Dewan Sastera Disember 2007

 

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

 

Daripada Editor
Kukuhkan Akar,
Cambahkan Tunas
 

Surat Kepada Editor
Pelibatan Korporat dalam Sastera
Md. Nasir Jusof

Jangan Bunuh Lagi 
"Tunas Cipta"
Siddiq Osman

Menilai Penulis atau
Menilai Karya?
 Yusmiyani Yusoff

  Kulit Dewan Sastera Menarik
 Adib Hassan 

 

Puisi Pilihan
Abdul Latip Talib

Drama 
Moyang Salleh 
(Bahagian Pertama) 
Abdul Latip Talib

Cerpen Tunas Cipta 
Motor
Fatin Hanani 
Mohamad Rosli

Kasih Berubah
Shahrizad Shafian

Menjadi Gagak Putih
Wan Nor Azriq Wan Mokhtar

Makhfi Sebuah kesabaran
Norhafedah Jamiyil

Sebuah Kemaafan
Ghafirah Idris 

Sajak Tunas Cipta
Sahabat
Mazrul Ramzi Mokhtar

Kembali
Haryati Mahmud

Aroma 
Rabiatul Adawiyah Brahim

Berikan Aku Ruang
Nur Asikin Abdul Hadi

Mimpi
Mohd. Shahril Saufi Mahmud

Musim Nilaian Minda
Zulkifli A. Wahab

Bisikan Perindu
Diana Nabila Chau Abdullah

Nelayan Tua
Mohamad Firdaus Abd. Rashid Fikri

 


Cerpen 
Mata Berlari-lari Roh Mengunci
Daeng Ramliakil

Kelip-kelip Lukaloka 
Siti Zainon Ismail

Manusia Warisan Ombak
Saadiah Haji Ibrahim

Memanjat Langit
Jaya Ramba

 

 

Cerpen

Titih Salam Punjangga Zaman 
Lim Swee Tin

 

Rama-rama Putih
Abd. Razak @ Rezeki Othman

 Pada Titik
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Puisi Bulan Ini
Saudara yang Menggunting Kertas
Roslan Jomel

Selangkah Aku Berdiri di Belakang Bayang-bayangHuzaifah Zulfakar

Lang Berbisik
Suria Janib

Hikayat Mulut 
Khadijah Hashim

Membaca Kuasa
Zaiton Ajamain

Optimis
Nor Jamilah Mohd. Noor

Di Bawah Langit Senja
Sabar Bohari

Bebas 
A. Hamid bin Jemain

Di Tengah Tebaran Bintang-bintang
Aladin Mohamad.

Pinjam
Azami Taib

Pacat
M. Arif

Ceritera Hutan
Mohd. Kasim Mahmud

Setitik Api
Abdullah Shuib

Monolog Kecil
Cintaku dan Tanah Airku
Baha Zain

Karyawan Bulan Ini
Merendah Diri tetapi Bersemangat Tinggi
 Mahaya Mohd. Yassin

Manisnya Perjuangan Ini
 Abdul Latip Talib.

Bicara Karya
Empat Pahlawan Islam di Tangan Abdul Latip Talib
Nisah Haji Haron

Pabila Hujan Turun
Novel Best - Seller Novel Magnum Opas
Shahnon Ahmad 
(Sasterawan Negara)

Sastera Tradisional
Yang Indah dan yang Elok dalam Sastera Melayu Lama
Noriah Taslim

Sastera Antarabangsa
Sait Faik Abasiyanik: Raja Cerpen Moden Turki 
Bukhari Lubis

Kalam Pujangga
Mengenal Keperibadian Orang Berilmu 
S. Othman Kelantan (Sasterwan Negara) 

Sorotan
Mesyuarat Agung PPJ ke-30
Rusdi Abd. Rahman

Samarinda Kota Tepian Catatan Perjalanan MASTERA 2007 
 Siti Zainon Ismail

Fokus
Menyuburkan Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu
Shamsudin Othman

Sastera dalam Pendidikan Perlu Pemikiran Semula
Jeniri Amir

Ulasan Buku
Ronggeng Rokiah

 

Antologi Drama Asean: Malaysia

Hati yang Terusik

Puisi Tunas Bangsa

Analisis
Karya yang Baik Hasil Daya Pemikiran Kreatif yang Sihat
A. Rahim Abdullah

Memperalat dan Memperolokkan "Kata Sahibul Hikayat"
Noriah Taslim

Selingkar Bundaran Kata
Budaya Buku di Benua Seberang
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Daripada Jabatan Sastera
Program Penerapan Teori Sastera yang Menarik
Mohd. Amran Daud

50 Tahun Kemerdekaan Malaysia 
Sastera Malaysia dan Indonesia Senario Mutakhir Selepas 50 Tahun
S. M. Zakir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DARIPADA EDITOR       

Kukuhkan Akar, Cambahkan Tunas


Apabila Kesusasteraan Melayu semakin layu dalam zaman yang semakin maju, dan semakin banyak pula yang mula malu untuk mengaku bahawa sastera Melayu masih terpaku di kalbu, siapakah yang harus pula dipersalahkan?  Siapakah yang harus bertanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan kesusasteraan Melayu di tanah air kita?  Adakah segala harapan untuk memberikan nafas segar kepada kesusasteraan Melayu hanya diletakkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?
     Hakikatnya, usaha pengukuhan mestilah bermula dari akar.  Jika akar tunjangnya telah memasak bumi, segala cabaran yang mendatang dapat dihadapi – dahan tidak mudah patah dan daun tidak pula mudah gugur ke tanah.  Maka, penyemaian benih kecintaan terhadap sastera mestilah bermula di sekolah, iaitu ketika di peringkat prasekolah, kanak-kanak sudah diserapkan dengan pengajaran Kesusasteraan Melayu.  Hal ini berlarutanlah hingga ke peringkat sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi.  Dengan hal itu, kurikulum mata pelajaran Kesusasteraan Melayu perlu dibuat penambahbaikan supaya relevan dengan keperluan kerjaya masa kini.  Sudah semestinya, tugas ini terletak di bahu Kementerian Pelajaran.
    Usaha sama antara Kementerian Pelajaran dengan DBP juga merupakan langkah drastik yang dilaksanakan bagi mengembalikan kegemilangan sastera.  Yang terkini, pada 29 Oktober 2007, telah dilancarkan “Bengkel Penulisan Puisi dan Cerpen” serta “Majlis Pelancaran Program Tunas Muda” yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil, Melaka, oleh Pengarah Jabatan Sastera, DBP, Izzah Abdul Aziz.  Program ini dianjurkan oleh PURNAMA (Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja) bagi melahirkan penulis kanak-kanak, di samping menyemai dan menyerapkan rasa kecintaan mereka terhadap Kesusasteraan Melayu.
    Jika keterpinggiran Kesusasteraan Melayu dibiarkan berterusan, kita bimbang bidang ini tidak akan mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi.  Lebih malang lagi, jika bidang ini lama-kelamaan tidak diendahkan oleh masyarakat dan jumud daripada minda orang Melayu sendiri.
     Suatu tindakan drastik perlu diambil bagi memberikan nafas baharu kepada bidang ini, iaitu melalui tindakan merungkaikan, menilai dan menyuburkan semula mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah dan pusat pengajian tinggi.  Bagaimanakah caranya?  Inilah persoalan yang cuba didedahkan dan diselami oleh majalah Dewan Sastera melalui ruangan fokusnya bulan ini.
                                                   Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.


                                                                             Rozninah Abd. Azib

 

 

 


 

 

 

 

FOKUS 

 

Sastera dalam Pendidikan: Perlu Pemikiran Semula

OLEH:  JENIRI AMIR 

Kedudukan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu semakin terpinggir dan gersang dan dianggap tidak mempunyai nilai komersial. Sastera tidak dianggap sebagai mata pelajaran penting dan berprestij, malah  terdapat stigma bahawa pelajar  sastera kurang pintar, berbanding dengan pelajar sains.  Sastera hanya dipandang dengan sebelah mata. Mereka yang memilih sastera umpama memilih destini yang tidak menjanjikan masa hadapan yang pasti.  Benarkah sastera sudah tidak lagi relevan dalam sistem pendidikan kita? Tidak ada langsungkah tempat untuk sastera dalam kurikulum kita ketika masyarakat begitu memandang tinggi terhadap bidang komputer, sains dan teknologi?  
    Pelajar tidak akan memilih mata pelajaran itu kerana tidak dapat digandingkan mata pelajaran kesusasteraan dengan mata pelajaran lain ketika mereka memohon untuk masuk ke pusat pengajian tinggi. Sesungguhnya, kadar penurunan pelajar sastera pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin jelas sejak kebelakangan ini. Pada tahun 2003 hanya 53,922 orang pelajar mengambil Kesusasteraan Melayu, dengan kadar penurunan adalah sebanyak 15.5 peratus,  berbanding 6.7 peratus pada 2002 atau 3.3 peratus pada 1997 dengan jumlah pelajar 63,819 dan 91,412 masing-masingnya.  Penurunan yang ketara berlaku pada tahun 2000 dan 1996 dengan kadar 17.5 peratus dan 16 peratus masing-masingnya. Di peringkat STPM, misalnya hanya 7,928 orang pelajar mengambil kertas Kesusasteraan Melayu, berbanding 13,023 orang pada 1998. Kedudukan sekarang tidak bertambah baik.
     Terdapat kecenderungan dalam kalangan pelajar di sekolah bandar untuk tidak mengambil mata pelajaran ini berbanding dengan pelajar luar bandar. Pelajar bandar seolah-olah mempunyai kesedaran tinggi bahawa mata pelajaran itu tidak dapat menjamin peluang untuk mendapat pekerjaan dan mendapat kedudukan tinggi dalam masyarakat.  Misalnya,  daripada 53,922 orang  pelajar SPM  yang mengambil mata pelajaran itu pada tahun 2003, sebanyak 73.3 peratus ialah pelajar dari luar bandar.  Pada 1994, sebanyak 67.3 peratus pelajar sastera ialah pelajar luar bandar daripada sejumlah 78,453 orang pelajar.  Sebenarnya, kedudukan di peringkat  STPM dan universiti tidak jauh berubah. Jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran itu dan yang mengikuti kursus Kesusasteraan Melayu semakin merosot.  Pelajar lebih cenderung untuk memilih kursus lain. Mereka yang mengambil kursus itu pula sebahagian besar adalah kerana “dipaksa” dan kursus tersebut bukan pilihan utama mereka.  
   Seperkara lagi yang menonjol ialah, sebahagian besar pelajar yang mengambil kursus sastera di universiti ialah pelajar bumiputera, sedangkan pelajar Cina dan India lebih berminat untuk mengikuti kursus yang dianggap mempunyai nilai komersial. Sehubungan dengan hal itu, sastera perlu diajar kepada semua pelajar tanpa mengira disiplin atau bidang pengkhususan, termasuk pelajar sains, kerana sains tanpa sastera akan hanya melahirkan insan yang tidak seimbang. Sastera adalah umpama perisian bagi “perkakasan” kerana sastera menekankan nilai kemanusiaan dan nilai murni yang lain. 
    Di peringkat SPM, jika keputusan peperiksaan diambil kira, keadaannya amatlah mendukacitakan. Jika pada dekad 1990-an, jumlah pelajar yang memperoleh tahap cemerlang adalah sekitar 6 hingga 9 peratus, tetapi jumlah tersebut merosot tajam pada tahun 2000 dengan hanya 2.7 peratus memperoleh kelulusan cemerlang. Kedudukannya bertambah teruk pada tahun  2003  apabila hanya satu peratus memperoleh kelulusan cemerlang. Adakah hal ini membayangkan mata pelajaran itu hanya diambil oleh pelajar yang kurang cemerlang atau soalan peperiksaannya yang semakin sukar? Perlu diwujudkan jambatan penghubung bagi melahirkan proses pembelajaran yang holistik sifatnya.  Di negara Barat, hampir tidak terdapat  tembok dikotomi yang jelas antara aliran sains dengan sastera, kerana mereka sedar akan kepentingan kedua-duanya. Sistem pendidikan kita harus menganggap semua ilmu berpotensi untuk berkembang, dan setiap ilmu berkenaan dapat dimanfaatkan untuk kegunaan diri, masyarakat, dan negara. Malah, semua ilmu dan mata pelajaran mempunyai nilai ekonomi dan nilai komersial; bergantung pada kreativiti kita untuk mencungkil dan menerokai potensinya. 
    Sebenarnya, sastera berpotensi untuk mengasah kemahiran berfikir secara kreatif, inovatif dan analitis dalam kalangan pelajar, jika guru menggunakan pendekatan yang kreatif dan soalan digubal bagi mencungkil ciri-ciri sedemikian. Mereka  yang kreatif amat diperlukan dalam dunia moden bagi menangani dan menyelesaikan segala cabaran, isu dan masalah yang dihadapi organisasi, masyarakat dan negara. Sastera mampu melahirkan manusia yang berupaya melihat dan menganalisis sesuatu isu secara menyeluruh dari pelbagai perspektif dan mampu mengasah pemikiran yang tajam. Maka, guru sastera harus menggalakkan pemikiran paradoks dan ironi, dan bukannya sekadar pemikiran literal.  
    Memanglah lulusan sastera tidak mungkin dapat membangunkan jambatan, bangunan pencakar langit, dan sebagainya seperti jurutera, arkitek, dan lain-lain. Namun begitu, pembangunan dan kemajuan negara tidak seharusnya diukur dari segi kemajuan fizikal dan prasarana semata-mata, tetapi perlu turut diukur dari segi intelektual, budaya, dan kemanusiaan. Maka,  sudah sampai waktunya semua aspek pengajaran dan pembelajaran sastera pada semua peringkat, dari sekolah menengah rendah hingga pusat pengajian tinggi dirombak dan dinilai semula.  
 Kalaupun terdapat tanggapan serong terhadap sastera, keadaan ini perlu segera dibetulkan dan diubah, termasuk dari segi sukatan, isi kandungan, pemilihan semua teks, pengukuran atau penilaian, bentuk soalan dalam peperiksaan, teknik pengajaran-pembelajaran dan seumpamanya. Umpamanya, sukatan pelajaran perlu mengambil kira perkembangan semasa dan masa hadapan dalam aspek politik, sosial, budaya, alam sekitar, dan teknologi, tanpa mengetepikan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan kelahiran insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.  
  Teks yang dipilih harus betul-betul berkualiti dan sesuai dari segi pedagogi kerana pemilihan teks yang sesuai merupakan asas bagi pemupukan minat membaca dalam kalangan generasi muda. Karya yang dipilih sepatutnya memenuhi kriteria atau unsur-unsur yang dapat menarik minat pelajar untuk menghayati sastera. 
Dari segi penilaian dan pengujian pula, soalan tidak harus terlalu menekankan aspek struktural atau formalistik. Sebaliknya, soalan perlu menguji tahap tinggi termasuk aspek afektif dan psikomotor.  Mata pelajaran sastera perlu menjurus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang kreatif, analitis dan kritis. 
Minat membaca dan menulis karya kreatif atau bukan kreatif perlu dipupuk melalui sastera. Banyak khazanah dan persoalan dapat digali daripada teks yang berkualiti; maka aspek tersebut perlu dipancarkan melalui soalan ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Disember  2007. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib
 

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan    


Kemaskini pada 2017-03-16 15:52:46 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.