Dewan Sastera Julai 2006

 

 

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

 

Daripada Editor
Teater Badan Budaya DBP Diberikan Nafas Baharu
 

Surat Kepada Editor
Sukarnya Mendapatkan Dewan Sastera di Sarawak Bumi Kenyalang
Poul Nanggang

 

Puisi Pilihan
Wan Ahmad Ismail

Cerpen
Api Adat Gunung
Jaya Ramba.

Merpati di Dalam Kaca
S.M. Zakir

Puteri Sejunjung
 A. Rahmad

Saya Mahu Sembahyang 
 Suratman Markasan

Drama 
Nazar Kumar (Bahagian Akhir)
Dahiri Saini

Puisi Bulan Ini
Tangisan Langit Tatkala Sengsara Sungai 
Ihsan Noorzali

Tidak Dapat Kutangkap 
Abizai

 Hambatan
 Raja Yusoff Ariffin.

Menunggu Giliran 
Haron A.H

Selepas Kapur Barus
Rosli K. Matari

10 Rekod Cinta
Radin Syahid

Apalah Ertinya
Marzuki Ali

Laut Pagi-pagi
Jaafar Hasny

Sahabat
Hilmi Rindu

Api di Atas Api
Onn Abdullah

Puaka
Aziz Saudagar

Ujana Klasik 
Ia Umpama Tiang Seri
Rogaya A.Hamid

 

 

 

 

Karyawan Bulan Ini 
Wan Ahmad Ismail


Bicara Karya
Pemikiran Wan Ahmad Ismail dalam Pengkaryaan
Kamariah Kamaruddin

Sikap dan Pemikiran Patriotisme dalam Mengheret Mimpi Memintal Cinta
Hasni Abas


Ulasan Buku
Sastera Junjungan

Mencari Uuuuu

Ziarah Tanah Kudup

Cowrie Emas


Fokus 
Muzikal PGL: Legenda yang Diselewengkan?
Siti Hawa Haji Salleh.

Teater Stor: Kecil tetapi Berjiwa Besar
A. Wahab Hamzah


Gema Harapan
Titik Mula Khabar Buruk dari Singapura
Arena Wati


Pabila Hujan Turun
Montel dan Maut
Shanon Ahmad


Khabar Orang Di sana
Mengetuk Pintu Kehidupan Ariffin Ngah
Sharif Putera

 

Reaksi
Berapakah Nilai Hak Moral Seorang Pengarang 
A. Rahman C.M.


Monolog Kecil
Nasihat kepada Penulis dan Editor Muda
Baha Zain


Spektrum 
Sastera yang Menggugat
Noordin Hassan


Analisis
Nilai Kesusasteraan dalam Puisi
Arbak Othman

Khayalan, Angan-angan dan Impian dalam Cerpen
Muhd. Mansur Abdullah


Selingkar Bundaran Kata
Pengakuan Berdebu Seorang Pengumpul Buku: Saya salahkan guru saya!
Muhammad Haji Salleh


Tabir Hayat
Dihargai Dunia Dipenjara di Negeri Sendiri 
Wan A. Rafar


Sastera Antarabangsa
Pengajaran daripada Thoroughly Modern Millie, Versi Pentas
Faisal Tehrani


Sorotan 
Ceritera Sastera Bersama-sama W.B. Rendra
Norhasmalinda Mustapa 

Suara dari Tiga Latar Berbeza
Aqil Zuhairi

 

 

 

 

 

 

 

 

DARIPADA EDITOR


Teater Badan Budaya DBP Diberikan Nafas Baharu


Kekuatan dalam pementasan sebuah drama pentas atau teater bermula pada kemantapan skripnya, terutamanya bagi skrip yang terdapat elemen yang paradoks dan kontradiksi. Skrip yang begini biasanya dihasilkan oleh penulis yang mempunyai gaya yang tersendiri dan berani membuat interpretasi tersendiri. 
   Kemunculan interpretasi yang berbeza dalam kalangan penulis skrip ini mencerminkan bagaimana pengarangnya bekerja yang ada hubung kaitnya dengan sistem karya dan sistem di luar karya, iaitu sistem hidup atau kebudayaan seluruh masyarakat yang menjadi sumber inspirasi penghasilan skrip tersebut.
   Namun begitu, sejauh manakah kebebasan seseorang penulis skrip boleh mewarna-warnikan interpretasinya terutama bagi teks yang terikat dengan sejarah dan fakta? Begitu juga sebebas manakah pula seorang pengarah drama pentas boleh menterjemah semula skrip tersebut dalam bentuk pementasan? Inilah antara persoalan yang ingin dibawa oleh Dewan Sastera melalui isu fokus bulan ini.
   Setiap interpretasi baharu terhadap sesuatu isu dan fakta akan menghasilkan konotasi baharu dan hal inilah yang memancing penonton untuk menonton pementasan sesebuah teater. Contohnya sehingga kini, banyak skrip yang dihasilkan berdasarkan kisah kepahlawanan Hang Tuah dan Hang Jebat yang diberi pengertian dan interpretasi yang beragam. Begitu juga dengan kisah Puteri Gunung Ledang, yang baru-baru ini dipentaskan dan sebelumnya difilemkan dan kedua-dua bentuk persembahan ini  jelas melencong daripada teks asal. 
   Persoalannya, bolehkah pemesongan ini berlaku? Kehadiran skrip yang begini biasanya merangsang komentar penonton dan peneliti. Jika dilihat secara positif, situasi ini memberikan nafas kepada sesebuah teater itu untuk terus hidup di hati masyarakat, khususnya kepada audiensnya.
    Untuk tujuan menghidupkan kembali zaman kegemilangan pementasan drama atau teater ini, pada 13 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan “Majlis Pertemuan Aktivis Teater DBP”. Banyak cadangan yang dikemukakan dalam pertemuan ini, antaranya menghidupkan “stor teater DBP” pada setiap bulan. Apabila siap auditorium DBP, pementasan teater perdana hendaklah diadakan dalam masa tiga bulan sekali. DBP dicadangkan menjadi lokasi penggiat teater tanah air yang akan menjadi lokasi kunjungan pelancong. 
   Kemuncaknya, Datuk Johan Jaaffar selaku Pengerusi Lembaga Pengelola dan penggerak utama Teater Badan Budaya DBP, berjanji akan menghidupkan kembali badan teater tersebut, bagi menyemarakkan semula kegiatan teater Melayu  tanah air. 
      

Rozninah Abd. Azib

 


 

 

FOKUS  

Muzikal PGL: Legenda yang Diselewengkan?

OLEH  SITI HAWA HAJI SALLEH

Pengkajian dalam bidang kesusasteraan sangat erat kaitannya dengan persoalan memberikan pendapat ataupun pandangan tentang sesuatu yang diperkatakan.  Ia tidak dapat lari daripada interpretasi dan pandangan yang subjektif.  Setiap orang berasa berhak memberikan pendapatnya tentang sesebuah filem, novel, cerpen, hikayat, syair, cerita lipur lara atau apa-apa sahaja, kerana karya-karya ini adalah hasil daripada perbendaharaan kesusasteraannya.  
    Sikap ini juga lahir daripada sifat kesusasteraan itu sendiri yang pada dasarnya merupakan penyampaian atau perakaman pandangan, pendapat, pendirian dan perasaan (dan lain-lain) seseorang terhadap sesebuah hasil kesusasteraan.  Untuk mengelakkan peneliti kesusasteraan terlalu tenggelam dalam perasaannya dan bersikap subjektif melulu, terciptalah peraturan-peraturan dan langkah pengkajian yang dapat diaplikasi semasa menilai atau meneliti sesebuah ciptaan atau sebagainya.  Terciptalah berbagai-bagai teori dan pendekatan untuk mengekalkan peneliti berpendirian seobjektif mungkin.
     Dalam makalah ini, yang diperkatakan ialah tentang Puteri Gunung Ledang, yang baharu-baharu ini menemui pengunjung panggung wayang dan teater dalam bentuk yang mengagumkan. Puteri Gunung Ledang yang selama ini merupakan puteri mitos yang sengaja direka untuk memberikan peluang pengarang menempelak Sultan Melaka tiba-tiba muncul sebagai puteri daripada keluarga Diraja Jawa, yang menyeberang Selat Melaka untuk menemui kekasihnya, Laksamana Hang Tuah! Dalam masa yang begitu singkat, masyarakat dan audiens Melayu terpaksa menerima kejutan-kejutan yang sukar diterima kerana sudah begitu setia berpegang  pada kepercayaan lamanya.
     Perbincangan ini didasarkan kepada beberapa landasan yang sedia ada dalam pengkajian perbendaharaan kesusasteraan Melayu klasik.
1. Cerita Puteri Gunung Ledang mungkin wujud dalam tradisi lisan.  Dalam Hikayat Hang Tuah puteri ini muncul sebagai puteri mitos dalam usaha pengarang memberikan kesedaran kepada Raja Melaka.  Walaupun Raja Melaka berkuasa dan bercita-cita mengatasi pencapaian raja-raja lain, baginda tetap gagal.  Allah Maha Kuasa.
2. Memang Laksamana Hang Tuah disebut dalam beberapa karya Melayu klasik tetapi teks yang menjadi tipa-induk atau hipogram ialah  Hikayat Hang Tuah, bukan Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu) atau lain-lain.
3. Tugas kita ialah memahami bahawa HHT adalah karya EPIK.  Epik mengemukakan seorang tokoh pahlawan yang pernah hidup dalam sejarah sebuah negara.  Sastera Barat lebih banyak epik dan tokoh-tokohnya hampir mencapai taraf kedewaan. Sifat-sifat kehandalan/keperwiraan Hang Tuah diperoleh melalui berguru (kefahaman dan kebolehannya mengatasi rakan-rakannya); ia dianugerahkan kebolehan tertentu seperti apabila dia bertemu dengan Nabi Khidir, dan lain-lain.
Kerana kesucian hatinya, Hang Tuah (HT) mempunyai daya firasat – dapat mengetahui tentang sesuatu sebelum ia berlaku; tahu berbagai-bagai ilmu mengubati penyakit, ilmu pengasih, ilmu melemahkan musuh dan lain-lain hingga ia dianggap “khurafat” pada hal Hang Tuah tidak membelakangkan Allah.
Kerana HT wira epik, ia tidak dimatikan pada akhir hikayat.  Ia berjaya dalam semua tugasan yang diserahkan kepadanya.  Di mana juga HT berada, taat setianya hanya kepada rajanya.  Ayat pertama selepas Bismillah … pada permulaan hikayat itu dijunjung dengan sepenuhnya oleh Hang Tuah dari awal hingga ke akhir hikayat biar apa pun yang berlaku, biarpun dia digoda oleh Puteri Gunung Ledang.  Inilah hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu  berbakti kepada tuannya.
    Yang penting difahami ialah kedudukan HHT  sebagai sebuah epik; kaitannya dengan mitos dan legenda serta hubungannya dalam sejarah. Dalam definisi epik, dinyatakan bahawa pahlawan atau tokoh yang diperkatakan ialah seorang tokoh yang pernah hidup dalam sejarah bangsanya. Buktinya ialah Laksamana Hang Tuah disebut sebagai salah seorang pembesar dalam kerajaan Melaka dalam Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu. Oleh sebab Sulalat al-Salatin  ditulis sebagai penyejarahan kesultanan Melayu Melaka dan tentang keagungan kerajaan tersebut, Hang Tuah hanyalah pegawai biasa dan disebut apabila perlu sahaja. Watak raja lebih penting kerana baginda menjadi tokoh utama dalam penyejarahan itu.   
      Laksamana Hang Tuah disebut dalam Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu, (SS/SM), sebagai seorang pembesar  antara yang ramai berbakti kepada Melaka.  Dia dilukiskan sebagai seorang pembesar biasa kerana Sulalat al-Salatin dikarang sebagai sebuah penulisan sejarah dengan objektif yang tersendiri, berdasarkan konsep penyejarahan Melayu tradisional.  Dalam SS/SM, HT manusia biasa, daripada muda menjadi tua (pertama kali berperang dengan Portugis, dia masih bertenaga; kali kedua dan terakhir Portugis menyerang, HT tidak dapat ikut serta) dan dia meninggal dunia.
    Dalam HHT, fokus keseluruhannya kepada HT dengan segala perwatakan wira epik sejagat.  Bukan sahaja dia berjaya dalam semua perjuangannya, malah sebagai wira epik dia tidak mati.  “Tidak mati” kerana dia tetap hidup sebagai wira kebangsaan Melayu.
     Tetapi, berbagai-bagai cerita tentang HT berkembang dalam kalangan masyarakat sebagai cerita mulut atau cerita lisan.  Pada masa masyarakat memerlukan seorang wira untuk menaikkan semangat kebangsaan dan kepahlawanannya, HT menjadi tokoh yang paling layak menjadi wira...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Julai 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib
 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                            Tarikh kemaskini:29 Jun 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah. 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:17:30 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.