Dewan Sastera Januari 2006

 

Daripada Editor
Siapakah Pewaris dan Penerus Kesusasteraan Masa Kini?

Surat Kepada Editor
Pandangan Norhazila Disokong
Ismail Restu

Cadangan untuk Ruangan "Ulasan Buku" dan "Bicara Karya"
Nordin Saad

Ujana Klasik
Gurindam Menghargai Masa
Nazim Mohd. Subari.

Cerpen
Memilih Mimpi 
Ariff Mohamad.

Merpati Hitam di Masjidil Haram
Baharuddin Hj. Zakaria

Tujuh di Rabung Awan
 Tiras R.

Puisi Bulan Ini
Semakin Kering 
Nazim Mohd. Subari

Di Tengah Terik Mantari
A. Ghani Abdullah

 Diamnya Malam
 Nahmar Jamil

Ketika Kulepaskan Kau Pergi
Hanis NS

Monolog Tahun Baharu
Ghazali Lateh

Sandiwara
Chai Loon Guan

Tak Pernah Bertanya Pada Diri
Asrul Effendi Kamaruzzaman

Puisi untuk Esok
Solihin Osman

Yang Tersembunyi
Ahmad Sarju

Menunggumu
Haron A.H

Drama
Bangsawan Impian Syalaza (Bahagian Akhir)
Mohamed Ghouse Nasuruddin

Puisi Pilihan
Abdul Ghafar Ibrahim

Karyawan Bulan Ini 
Abdul Ghafar Ibrahim

Fokus
AGI Peneroka dan Pengasas Puisi Eksperimen Malaysia
Ismail Abdullah

Anugerah S.E.A Write 2005
Khatijah Ismail

Ahh...Anugerah S.E.A Write 2005: Auummmmm!
Abdul Ghafar Ibrahim

Mengenang AGI di Pentas
Rahman Shaari 

Fragmen Novel
Pemburu Mimpi 
Saleha Hussin

Analisis  
Kos Proses Penghayatan Puisi Moden
Rahman Shaari

Antara yang Konvensi dengan yang Avant-Garde ala Nouveau Roman 
Shahnon Ahmad

Sorotan
Malam Baca Puisi - Pengakuan Penyair
Shamsuddin Othman

Khabar Orang Di Sana
Kes Hartini Memuramkan Dunia Penulisan Aziz Afkar
Sharif Putera

Reaksi 
Wilayah Comprador dan Identiti Besar
S.M. Zakir

Selingkar Bundaran Kata
 Jati Diri Bangsa Malaysia; Bayangan Dakwat Barat dan Timur
Muhammad Haji Salleh

Bicara Karya
Elemen Sepi Sebagai Ekspresi Kesan Rasa dan Emosi dalam Musim Sepi  
Siti Hajar Che Man

Pabila Hujan Turun
 Terima Kasih A. Samad Said
Shahnon Ahmad

Spektrum 
Sudut Penulis di Sudut Hati
Noordin Hassan

Ulasan Buku 
Ahhh...

Entusias
 
Wira Pasir Panjang

Salasilah

Monolog Kecil
Apa Ada Pada Seniman
Baha Zain

DARIPADA EDITOR

Siapakah Pewaris dan Penerus Kesusasteraan Masa Kini?


Tahun 2006 menjelang sudah dengan meninggalkan kita kisah suka duka tahun 2005.  Dalam dunia kesusasteraan tahun 2005 menyaksikan beberapa orang penulis tanah air kita yang telah kembali ke dunia abadi meninggalkan keluarga, sahabat handai, dan anak-anak didik mereka sebagai pewaris yang akan meneruskan perjuangan mereka dalam dunia sastera tanah air yang dikatakan semakin mengecil jumlah pengikut dan peminatnya.  Namun, tidak kurang juga penulis tanah air kita yang meninggalkan tahun 2005 dengan kenangan manis bagi membuka langkah dengan lebih gagah dan semangat yang berkobar-kobar bagi meneruskan perjuangannya dalam bidang kesusasteraan tanah air dan antarabangsa.  Antara yang terkini mengecap kenangan manis dalam bidang kesusasteraan ini ialah A. Ghafar Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama AGI.  Majlis menyampaikan anugerah S.E.A. Write 2005 ini diadakan di Bangkok, pada 7 hingga 13 Oktober 2005 yang lalu.
   Sempena penganugerahan itu, Dewan Sastera memfokuskan ketokohan beliau sebagai pemula puisi eksperimental di Malaysia yang melayakkan beliau dicalonkan oleh panel penilai Malaysia untuk menerima anugerah tersebut.  AGI yang berbakat besar, berkelulusan tinggi dalam akademiknya, berpengalaman luas, konsisten dalam gaya dunia penulisan puisinya yang unik dan tersendiri, juga berterusan aktif menyumbangkan tenaga dan pemikirannya dalam bidang kesusasteraan menerima penganugerahan ini dengan rasa penuh kesyukuran.  AGI mengakui bahawa jika sudah sampai masanya, rezeki itu akan datang jua.  Banyak lagi pengalaman dan nasihat yang disampaikan oleh beliau sebagai panduan kepada penulis muda.
   Sebagai pemula, AGI tentunya mengharapkan apa-apa yang diperkenalkan dan diusahakan olehnya itu ada penerusnya.  Setakat ini dalam perkembangan sastera tanah air, penulis generasi ini masih belum ada yang boleh kita namakan sebagai pengikut atau pewaris gayanya, atau lebih hebat lagi muncul penulis generasi baharu yang berani memulakan sesuatu yang lain daripada yang lain, seperti yang dilakukan oleh AGI ketika usia mudanya 40 tahun dahulu.  Jika untuk genre cerpen dan novel sudah ada beberapa penulis muda yang bereksperimen, namun dalam bidang perpuisian hal ini tidak berlaku.  Masing-masing lebih selesa meneruskan  gaya penulisan yang sedia ada, yang konvensional, tanpa berani memecahkan konvensi.

 


 

 

FOKUS 

AGI Peneroka dan Pengasas Puisi Eksperimen Malaysia

ISMAIL ABDULLAH

AGI atau nama sebenarnya, Abdul Gaffar Ibrahim, seorang seniman, pelukis, penyair yang serba boleh atau versatail.  Beliau seorang eksperimentor, seorang kontekstualis, signalis, visualis, vokalis, verbalis.  AGI pemenang S.E.A. Write Awards 2005 yang mewakili Malaysia.  Beliau seorang seniman yang menggelarkan dirinya, iaitu seawal 1970-an, sebagai penyair tri-v,  iaitu akronim vokal, verbal, visual.
  Anugerah itu mempunyai pengertian yang amat signifikan kepada seniman/penyair serba boleh ini. Hal ini adalah kerana, menandakan pengiktirafan panel pemilih di tanah air yang terdiri daripada para sarjana, pengkritik sastera dan sasterawan mapan Malaysia terhadap sumbangan dan penglibatan beliau dalam bidang seni dan sastera.  Mungkin juga kemenangan AGI amat menakjubkan atau menghairankan kita semua, kerana pemilihan itu agak terkeluar atau melencong daripada  tradisi cita rasa yang normal  dalam puisi Melayu.

Adakah AGI seorang yang memusuhi keunggulan puisi Melayu?  Saya tidak mengagaknya begitu.  Malahan, karya AGI memperkukuhkan lagi bentuk puisi Melayu moden dan kontemporari kita hari ini ke dalam genre puisi pascastruktural yang lebih dinamik, pelbagai ragam dan berkonteks.  Karya puisi AGI adalah gabungan/eksperimen daripada tradisi puisi Barat dan Timur yang bercampur baur dengan elemen/estetik visual dan seni persembahan.  Misalnya, elemen visual seni lukis Barat telah digabungkan dengan elemen estetik muzik tradisional Melayu, sebagaimana tona muzik yang terdapat  dalam karya “Tak Tun” dan “Dundun Cakcak” (lihat antologi:  Tak Tun, 1978). 
   Karya Tri-V beliau dipenuhi elemen semiologi bunyi, misalnya nada dan turun naik intonasi, pergerakan dan visual paluan gendang, misalnya pergerakan tangan pemukul gendang khususnya indeks bunyi yang komunikatif.  Indeks seni bunyi/muzik masyarakat tempatan kita ini dilahirkan  dalam pelbagai bentuk ketandaan/pertandaan (signifier/signification) dengan memberikan ragam visual yang berasosiasi dengan pengalaman muzik tradisional budaya Melayu, sebagaimana  dalam karyanya yang berikut:... 

 

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Januari 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini:3 Januari 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 15:52:12 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.