Dewan Sastera Februari 2005

 

Daripada Editor
Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Surat Kepada Editor
Ruangan Analisis Membuat Hati Tertancap
Sharulnizam

UJANA KLASIK
Ritma Kasih
Jamaluddin D

Cerpen
Menganyam Damai
Baharudin Haji Zakaria

Tiga Cara untuk Mendengar Bulbul Bernyanyi
Zaleha Ahmat

Kita Akan ke Sana
Timah Baba

Sangeetha
Azizi Hj. Abdullah

Drama  
Bangsawan Pata Sang Putera Santubong Sang Puteri
Abang Patdeli bin Abang Muhi

Puisi Bulan Ini
 Membina Rumah
Arbak Othman.

Di Luar Diri
Naapie Mat

Perjalanan Mencari Cinta
Rosani Hiplee

Lukisan Kota
Jais Sahok

Pengakuan Musuhmu
 Padzali@ Salim Haji Taib (Agus Salim)

Dunia Adalah Ruang Kesempatan
Ramli Hashim (Anjanglie)

Percakapan Seorang Hujjatul-Mukmin
Shamsudin Othman

Mengejar Kaki Langit
A. Rahim Abdullah

 Terompah
Wan Ahmad Ismail

Pandai Selangor
A. Ghafar Ibrahim

Puisi Pilihan 
Zaiton Ajamain

Karyawan Bulan Ini 
Shahnon Ahmad

Kajian
Ziarah Semula ke Atas Shahnon Ahmad 
 Mohd. Yusof Hasan

Fokus
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Menyemarakkan Kesusasteraan Melayu
Abdul Razak Mohd. Kassim

Laporan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 Kategori A: Buku/Kumpulan Karya Perseorangan

Laporan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 Kategori B: Karya Eceran

Laporan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 Kategori C: Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja

Sorotan Buku 
Ulit Mayang: Kumpulan Mantera Melayu
Simile Che Azizah Serupa Sajak
Mengkaji Teori Sastera
Hikaya Neogenesis

Sorotan  
HSPM Gambaran Perkembangan Sastera Tanah Air
Rozninah Abd. Azib

Bahasa yang Mengalir Melalui Tinta
Rozninah Abd. Azib

Sastera Cetak Pintu Gerbang Kesusasteraan Moden
Rohaya Mohd. Yusof

Berkarya dalam Talian
Rohaya Mohd. Yusof

Analisis
Merayakan Pencarian Makna dan Perjalanan Batin
Lim Swee Tin

Pengolahan Pemikiran Menjamin Mutu Cerpen
Ramli Isin

Sastera Antarabangsa
Harry Aveling dengan Dunia Kesusasteraan Melayu dan Indonesia 
Rahimah Haji A. Hamid

Gema Harapan
Calon Jantan ke Arah Dua Lorong
Arena Wati

Pabila Hujan Turun
Sungai Ceper
Shahnon Ahmad

FOKUS

Hadiah Sastera Perdana Malaysia Menyemarakkan Kesusasteraan Melayu

Oleh Abdul Razak Mohd. Kassim

HADIAH Sastera Perdana Malaysia yang dikenali hari ini mula diwujudkan pada 24 Julai 1971 dengan nama Hadiah Karya Sastera. Hadiah ini merupakan hasil cetusan idea Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdul Razak Hussein.  Hadiah Karya Sastera ini berlangsung sehingga tahun 1976 sebelum dihentikan buat seketika dan wujud semula pada tahun 1981 sehingga tahun 1994 dengan nama Hadiah Sastera Malaysia.  Mulai tahun 1996, anugerah berprestij dalam dunia penulisan tanah air ini dikenali sebagai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM).
  HSPM diwujudkan dengan beberapa objektif penting dalam rangka untuk memartabatkan persada kesusasteraan tanah air.  Antaranya, pertama untuk memberikan pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada para penulis yang menghasilkan karya bermutu.  Kedua, untuk mengenal pasti karya-karya sastera (dalam bentuk buku) yang bermutu dan ditulis dalam bahasa kebangsaan.  Ketiga, untuk menggalakkan para penerbit menerbitkan buku-buku karya sastera yang bermutu dalam bahasa kebangsaan.
   Malah, dalam ucapannya pada majlis penyampaian Hadiah Karya Sastera yang pertama di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 19 April 1972, Allahyarham Tun Abdul Razak menegaskan:
�Saya sungguh-sungguh berharap bahawa pemberian hadiah kepada karya-karya terpilih yang akan dijalankan tiap-tiap tahun akan memberikan galakan yang besar kepada para penulis kita.  Galakan yang saya maksudkan di sini bukan sahaja untuk lebih giat menulis tetapi juga yang terutamanya menulis dengan lebih serius sehingga menghasilkan karya-karya yang semakin lama semakin tinggi mutunya.�
   Penilaian pertama untuk HSPM telah dibuat pada tahun 1988 dengan menilai karya-karya yang diterbitkan pada tahun 1996/1997.  Mulai tahun tersebut juga, sebanyak tiga kategori hadiah disediakan, iaitu kategori A � RM10 000, kategori B � RM1 000, dan kategori C � RM5 000.  Karya-karya yang dinilai itu terdiri daripada genre novel, cerpen, puisi, esei, kritikan sastera, autobiografi, biografi, dan drama.  Penilaian juga turut melibatkan karya eceran yang terbit dalam majalah, akhbar, dan jurnal serta karya yang dipentaskan (drama).
   HSPM telah memberikan suntikan yang tidak ternilai kepada perkembangan dunia kesusasteraan Melayu.  Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan tentang HSPM ialah peningkatan jumlah penulis.  Jelas HSPM menjadi ladang subur yang menumbuhkan banyak penulis dalam pelbagai genre.  Sebahagian besar daripada penulis yang berkarya hari ini, lahir hasil daripada HSPM dan terus aktif menghasilkan karya tanpa mengira genre.  Sehubungan dengan hal ini yang lebih ketara ialah kehadiran banyak penulis muda yang aktif berkarya. 
   Anugerah HSPM juga memperlihatkan peningkatan kuantiti serta kualiti penghasilan karya-karya kreatif dan bukan kreatif.  Kecenderungan penulis untuk menghasilkan karya bagi menyertai HSPM telah menyumbang kepada peningkatan jumlah karya.  Tambahan pula, kualitinya juga turut terjaga kerana para penulis perlu menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi dalam usaha untuk bersaing dan seterusnya memahat nama sebagai pemenang hadiah utama anugerah berprestij ini. 
   HSPM ternyata telah banyak menyumbang kepada perkembangan dunia kesusasteraan Melayu.  Anugerah ini jelas telah menyemarakkan kesusasteraan Melayu semenjak anugerah ini diperkenalkan sehingga kini. 
   HSPM merupakan acara dwitahunan iaitu karya-karya yang dihasilkan dalam jangka masa dua tahun akan diadili untuk penganugerahan.  Peranan dan sumbangan HSPM terhadap arus perdana kesusasteraan Melayu tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. HPSM jelas menjadi kayu pengukur yang cukup penting dan bermakna dalam mengangkat serta memartabatkan karya-karya kesusasteraan Melayu.
   Anugerah berprestij ini ternyata menjadi medan untuk meningkatkan kuantiti serta kualiti karya-karya kesusasteraan Melayu. Sejak tahun 1971 hingga kini, kuantiti karya yang dihasilkan memperlihatkan peningkatan yang positif dan memberangsangkan. Di samping karya-karya yang memenangi anugerah, terdapat juga karya-karya yang gagal memenangi anugerah tetapi tetap diterbitkan. Hal inilah yang menjadi pemangkin kepada peningkatan jumlah hasil karya kesusasteraan Melayu.
   Sehubungan dengan hal ini juga berlaku peningkatan dalam kualiti karya-karya kesusasteraan Melayu.  Keadaan ini berlaku sebagai akibat penyertaan karya-karya tersebut dalam HSPM.  Setiap karya yang dihantar untuk menyertai HSPM akan dinilai dan diadili oleh para panel hakim.  Lantaran itu, para penulis akan berusaha memastikan mutu serta kualiti karya yang dihasilkan oleh mereka sentiasa terjaga dan memenuhi kriteria HSPM.

DARIPADA EDITOR


Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Rozninah Abd. Azib
  
DEWAN SASTERA sekali lagi berbangga kerana Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2002/2003 telah meletakkan Dewan Sastera sebagai media cetak Malaysia yang paling banyak memenangi hadiah tersebut bagi kategori B karya eceran baik karya ilmiah mahupun karya kreatif. Kejayaan penulis dalam HSPM ini merupakan kejayaan yang cukup bermakna, kerana bayangkan daripada ribuan cerpen dan puisi yang dinilai sepanjang dua tahun itu, anda adalah salah seorang pemenangnya. Apatah lagi apabila HSPM ini hanya memberi kemenangan  kepada 11 pemenang puisi dan 13 pemenang cerpen.
   Yang menarik lagi tentang HSPM ialah kemenangan karya penulis ada yang di pilih daripada majalah yang tidak berlatar belakangkan sastera sama sekali bahkan sebuah majalah hiburan. Contohnya kemenangan Faisal dalam kategori B karya eceran daripada cerpennya yang berjudul �Cik Siti Mestika� yang diterbitkan dalam URTV 1-15 Ogos 2002 membuktikan sebuah karya yang baik akan dapat dikesan kehebatannya tidak kira di mana tempat disiarkan karya tersebut. Biarpun cerpen Faisal ada di Dewan Sastera, tetapi bukan cerpen tersebut yang menjadi pilihan pengadil.
   Hal ini memberi gambaran bahawa penilaian karya dilaksanakan dengan adil dan menyeluruh tanpa mengambil sikap �cenderung� atau memberi �peluang� kepada sesuatu media sahaja memonopolinya sebaliknya penilaian dilaksanakan secara terbuka. Hanya jauhari mengenal manikam, begitu jugalah pengadil, hanya mereka yang mengetahui kelebihan dan kekurangan sesebuah karya yang menyebabkan mengapa akhirnya mereka mengambil keputusan mengapakah karya tersebut berhak memenangi hadiah tersebut. 
   Kami sidang redaksi Dewan Sastera mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penulis Dewan Sastera  dengan harapan teruskan penulisan anda dan kirimkanlah karya yang terbaik ke Dewan Sastera.   

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Februari 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 31 Januari 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 15:49:10 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.