Dewan Sastera Mei 2005

Daripada Editor
Penulis Muda yang Serba Tidak Menjadi?

Surat Kepada Editor
Usah Politikkan Sastera
Nisah Haji Haron

Drama
Dadameah Albab (Bahagian Ketiga)
Anuar Nurarai

Cerpen
Intesar
Hasan Baseri Budiman

Mengejar Pelangi
Razali Haji Endun

Haji Qori
 Jasni Matlani

Puisi Bulan Ini
Belum Cukup
Masuri S.N.

Angin Liar
Aladin Mohamad

 Sahabat
 Poul Nanggang

Alam yang Tenteram
Ami Masra

Yang Jauh dan Dekat
Hilmi Rindu

Kuntum Embun di Hujung Sejadah
Jamaludin D.

Cinta yang Tunggal
Arbak Othman

Teater Ada
Siti Zaleha M. Hashim

 Suara dari Bawah Rerumput 
Solihin Osman

Terjun dengan Mata Terbuka
Lee Keok Chih

Ujana Klasik
Budaya Bangsaku
Haji Baharudin Haji Zakaria

Puisi Pilihan
Shamsudin Othman

Karyawan Bulan Ini 
Shamsudin Othman

Percakapan dari Dalam Diri ke Negara Insaniah
Shamsudin Othman

Fokus
Bara dan Mara Penulis Muda
Mohamad Daud Mohamad

Pergerakan Penulis Muda
S.M. Zakir

Pabila Hujan Turun
 Embun dan Sasterwan
Shahnon Ahmad

Gema Harapan 
Konsep atau Aliran Pemikiran dalam Karya Mas
Arena Wati

Sastera Antarabangsa
Sastera Filipina Kembali ke Akar
Awang Azman Awang Pawi

Daripada Jabatan Sastera
Program Laltihan Khidmat Negara: DBP Ada Peranan
Siti Aisah Murad

Sorotan  
Sastera di Kurungan
Rozninah Abd. Azib
 
Meditasi yang Memukau
Tiza Amin

Strategi Baharu PDM Mendapat Sambutan
Rozninah Abd. Azib

Reaksi
 Shaharom Husain Sasterawan dan Sejawan Terbilang
Adam Muhammad

Bicara Karya
 Di Sempadan Abad: Dokumentasi Sejarah Akal Budi
Mohamad Saleeh Rahamad

 Analisis
Mengungkap Sajak Harian untuk Budaya Harian
Awang Azman Awang Pawi

Hikmah dan Musibah
Mohamad Mokhtar Hassan

Ulasan Buku 
Hikayat Seri Rama Versi Rakyat: Teks dan Proses Lisan

Merentas Laluan (Autobiografi)Semakin Dekat
Jian
Sastera Melayu Pascamodenisme

DARIPADA EDITOR


Penulis Muda yang Serba Tidak Menjadi?


SASTERAWAN adalah propagandis zamannya, kerana di tangan merekalah terakamnya impian, hasrat, cita-cita, perasaan dan perjuangan masyarakat pada waktu itu. Daripada interpretasi mereka terhadap peristiwa yang berlaku pada sesuatu zaman,yang diabadikan dalam bentuk tulisan, dalam pelbagai genre, akan dijadikan rujukan sejarah bagi tatapan generasi akan datang. 
  Maka, pada dekad-dekad tertentu akan terserlahlah gagasan perjuangan mereka. Misalnya, pada dekad 50-an, muncul Asas `50, dengan gagasannya ?Seni untuk Masyarakat? dan diikuti dengan sekelompok sasterawan lagi, yang memperjuangkan ?Seni untuk Seni?. Gagasan mereka  dijadikan landasan para pengkaji sastera, sejarawan dan ahli sosiologi untuk melihat situasi masyarakat pada waktu itu, yang sudah baru merdeka.
   Namun begitu, sehingga kini tidak ada satu pun gagasan yang jelas menunjuk arah tuju perjuangan penulisan sasterawan tanah air,  yang kalau pun tidak boleh mencabar gagasan `Asas 50 itu, sekurang-kurangnya setanding dengannya. Usaha sasterawan muda untuk memberikan identiti kewujudan kumpulannya sering menemui kegagalan. Yang jelas timbullah beberapa nama kumpulan mereka yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, dan hilang lesap apabila tiba kemarau panjang. 
   Apa-apa yang  dilakukan serba tidak menjadi dan sukar untuk mendapat sokongan dan kesatuan daripada ahli-ahlinya. Memandangkan kegagalan mereka itu, maka sebagai ?payung? penulis tanah air, GAPENA telah menubuhkan Sekretariat Penulis Muda GAPENA (SPMG). SPMG juga tidak panjang hayatnya. Setelah pemergian Allahyarham Dr. Othman Puteh, SPMG lenyap begitu sahaja, anak-anak buah SPMG bertempiaran bagai ?anak ayam kehilangan ibu?. Mujurlah ada PENA, yang sanggup ?Memayungi? mereka.
   Apakah yang kurang dalam perjuangan penulis muda?  Pertama, tiada yang sanggup menjadi ?ketua?.  Selepas kehilangan Hizairi Othman, yang menonjol ketokohannya sebagai ?ketua? kepada penulis muda, tiada lagi watak yang boleh menggantikannya. Siapakah yang secara sukarela sanggup mengorbankan waktu dan tenaganya untuk memajukan dunia penulisan penulis muda tanah air.  Kedua, penulis muda memerlukan ?payung? yang boleh melindungi mereka dari hujan dan panas yang berpanjangan, sama ada daripada persatuan penulis atau institusi yang berkaitan. Ketiga,  sikap individu itu sendiri. Jika masing-masing menjaga kepentingan sendiri,  tidak boleh bersatu dan iri hati sesama sendiri, apa-apa pun yang dirancang dan diusahakan untuk mereka tidak akan menjadi.
  Diharapkan Perhimpunan Penulis  Muda Nasional, di Tanjung Piai, Pontian, Johor, pada 3 hingga 6 Jun 2005 nanti, akan memberikan nafas dan harapan baharu kepada penulis muda. Semoga satu sejarah baharu dalam perjuangan penulisan muda akan termaterai, bagi tatapan generasi pewarisnya.
       Rozninah Abd. Azib
 

FOKUS

Bara dan Mara Penulis Muda

OLEH MOHAMAD DAUD MOHAMAD
    

SUDAH lama suara-suara penulis muda Malaysia tidak kedengaran; garang, gelisah, dan resah. Pemberontakan terhadap keterpinggiran golongan penulis muda, tidak lagi dapat ditatap, di dada akhbar mahupun majalah. Suara garang Marsli N.O. kini, hanya terdengar sekali sekala, waktu beliau mendeklamasi puisinya. Demikian juga dengan kritikan pedas Imlan Adabi, Ladin Nawawi, S.M. Zakir, Shamsuddin Osman, Amiruddin Ali  dan beberapa nama lainnya hilang langsung kini, entahkan hilang bersama-sama kepergian ombak tsunami. Gegeran suara mereka tidak sekuat sebelumnya.  Barangkali penulis muda kita sibuk dengan kepelbagaian tugas mencari sumber material, termasuk antaranya menumpukan penulisan novel-novel popular, yang boleh mendatangkan keuntungan yang besar?
  Kemungkinan lain, kebanyakan penulis muda sekarang tidak begitu aktif dalam penulisan kreatif atau sekadar menulis untuk kepuasan sahaja. Disebabkan faktor-faktor luaran, seperti menjadi penulis tidak  memberikan apa-apa ganjaran yang besar, malah tidak dihiraukan langsung oleh masyarakat, maka semangat penulisan mereka menurun. Sedangkan menjadi seorang penulis harus menyita banyak masa dan pulangannya tidak seberapa, kadangkala royalti buku tidak dibayar oleh penerbit. Malah, terdapat penulis yang novelnya hanya dibayar langsam, sebanyak RM500.00 sebuah. Sedangkan penerbit mengaut keuntungan berlipat kali ganda daripada novel yang dibayar langsam itu. Bagi novel setebal 250 halaman,  mengambil masa tidak kurang daripada tiga hingga lima  bulan untuk menyiapkannya. 
   Memandangkan situasi penulisan di Malaysia kurang mendapat apa-apa keistimewaan, menyebabkan orang kita semakin kurang ingin menjadikan penulisan sebagai kerja utama mereka. Untuk menjadi penulis yang serius seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Abdullah Hussein, Nordin Hassan, Zakaria Ali, S. Othman Kelantan, Muhammad Haji Salleh, Azizi Haji Abdullah, Zurinah Hassan, Siti Zainon Ismail, Baha Zain, Kemala, Suhaimi Haji Muhammad, Abdullah Hussein, Nordin Hassan, dan lainnya, penulis harus melalui liku-liku yang panjang. Lagi pun kebanyakan penulis yang memberikan tumpuan serius dalam penulisan di Malaysia sebelum ini, mempunyai pendapatan yang tetap. 
  Dengan pendapatan yang tetap, kerja menulis menjadi kerja sampingan dalam mencari tambahan pendapatan dan tidak terlalu memburu keuntungan segera, dan kesungguhan menulis dapat diberi tumpuan sepenuhnya. Situasi ini berbeza dengan kebanyakan penulis muda yang masih terumbang-ambing dari segi pekerjaan atau pendapatan, maka penulisan mereka tidak dapat diberi perhatian yang serius. Fenomena ketidakaktifan penulis muda memungkinkan kita akan kehilangan pelapis untuk mengganti penulis-penulis lama dan Sasterawan Negara yang menuju senja.
   Persoalan ini perlu diinsafi supaya yang patah tumbuh dan yang hilang berganti. Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang (Tongkat Warran), Sasterawan Negara Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Ishak Hj. Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestaman, Ahmad Murad Nasaruddin, Kadir Adabi,  Ahmad Kotot, J.M.Aziz dan lainnya, perlu mendapat pengganti yang baharu. Namun,  yang penting, penulis muda harus terus menulis, kerana dalam penulisan tercermin luahan suara hati yang jujur dan fikiran yang jernih serta pengolahan subjek yang diangkat. 
  Pada zaman Ishak Hj. Mohamad melalui Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan lainnya tergambar pemikiran beliau tentang nasib bangsa dengan karenah penjajah serta perjuangan memartabatkan bangsanya. Begitu juga pada zaman Usman Awang, Keris Mas, Asraf, dan teman penulis seangkatannya yang menggerakkan ?seni untuk masyarakat?, menyuarakan soal untung nasib masyarakat marhean, dan hak-hak masyarakat sebagai individu serta masyarakat global dan integrasi kaum. 
   Hamzah  Hussain yang bergerak atas landasan ?Seni untuk seni?, bergerak atas perspektif genre susastera sebagai produk budaya yang bersifat kreatif imajinatif, perlu memberikan sesuatu yang menghibur dan bermanfaat kepada masyarakat. Suara sesudah ASAS 50,  masih menyuarakan elemen yang sama, kecuali ditambah serba sedikit tentang elemen Islam sebagaimana tampak, dalam puisi Shafie Abu Bakar, Ali Haji Ahmad, Suhaimi Haji Muhammad, Abdul Hadi Muhammad, dan beberapa penyair lainnya. Walau bagaimanapun suara itu datang dan pergi tanpa disambut oleh tangan yang lembut, jari jemari dan fikiran yang jernih mengetik ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Mei 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 29 April 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 16:07:26 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.