Dewan Sastera October 2006

 

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

 

Daripada Editor
Belanjawan 2007 dan Dasar Kesusasteraan Kebangsaan

Surat Kepada Editor
Siapakah yang Melacurkan Sastera?Ghazali Lateh

Dewan Sastera Mencabar Intelektual Bangsa
Jaysun

 

Puisi Pilihan

Ahmad J. Husein

Cerpen
Cinta Masitah
Mawar Shafei.

Sayang Si Kunani, Ayam Raja
Muhd. Mansur Abdullah

Akhirnya Mereka Makan Anai-anai itu
 M. Fitri Rahman

Pabila Kami Dipinggirkan
 Wan Asyeah Wan Nawang

Drama 
Petua Perkahwinan (Bahagian Kedua) 
Rahman Shaari

Puisi Khas
Suara Kemanusiaan
Salmiah Ismail

 

Puisi Bulan Ini
Tafsir Cinta
Ja'afar Haji Hamdan

Pokok yang Tahu
Aladin Mohamad

 Menafi Suara
 Hasan Baseri Budiman.

Memupuk Kemesraan
Hilmi Rindu

Tak Mungkin Selesai
Solihin Osman

Bumi Lubnan Merah
Rasanubari Asmaramah

Lautan Awan yang Memutih
Animas Ar.

Gugurnya Plumeria Acuminata
Leo A.W.s

Air
Mahanie Sulung

Pendosa II
Wikunila ms

Nilai Nafas Manusia
Shaari A.B

Ramadan al-Mubarak
Khairun Nisak binti Ahmad

Perjalanan ke Arah Cahaya
Hasyuda Abadi

Kesetiaan
Adi Muara

Madrasah Tarbiah
Onn Abdullah

Senyum dan Misi Seorang Wanita
Ismas Saring

 

Ujana Klasik 
Syair Kitab Allah
Siti Zaleha M. Hashim

 

 

 

Karyawan Bulan Ini
 Ahmad J. Husein

Perebutan Kepentingan dalam Terbalik Karya Ahmad J. Husein
Hasni Abas


Fokus 
Kebijaksanaan Emosi dalam Pantun
Rogayah A. Hamid.

Keharmonian Isi dengan Pembayang Pantun
Rahman Shaari

Pabila Hujan Turun
Ala Orang Tua
Shahnon Ahmad


Monolog Kecil
Generasi Jambatan Bengkok: Reka Cipta Politik Pembangunan
Baha Zain

Spektrum 
Zaifri, Pengarah Drama Pentas Sarah
Noordin Hassan


Tabir Hayat
 Memperingati Penyair Noor S.M
Razali Endun


Sorotan 
Syair dan Seloka Berkumandang di Shanghai
Nisah Haji Haron

Renungan dalam Menungun di Puncak Kemuncak
Ahadiat Akashah

Dasar Kesusasteraan Kebangsaan Satu Penegasan Semula 
S.M. Zakir

Ulasan Buku
Kesultanan Melayu Terengganu
Simpang
Menyisih Awan Kelabu
Mutiara Bonda


Sastera Antarabangsa
Naratif Pascakolonialisme Homi K. Bhabha
Awang Azman Awang Pawi.

Daripada Jabatan Sastera
Kajian Penulis dan Karya Pelbagai Kaum
Siti Aisah Murad
 

Analisis
Menangani Perubahan Sosial Melalui Cerpen
Hashim Ismail

Penghayatan dan Pengharmonian Kreatif 
Ahmad Kamal Abdullah

 


Bicara Karya 
Alam dan Dakwah dalam Puisi
Zurinah Hassan

 

 

 

 

 

 

 

 

DARIPADA EDITOR


Belanjawan 2007 dan Dasar Kesusasteraan Kebangsaan

Bagi menjayakan misi nasional melahirkan modal insan kelas pertama, dalam Belanjawan 2007 yang diumumkan, pada 1 September 2006 lalu, kerajaan telah menawarkan pelbagai insentif pendidikan kepada rakyat. 
  Insentif ini, dalam bentuk biasiswa kepada pelajar cemerlang, penambahan Biasiswa Kecil Persekutuan murid sekolah menengah, pemansuhan yuran peperiksaan pelbagai peringkat dan penolakan pelepasan cukai kerana pembelian buku. Kesemua insentif itu merupakan usaha dan niat suci kerajaan bagi memberikan peluang kepada semua peringkat masyarakat, menganjak evolusi tahap kehidupan mereka melalui pendidikan.
   Kesediaan kerajaan meringankan bebanan masyarakat mengecap peluang mendapat pendidikan akademik secukupnya, tidak memadai hanya setakat sokongan dalam bentuk wang ringgit dan mengurangkan bebanan pembayaran pendidikan. Tetapi kesemua itu akan lebih bermakna jika disertai dengan tindakan susulan kerajaan dalam perubahan dan pelaksanaan  sistem pendidikan itu sendiri. 
  Sehubungan hal ini, dirasakan  kerajaan perlu menilai dan mengambil kira beberapa resolusi yang terhasil daripada “Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional 2006”, yang diadakan oleh Persatuan Penulis Nasional (PENA), pada 4 Ogos 2006 hingga 6 Ogos 2006 yang lalu, di Port Dickson, Seremban. Resolusi ini hasil daripada penilaian dan pengukuhan semula Dasar Sastera Kebangsaan. 
  Antara yang penting yang melibatkan bidang kesusasteraan ialah menyeru kerajaan agar mewajibkan pengambilan mata pelajaran  sastera bagi setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Seterusnya menjadikan kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran teras universiti bagi semua institusi pengajian tinggi tanpa mengira bidang khusus. Tugas ini tentunya terletak di bawah kuasa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
   Seandainya resolusi ini disokong oleh kerajaan dan dikuatkuasakan serta-merta, bukan satu kemustahilan lagi untuk kita melihat perubahan sikap generasi akan datang terhadap Kesusasteraan Melayu. Golongan profesional, pada alaf mendatang tidak janggal dan asing lagi dengan dunia kesusasteraan, itulah harapan kita, jika resolusi itu berjaya dilaksanakan. 
Modal insan kelas pertama tidak akan lengkap pencapaiannya jika hanya disuakan dengan kemudahan wang ringgit tanpa disisipkan serentak dengan jiwa seni, agama dan nilai murni. 

      
                                                                        Rozninah Abd. Azib

 


 

 

FOKUS  
 

Kebijaksanaan Emosi dalam Pantun


Oleh Rogayah A. Hamid

Pantun dikatakan oleh para penyelidik orientalis sebagai salah satu puisi Melayu tradisional  yang tumbuh subur sejak berabad-abad lamanya.  Namun, tidak pernah diketahui tarikh sebenar pantun ini wujud dalam masyarakat Melayu.  Ia dikatakan berkembang bersama-sama berkembangnya masyarakat Melayu itu sendiri.  Namun, satu hal yang perlu diperhatikan bahawa pantun yang amat mementingkan rima ini seakan-akan baris-baris ayat al-Quran yang indah dan penuh  berirama. Syair memang jelas dikatakan daripada perkataan Arab ‘Syi’r’ yang dimulai oleh Hamzah Fansuri di Nusantara ini dan amat  jelas juga syair meniru secara rapat dengan bentuk ayat-ayat al-Quran dan syair-syair Arab yang lain. 
  Pantun dikatakan hak asli bangsa Melayu.  Jika benar ia hak asli bangsa Melayu yang tidak terpengaruh dari mana-mana bentuk sastera asing dan telah wujud sebelum kedatangan Islam ke bumi Nusantara ini maka dapatlah dirumuskan bahawa  bangsa Melayu sememangnya mempunyai nilai keindahan, tahap pemikiran dan seni budaya yang amat tinggi.  Pantun dapat dilihat berkembang bersama-sama ekonomi, adat istiadat, peraturan dan undang-undang, unsur-unsur budaya, politik, agama dan sebagainya.  Sehubungan itu pantun dapat dikatakan sebagai salah satu alat komunikasi penting bagi masyarakat Melayu terdahulu kerana ia dapat mencerminkan seluruh kehidupan mereka.  Sehingga hari ini, pantun merupakan satu-satunya  hak milik kekal bangsa Melayu yang tidak tercemar dengan gelombang pertembungan masyarakat  dunia hari ini. 
  Francois-Rene Daillie mengatakan dalam bukunya Alam Pantun Melayu: Studies on the Malay Pantun, “The encaunter with the malay pantun has been until now,one of the most striking episodes as well as one of the main elements of the adventure of life, not simply of literature as distinct from life, but of life and literature closely mixed together.” Pantun dan kehidupan bagai irama dan lagu pada suatu masa dahulu.  Namun kini, keseiringan ini hanya kekal dalam majlis-majlis tertentu.  Ia harus dipulihara dan diangkat kembali supaya terus seiring dalam kehidupan Melayu sarwajagat.  Teknologi moden yang merubah ciri-ciri kehidupan tidak harus dijadikan batu loncatan untuk menodai hak milik kekal bangsa sendiri yang sudah teruja dan teruji nilainya sejak berabad-abad lamanya. 
  Hari ini kita lihat ada unsur-unsur yang cuba menodai ciri-ciri pantun dengan mempopularkan pantun dua kerat yang kononnya disesuaikan dengan kehidupan kosmopolitan.  Cuba lihat pantun dua kerat yang popular di kalangan anak-anak sekolah.
Pen merah pen biru 
You marah I love You

Apakah yang dapat dikesan daripada pantun dua kerat ini?  Ia nampak cantik kerana ada rima tengah,ada rima hujung. Tetapi, ia hilang nilai keindahan, kering dan kosong tanpa jiwa.  Ia melambangkan kehidupan yang rakus dengan pemilihan kata asing yang dicampuradukkan.
   Pantun seharusnya perlu berkembang dan disesuaikan dengan kehidupan realiti, namun bentuk dan wacananya mestilah mengikut ciri-ciri pantun yang baik.  Pantun yang baik ialah pantun yang mempunyai struktur luaran dan struktur dalaman yang seimbang.  Setiap pembayang maksud mestilah mempunyai cerita tentang alam atau perkara yang secara subjektifnya mempunyai lambang-lambang yang difahami bersama oleh sesuatu masyarakat.  Pembayang dan maksud seharusnya mempunyai nada yang seimbang. Jika murung pembayangnya, seharusnya murunglah isinya.  Begitulah sebaliknya. Pembayang juga haruslah sesuatu yang benar atau bayangan yang boleh diterima akal.  Pembinaan pantun-pantun baru menjadi lebih menarik jika pembayangnya dapat merakamkan alam masa kini supaya ia tercatat sebagai satu dokumentasi kehidupan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat zaman lampau.
  Lihat pantun yang baru dikarang ini:

Indah KLCC di tengah kota,
    Mercu bercahaya melimpahi bumi; 
Ibarat negeri menjunjung pendeta,
    Begitulah saudara di hati kami.

    Sejak zaman berzaman pantun memainkan peranan penting sebagai bahan hiburan dan gurau senda, ia memperlihatkan sikap ceria dan sifat “menjaga air muka” yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam pantun-pantun jenakanya.  Sekali gus dapat ditafsirkan bahawa bangsa Melayu mempunyai tahap emosi yang ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Oktober 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib
 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                            Tarikh kemaskini:28 September 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah. 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:19:18 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.