Dewan Sastera Februari 2006

 

 

 

 

Daripada Editor
Pencarian dalam Feminisme

Surat Kepada Editor
Saya Membeli Dewan Sastera Bukan Kerana Cantik atau Hodohnya
Nurul Afna Akma Zakaria

Adaptasi Karya Sastera ke Layar Perak
Ummu Hani

 

 

 

Puisi Pilihan
Siti Zaleha Hashim

 

Cerpen
Langgar Adat
Razali Endun.

Janji Payau Lembayung Cinta
Kassim Muhammad

Lautan Cintaku Istana Pasir Adik-adik
 Aminah Moktar 

Tanah Kampung Kami
Salina Ibrahim

Drama 
Kelip-kelip di Pohon Api-api (Bahagian Pertama)
A. Rahmad

 

Puisi Bulan Ini
Catatan Panjang Tentang Suami Skizo, Isteri Skizofrenia, Wanita Skizofrenik
Zaiton Ajamain

Ini Suara Wanita
Huzaifah Zulfaqar

 Kata
 Darma Mohammad

Janji Kita 
Ja'afar Haji Hamdan

Batu
Hilmi Rindu

Isteri 
Hasan Baseri Budiman

Selendang Mahabbah
Hasyuda Abadi

Sudahkah Kau Akrabi Wanita Profesional Itu?
Rahman Shaari

Sehati Senyawa
Khadijah Hashim

Janji Perindu 
Sabri Ibrahim

 

Ujana Klasik 
Pantun Agama 10 Rangkap
Salina Ibrahim

 

 

 

 

Karyawan Bulan Ini 
Salina Ibrahim

Watak Wanita Harus Dimuliakan
Salina Ibrahim

Fokus
Kaedah Baharu Feminisme dalam Kritikan Sastera
Siti Hajar Che Man

Feminisme Ala Salina Ibrahim dalam Untukmu Hana
Rosnah Baharudin

Watak Wanita di Tangan Penulis Lelaki
Siti Aisah Murad
 

Bicara Karya
Pemburu Mimpi: Novel Besar yang Sarat dengan Feminisme 
Taha Abd. Kadir

Monolog Kecil 
Kembali ke Kota yang Ditinggalkan
Baha Zain

Sastera Antarabangsa Membina Sastera Dunia Melalui Lontar
Awang Azman Awang Pawi

Analisis
Kriteria Karya Seni: Pertentangan Inovasi dan Konvensi
A. Rahim Abdullah

Pentakwilan Keinsafan dalam Diri
Mohamad Daud Mohamad

Sorotan
Anugerah Sastera Negeri Sembilan Darul Khusus 2005: Lubuk Pertemuan Penulis Mapan dan Baharu 
F. Fansuri

Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Puisi Melaka 2005
Rusdi Abd. Rahman

Penerimaan  Masyarakat Cina Terhadap Karya Anwar Ridhwan
 Hati Amir

Tabir Hayat 
Masuri S.N. Kembali dengan Kuntum-kuntum Puisi
A. Rahim Abdullah

Selingkar Bundaran Kata
 Pinter yang Pintar
Muhammad Haji Salleh

Ulasan Buku 
Novel Terpilih Shanon Ahmad: Satu Kajian Pendekatan Gender

Mestika Warisan Kumpulan Pantun Baru

Wajah: Biografi Penulis Edisi Ketiga

Mega Nisaa  

Pabila Hujan Turun
 Pabila Kalbu Ini Asyik Marah-marah 
Shahnon Ahmad

 
 
 

DARIPADA EDITOR

Pencarian dalam Feminisme

Feminisme bukanlah perkara baharu dalam dunia sastera.  Fahaman feminisme mula timbul di Barat sejak abad ke-18.  Kemunculan buku yang bertajuk Vindication of the Rights of Woman, yang diterbitkan pada tahun 1789 nukilan Mary Woll-stonecraft, telah menjulang namanya sebagai ahli teori feminis British yang pertama.  Desakan perjuangan fahaman feminis di Barat didorong oleh hasrat ingin mendapatkan  hak yang sama rata antara kaum lelaki dengan wanita.
   Isu menuntut persamaan hak akibat daripada diskriminasi jantina ini telah wujud sejak zaman jahiliah lagi dan setelah datangnya Islam, isu ini cuba diatasi dengan berpandukan al-Quran dan hadis.  Di Barat, fahaman feminisme berkembang dalam dua gelombang.  Gelombang pertama, fahaman yang agak lembut dan menekankan persoalan persamaan hak antara lelaki dengan wanita.  Gelombang kedua, fahaman feminisme yang lebih radikal yang lebih mementingkan kedudukan wanita dan ke arah peperangan gender.  Jika dinilai dari segi amalan budaya, agama, dan kehidupan sosial masyarakat Malaysia, adakah fahaman feminisme antara dua gelombang di Barat itu sesuai untuk diserapkan dalam pemikiran masyarakat negara ini melalui karya pengarang tanah air?  Pengkaji sastera tanah air masih tidak jemu-jemu mencari-cari gaya feminisme acuan sendiri yang serasi dengan pembacaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan pelbagai agama, tetapi mengekalkan gaya hidup orang timur yang penuh dengan kesantunan.
   Selain itu, fahaman feminisme kini berkembang ke arah teori kritikan dan penilaian terhadap karya hingga terhasilnya ginokritikan yang diperkenalkan oleh Elaine Showalter.  Pendekatan ini berusaha mengkaji karya pengarang wanita melampau sejarah, gaya, tema, genre, dan struktur karya penulis wanita.  Hasil daripada kajian demi kajian, maka wujudlah pelbagai dapatan baharu yang memberangsangkan tentang karya penulis wanita.  Antara yang menarik termasuklah percanggahan pendapat yang mengatakan bahawa hanya penulis wanita yang berkemampuan menulis tentang nasib suka duka kehidupan wanita.  Sebaliknya, penulis lelaki hanya ketara sebagai pengarang yang menghitamkan watak wanita ciptaannya, menjadikan wanita hanya sebagai mangsa yang ditindas oleh kaum lelaki.  Hal inilah yang cuba dibongkar oleh Dewan Sastera Februari 2006.

Rozninah Abd. Azib
 

FOKUS 

Kaedah Baharu Feminisme dalam Kritikan Sastera

SITI HAJAR CHE MAN


Perkembangan teori dan kritikan sastera telah memungkinkan pelbagai alternatif baharu dalam disiplin ilmu kritikan.  Sarjana dan pemikir teori berusaha mencari kesesuaian analisis ideologi dan falsafah pemikiran yang boleh dijadikan sandaran kepada pengarang dan pengkritik yang melingkunginya.  
   Dalam disiplin ilmu kritikan sastera, berbagai-bagai pendekatan dan teori baharu telah dijana dan diwacanakan sebagai titik tolak untuk menganalisis teks.  Analisis ini berfungsi bukan sahaja untuk mencungkil rahsia dan nilai-nilai sastera, tetapi juga kekuatan imaginasi dan kreativiti dalam diri seseorang pengarang itu.  Antaranya, termasuklah teori-teori yang telah sekian lama wujud dalam dunia kritikan sastera seperti psikoanalisis, formalistik, fenomenologi, Hermeneutik, historikal, sosiologikal, kritikan baharu, historisme baharu, strukturalisme, dekonstruksi dan kajian budaya.  
   Hakikatnya, pencernaan kaedah dan pendekatan untuk menganalisis teks sebenarnya berada di bawah kecenderungan lelaki atau sastera dalam kawalan “di sistem tanda” lelaki.  Oleh sebab itu, untuk melihat keseimbangan proses kritikan sastera, saya berpendapat, sarjana dan pemikir wanita perlu mencipta dan mencari satu alternatif baharu.  
   Alternatif ini sebagai pilihan untuk mencari formula dan mekanisme yang selaras dengan isu kewanitaan kontemporari.  Adalah dirasakan teori-teori yang telah sekian lama dipraktikkan semakin kurang keampuhannya dan tidak lagi memadai atau mampu untuk menganalisis isu-isu pemikiran kontemporari yang dilanjutkan sejak psikoanalisis, pascastrukturalisme, pascamoden dan pascakolonialisme, terutama yang mencakupi persoalan berbentuk kewanitaan.  Pendekatan ini perlu untuk menjelaskan serta berkuasa untuk menangani isu-isu berkaitan wacana sastera wanita.
    Kini, terdapat isu kritikal yang diperdebatkan, iaitu bagaimana penampilan yang diolah dan diperikan oleh pengarang lelaki, dianalisis oleh pengkritik lelaki dan dibaca oleh pembaca lelaki, dan juga wanita terperangkap bersama-samanya. Isu ini juga melihat bagaimana pengarang lelaki mencetuskan sistem tanda yang berkaitan dengan kedudukan dan cetusan pemikiran wanita.  Sistem ini melibatkan wanita sama ada wujud sebagai diri dalam institusi masyarakat mahupun sebagai pengkaji bahasa.  Untuk melihat bagaimana isu ini dibicarakan saya telah memetik dua pendapat daripada dua orang tokoh feminis.  Petikan pertama berupa persoalan-persoalan yang dikemukakan, iaitu, oleh Virginia Woolf:
“… Have you any notion how many books are written about women in the course of a year? Have you any notion how many are written by men?  Are you aware that you are perhaps the most discussed animal in the universe?” (1977: 26).
Manakala petikan kedua dipetik daripada tulisan Luce Irigary (1981: 21) yang katanya:
How can I say it?  That we are women from the start.  That we don’t have to be turned into women by them, labeled by them, made holy and profaned by them.  That has already happened, without that efforts. And that their history, their stories, constitute the locus of our displacement.  It’s not that we have a territory of our own; but their fatherland, family, home, discourse, imprison us in enclosed spaces where we cannot keep on ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Februari 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini:15 Februari 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 16:14:39 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.