Dewan Sastera September 2006

 

 

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

 

Daripada Editor
Perang Lubnan Menyentuh Jiwa Sasterawan

Surat Kepada Editor
Cadangan Puisi Tradisional Dinilai untuk Hadiah Sastera 
Md. Nasir bin Jusof

Penulis Muda Mampu Memeriahkan Dunia Sastera 
Wadiassofo bin Jaafar

 

Puisi Khas

 

Cerpen
Jodoh Pertemuan
Maskiah Haji Masrom.

Misteri Bilik Berkaca
Jaafar Hasny

Syair Asahab Mel
 Siti Zaleha M. Hashim

Sebuah Masjid Buat Hari Tua
 Ahmad Kamal Abdullah

Drama 
Petua Perkahwinan (Bahagian Pertama) 
Rahman Shaari

 

Puisi Bulan Ini
Takziah Haji A. Hamid
Rahimah Haji A. Hamid

Bisakah Mereka Mengerti Bahasa Duka?
Ijamal MN

 Kapal Kuasa
 Anjanglie.

Dia Lelaki Kecil
Husna Nazri

Sedih: Sebuah Mimpi Indah
Ibrahim Ghaffar

Bercinta denganmu Adalah Berkasih dengan Ilmu
Sahrunizam Abdul Talib

Laut-Mu
Jamaludin D.

Untuk Diri 
Mazli Husma

Lelayang Kota
Haji N.Z. Alias

Padi Hampa Anggur Ditanam 
Rajmond Majmumah

Sejambak Bunga Kebaikan 
Saadiah Hj. Ibrahim

Permainan Kucing
Suhaimi Haji Muhamad

 

Ujana Klasik 
Pantun Mendidik Anak 
Hashim Osman

 

 

 


Ulasan Buku
Dan Malam, Apabila Ia Berlalu

Sasterawan Negara Usman Awang Edisi Kedua

Potret 

Seikhlas Bicara


Fokus 
Hadiah Sastera Gagal Membangunkan Sastera Kebangsaan? 
Hashim Ismail.

Hadiah dan Audiens
Zalila Sharif


Monolog Kecil
Hadiah dan Anugerah: Sastera atau Wang
Baha Zain


Tabir Hayat
 Kami Sudah Kehilangan Sesuatu Hasan Baseri Budiman


Sorotan 
HSKU Kematangannya Semakin Terselah 
Mohd. Shukri Nasir

Makna Sebuah Pengakuan Jujur 
Hani Haron

Pertemuan Penulis Johor - Pahang ke-2
Rusdi Abd. Rahman


Sastera Antarabangsa
Krisis di Timur Tengah: Mata Sasterawan 
Faisal Tehrani.


 

Analisis
Neveau Haiwan dan Neveau Humanis
Jeniri Amir

Hasrat, Teks, dan Dunia dalam Puisi
Arbak Othman

 

Pabila Hujan Turun
Mencari Seorang Sasterawan Besar
Shahnon Ahmad


Selingkat Bundaran Kata
Lain Padang Lain Lenggok Puisinya
Muhammad Haji Salleh

 

 

 

 

 

 

 

 

DARIPADA EDITOR


Perang Lubnan Menyentuh Jiwa Sasterawan

Perang antara Hizbullah dengan Israel di Lubnan, yang tercetus sejak 12 Julai, meragut begitu banyak nyawa insan yang tidak berdosa.  Begitu menyayat hati apabila kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdaya menjadi mangsa keganasan perang ini.  Bayangkanlah jika hal yang sama berlaku di negara kita dan yang menjadi mangsa anak-anak kita.
     Perang, penindasan dan kekejaman yang berterusan di Tebing Barat dan Gaza, menyemarakkan lagi kebencian dan kemarahan orang Islam khususnya kepada Israel dan sekutunya.  Malaysia sebuah Negara Islam menunjukkan keprihatinannya menyalurkan melalui siaran televisyen kempen berderma bagi membantu mangsa perang Asia Barat, bahkan kerajaan Malaysia telah memberikan “lampu hijau” bersedia pada bila-bila masa menghantar tenteranya bagi menyertai tentera perdamaian dan gencatan senjata.
    Kesan peperangan ini menyentuh jiwa setiap seniman atau sasterawan daripada pelbagai bangsa dan agama, apatah lagi buat seniman dan sasterawan yang beragama Islam.  Dalam ruangan “Sastera antarabangsa”, Faisal Tehrani merakamkan pandangan tentang krisis di Timur Tengah, dari kaca mata sasterawan di sana.
    Seniman dan sasterawan Malaysia pula mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan ini melalui kata-kata yang terhasil, menjadi bait-bait sajak yang menzahirkan bantahan mereka.  Maka, terkumpullah beberapa buah sajak yang dinukilkan khas untuk ruangan “Puisi Khas” keluaran Dewan Sastera September di bawah tema “Perang Lubnan”.  Inilah antara yang menarik dalam Dewan Sastera bulan ini selain isu fokusnya tentang anugerah dan impaknya kepada perkembangan sastera tanah air di samping meninjau sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bidang sastera tanah air sempena Bulan Bahasa dan Bulan Sastera yang disambut pada setiap bulan September.
    Semoga keamanan yang kita kecapi daripada kemerdekaan negara kita ini akan berkekalan, kerana peperangan tidak mengenali erti kemanusiaan dan tidak menguntungkan sesiapa.
                                                                        Rozninah Abd. Azib

 


 

 

FOKUS  
 

Hadiah Sastera Gagal Membangunkan Sastera Kebangsaan?

OLEH  HASHIM ISMAIL

Dalam perkembangan sastera moden, peraduan mengarang yang pertama diperkenalkan pada tahun 1946, apabila Pejabat Perhubungan Raya Semenanjung Tanah Melayu menganjurkan peraduan mengarang novel.  Pemenang peraduan tersebut ialah Nyawa Di Hujung Pedang, karya Ahmad Murad Nasaruddin.  Pada tahun 1951, diadakan pula Peraduan Menulis Cerpen dan Cerita Panjang (1953 dan 1956) anjuran Pejabat Karang Mengarang.
     Secara sejarahnya, sejak 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Peraduan Mengarang Cerita Pendek.  Sebanyak 13 buah cerpen dipilih dan diterbitkan dalam buku Cerita-cerita Pendek DBP (1958).  
      Pada tahun 1958, DBP telah mengadakan Peraduan Mengarang Novel.  Tiada karya  yang memenangi hadiah pertama. Novel Musafir karya Hasan Muhamad Ali mendapat hadiah kedua.  Hadiah sagu hati dimenangi oleh penulis Yahya Abu Samah, Saleh Daud, Abdul Aziz Alias, Suratman Markasan, Mat Yusof Jantan, Zakaria Saleh, Abdullah Hj. Abdul Rahman, dan A. Samad Said.  
     Dua karya yang menonjol hasil daripada peraduan ini ialah, Musafir dan Gerhana yang kemudiannya ditukarkan judulnya menjadi Salina.  Salina dianggap sebagai model membawa aliran baharu penulisan novel, dan dihubungkan dengan peranan DBP dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu moden.
    Pada peringkat awal, objektif sayembara ataupun peraduan  dan hadiah sastera menampakkan kesan dalam pembentukan gerakan psikologi, serta memberikan motivasi terhadap keyakinan penulis.  Dengan semangat dan keyakinan itu diharapkan kesedaran terhadap gerakan dan ciri kebangsaan disebatikan dengan jiwa penulis.
    Dalam Peraduan Mengarang Novel 1962, juga tiada pemenang hadiah pertama.  Novel berjudul Darah (kemudian diterbitkan DBP, 1964 dengan judul Desa Pingitan) ditulis oleh Ibrahim Omar, diberikan hadiah penghargaan.  Karya lain yang mendapat hadiah penghargaan ialah Tumbangnya Pokok Tak Berlangit (diterbitkan oleh Pustaka Antara, 1965 dengan judul Lingkaran) oleh Arena Wati, dan novel Angin Hitam oleh A. Wahab Ali (diterbitkan oleh Penerbitan Utusan Melayu, 1968).  Novel Lingkaran dianggap oleh A. Teeuw sebagai mencapai taraf antarabangsa, dengan proses penciptaan seni yang universal, tidak terikat kepada seni daerah, dan menggarapkan masalah kejiwaan Tanah Melayu sezaman.
     Hamzah Hamdani (1998) melaporkan bahawa di samping tiga peraduan mengarang tersebut, DBP telah menganjurkan beberapa peraduan mengarang yang lain, seperti Peraduan Mengarang Cerita Pendek Kanak-Kanak (1960), Peraduan Mengarang Drama Pentas (1963), Peraduan Mengarang Cerita Rekaan Sains (1967) dan Peraduan Mengarang Cerita Bacaan Kanak-Kanak (1968).  Namun demikian, kebanyakan hasil peraduan ini tidak diterbitkan.
      Badan lain yang aktif menggerakkan peraduan mengarang ialah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).  Dalam rangka berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, GAPENA menyelenggarakan peraduan-peraduan mengarang pelbagai genre sastera, seperti Hadiah Novel GAPENA (1974), Hadiah Sastera Esso-GAPENA (1979-1999), meliputi Hadiah Cerpen, Hadiah Sastera Remaja, Hadiah Drama Pentas, Hadiah Puisi Remaja, Hadiah Drama Televisyen, Hadiah Novel, Hadiah Biografi, dan Anugerah Pengembangan Sastera Kebangsaan; Sayembara Novel Yayasan Sabah – GAPENA (1979-1986), Anugerah Puisi Putera – Bank Bumiputera – GAPENA (1979-1982), Anugerah Sastera Darul Iman, Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu – GAPENA (1992) dan Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang – GAPENA (1993).  
      Hasilnya, sejumlah karya yang penting dalam sejarah perkembangan sastera Malaysia lahir daripada peraduan-peraduan tersebut.  Antaranya novel Saga (A. Talib Mohd. Hassan), Bulan Merah di Tiga Kuala (Zahari Affendi), Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (Anwar Ridhwan), Warisan (Abdul Talib Mohd. Hassan), Jejak Pulang (Dharmala N.S.), Seorang Tua di Kaki Gunung (Azizi Haji Abdullah), Sesudah Senja Sebelum Fajar (Baharuddin C.D.), Kemboja di Pinggir Kali (Mashitah Mohd. Noor), Empangan (Zakaria Ali), Warna Sebuah Lembah (Osman Ayob), Pemberontakan (Jong Chian Lai), Angin Pijar (S.M. Noor), Pelangi Tengah Hari (Saloma Mat Lajis) dan Syumul (Azmah Nordin).  
     Hasil daripada Peraduan Drama Pentas pula muncul Tok Selampit (Anuar Nor Arai), Nasib (Hatta Azad Khan), Remang di Lorong Tua (Othman Haji Zainuddin), Pentas Opera (Zakaria Ariffin) dan Orang-orang Kecil (Anwar Ridhwan.  Kumpulan puisi pula ialah Pesisir ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Sept. 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib
 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                            Tarikh kemaskini:4 September 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah. 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:18:38 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.