Baha Zain

Sastera Antarabangsa
Demam Chick Lit di Desa Global
Awang Azman Awang Pawi

Analisis
Dalam Simpang-siur Kehidupan Kebenaran Masih Ada 
Sohaimi Abdul Aziz

Citra dalam Puisi
A.Wahab Ali

Bicara Karya
Salam Maria: Cinta - Cinta Illahi
Shanon Ahmad

Khabar Orang Di Sana
Perjalanan Delumbang Rayeuk
Siti Zainoin Ismail

Melawat A. Rahmad di Anjung Petayu
Zakaria Ali

"Saya ingin Mengembara ke Dalam Diri"
Rozninah Abd. Azib

Ulasan Buku 
Hikayat Cendawan Putih

Wasiat

Janjiku pada Mastika

Undang-undang Kedah

DARIPADA EDITOR

Satu, Dua, Tiga, Lekuk ... Segar dalam Ingatan

Kesusasteraan Melayu Tradisional bermula dengan sastera lisan, iaitu sastera rakyat yang disampaikan dari satu mulut ke satu mulut atau disampaikan oleh tukang cerita. Sastera tradisi lisan antaranya mencakupi cerita-cerita; seperti cerita asal usul, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita penglipur lara. 
   Kesusasteraan Melayu  Tradisional berubah mengikut zaman dan pengaruh sesuatu kepercayaan yang datang ke Tanah Melayu. Kedatangan pengaruh Hindu menjadikan zaman itu popular dengan epos India dalam kesusasteraan Melayu dan wayang kulit, melalui kisah-kisah  Ramayana dan Mahabrata.
   Selepas pengaruh Hindu, kesusasteraan Melayu tradisional disuntik pula dengan  pengaruh Jawa dan cerita panji. Seterusnya kedatangan Islam, kesusasteraan Melayu tradisional digarapkan dengan pengaruh Hindu-Islam, sebelum pengaruh Islam meresap sepenuhnya dalam kesusasteraan Melayu tradisional pada zaman Islam. Kehadiran zaman percetakan merupakan tanda  berakhirnya zaman sastera tradisi lisan atau sastera Melayu tradisional.
    Adakah dengan perubahan yang drastik dari zaman ke zaman, dan kini kita berjejak  pada zaman teknologi maklumat, kesusasteraan Melayu tradisional yang kaya dengan pengajaran dan tamsilnya itu harus berkubur? Sastera Melayu tradisional bagi kategori cerita binatang misalnya, begitu tinggi nilai falsafahnya, sayanglah jika cerita-cerita begini tidak didedahkan kepada generasi muda dalam bentuk cakera padat (VCD), bagi tontonan mereka sesuai dengan perubahan bentuk hiburan yang dikecapi oleh generasi zaman kini. Tidaklah nanti mereka lebih mengenali watak “dongeng” dari Amerika dan Jepun, seperti Superman, Shin Chan, Power Puff Girl, atau Doraemon, berbanding dengan watak dalam Hikayat Sang Kancil.
    Pada tahun 1960-an dan 1970-an dalam teks bahasa Melayu ada dimuatkan beberapa cerita Sang Kancil yang termuat dalam Hikayat Sang Kancil sebagai bacaan wajib pelajar sekolah rendah. Kisah Sang Kancil, seekor binatang kecil yang selalu terancam kehidupannya dengan menggunakan kepintaran akalnya untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa keganasan. Sang kancil mengira buaya, “satu dua tiga lekuk, jantan betina kena ketuk” bagi membolehkannya menyeberang. Cerita begini pasti masih segar dalam ingatan generasi yang bersekolah rendah pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an yang kini sudah berumur sekitar 1940-an atau 1950-an.
   Hal inilah yang kurang ditekan dalam sistem pendidikan kini yang mungkin menyebabkan generasi sekarang kurang  mempunyai nilai integriti sesama insan.  Biarpun perubahan zaman berlangsung dengan pantas, kesusasteraan Melayu tradisional perlu dihidupkan kembali dalam bentuk dan wajah baharu.

Rozninah Abd. Azib


 

 

FOKUS 

Sastera Tradisional : Melentur Buluh Biarlah daripada Rebung

NORIAH MOHAMED


Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:-

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”


      ( Pembangunan Pendidikan 2001-2010)

Setelah menatap secara terperinci petikan di atas, kita akan dibawa  kepada suatu gagasan untuk mewujudkan manusia yang serba baik; baik dari segi mental, rohani, dan jasmani. Pastinya telah disediakan langkah-langkah tertentu untuk mencapai matlamat ini. Berjaya atau tidak adalah suatu persoalan lain, namun kesedaran ini sudah dianggap penting.

PUISI Melayu tradisional telah diterapkan sebanyak enam waktu dengan  beberapa bentuk puisi tradisional (http://campus.fortunecity.com/angelo/162/teknik.mjb.soal.html) (http://www.sabah.edu.my/smk.dpmoj/kest6.htm) yang amat menyeluruh seperti pantun, gurindam, endoi, rejang, dikir/zikir, rubai, nazam, masnawi, ghazal, berzanji, qit’ah, seloka, teromba, talibun, mantera, dan peribahasa berangkap. Persoalannya kini sudah mapankah kedudukan puisi tradisional ini? Sehingga kini pun penghayatan terhadap setiap bentuk puisi ini amat langka digunakan akan kalangan generasi muda. Apa yang sering dijadikan lelucon hanyalah pantun dua kerat yang dapat dianggap sebagai serangga kepada keindahan  puisi terutama pantun. Contoh:

Pak Haji Pak Lah,
    Tak bagi boleh belah lah!

Andai dibandingkan dengan pantun dua kerat yang sudah mapan seperti “gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati” atau “satu dua tiga empat, siapa cepat dia dapat” amat jauh dari segi makna dan keindahannya. Jika kita ambil pantun dua kerat “satu dua tiga empat, siapa cepat dia dapat” sudah memperlihatkan adanya makna pertambahan iaitu yang gambaran menambah. Nombor satu sehingga empat menunjukkan bilangan yang semakin membesar dan begitu juga makna yang diberi untuk memperoleh sesuatu yang dikehendaki harus segera bertindak. Persoalannya kini apakan pembelajaran tersebut sudah mencukupi? Atau teknik pengajaran belum lagi berkesan? Atau guru yang memperkenalkannya tidak dapat menarik minat pelajar? Atau pembelajaran tersebut sekadar untuk lulus periksa? Persoalan-persoalan inilah yang akan cuba dilihat.
Untuk persoalan pertama sama ada mencukupi atau tidak, pastinya - pembelajaran puisi hanya diselitkan dalam pembelajaran bahasa dan tidak berdiri secara sendiri. Pembelajaran puisi tradisional hanya memakan enam waktu, itu pun dengan harapan untuk mendidik pelajar menikmati kehalusan dan keindahan karya sastera. 
Disebabkan pembelajaran ini hanya sekadar untuk mengetahui dan dapat menjawab soalan peperiksaan, maka yang lumrah berlaku ialah pelajar hanya belajar sekadar ingin lulus periksa atau ingin mendapat markah tertinggi. Sebagai penghayatan boleh dikatakan kurang. Selaras dengan inilah teknik pembelajaran yang diperkenalkan mungkin kurang berkesan atau guru yang mempersembahkannya kurang mahir. Pada dasarnya banyak perkara yang harus dilihat dan cuba ditelusuri untuk mengetahui  sebab-sebabnya.

PUISI Melayu amat sering dikatakan sebagai warisan pemikiran bangsa Melayu dan kekayaan ini sudah pun terserlah dalam kumpulan tulisan yang sehingga kini masih berterusan. Seperti yang diusahakan oleh Bapak Tenas Effendy, apabila dilihat amat kaya pemikiran Melayu dalam puisi, dan setanding berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa besar yang lain.
Walaupun kebanyakan orang Melayu tidak mahir dengan bentuk-bentuk puisi seperti nazam, rubai dan sebagainya, namun jika ditanyakan tentang pantun atau syair secara spontan, mereka dapat memberikannya terutama pantun-pantun yang sudah mapan kerana sering dilagukan seperti :
  Dari mana datangnya lintah,
          Dari sawah turun ke kali;
     Dari mana datangnya cinta ,
          Dari mata turun ke hati.

Walau bagaimanapun untuk menciptakannya secara spontan amat langka yang dapat berbuat sedemikian. Walau bagaimana pun jika direnung sejenak kepada kebolehan anak-anak Melayu, mereka tanpa disedari sudah boleh berpantun dan bersyair seperti petikan di bawah ini:-

Ada kaca ada gelas,
    Sudah baca harap balas. 
 
Lai lai li tampelong,
    Engkau makan goring kangkong;
Engkau makan  menyangkung
    Dengar cerita mulut melopong.


Disebabkan sudah tersedia kebolehan sedemikianlah diperkirakan amat wajar puisi Melayu tradisional diterapkan lagi secara yang lebih berkesan. Jika dipersoalkan apakah  kewajaran pembelajaran puisi Melayu diterapkan dan apakah relevansinya? Pasti sahaja kita akan mencari pelbagai jawapan untuk mencari kewajarannya. 
Puisi Melayu dicipta bukan atas dasar sembarangan, malah dicipta atas dasar dan salah satunya ialah sebagai pembentuk jati diri anak-anak Melayu. Dalam budaya Melayu sudah terungkap beberapa kata “ Mudah-mudahan bila besar nanti boleh jadi orang!” Selaras dengan inilah sudah ada landasan dalam budaya Melayu pembentukan ke arah tersebut. 
 
Tahu diri dengan perinya
Tahu hidup dengan perinya
Tahu maruah dengan tuahnya
Tahu alur dengan patutnya
Tahu sifat dengan kiatnya,
Tahu salah dengan silihnya,
Tahu gelanggang tempat bermain,
Tahu pangkalan tempat berlabuh,
Tahu teluk timbunan kapar,
Tahu tanjung pumpunan angin,
Tahu pasang menyentak naik,
Tahu surat menyentak turun

Tahu rumah ada adatnya
Tahu negeri ada undangnya
Tahu tepian ada bahasanya
Tahu galas bersandaran
Tahu asal mula datangnya
Tahu hujung tempat baliknya.

   ( Tenas Effendy :2003)

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Julai 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 20 Oktober 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 15:42:09 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.