Dewan Sastera Jun 2007

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Paradigma Baharu untuk Kesusasteraan

Surat Kepada Editor
Dewan Sastera: Wadah Dimensi Dua Generasi 
Zulfazlan Jumrah

Permata di Persada Sastera Tanah Air
Ghazali Din

Sajak Tunas Cipta
Cahaya Kasih di Jannah 
Salim Md. Zin

Perjalanan Hidupmu Insan
Rozilah Yusoff

Mata Pedang
Nazira Mohd. Noor

Aku, Hati dan Akal 
Siti Noraini Ahmad

Di Sini Aku Berdikiri
Normah Abdullah

Aku Bukan Fatalis 
Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri

Desa Permai
Suzanan Ab. Razak

Drama 
Sebuah Ta'ziah Karbala (Bahagian Akhir)
Faisal Tehrani

Puisi Khas
Botak
Baha Zain

Penanggah
Siti Zainon Ismail

Monolog Kecil
Penulis Hantu: Dalam Lingkaran, di Luar Kekuasaan
Baha Zain

 

Puisi Pilihan
Ismail Restu

Puisi Bulan Ini
Setelah Jebat Bangkit Bersilat 
Nawawee Mohammad

Antara Burung Lemas, Haiwan Pupus dan Anak Manusia
Khatem Ariffin

Tujuh Tulang 
Admua MN

Perpaduan Kaum
HMS Abu Bakar.

Zikir
Abizai

Wajahmu
Wahba

Kelmarin yang Hidup 
Hasyuda Abadi

Bertanya pada Bintang 
Hilmi Rindu

Basah II 
Suria Janib.

Harum Bendera
Abd. Ghafar Bahari

Telaga 
M. Ariff

Dari Balik Cermin
Wan Marzuki Wan Ramli

Cerpen Tunas Cipta 
Perisian RE 609 
Sofian Hamidy Hashim

Cinta Senafas Angsa
Nik Azri Mohamed Arriff

Buntu 
Ropikah Ahmad

Jika Kutahu
Nasreen Abu Bakar

Cerpen 
Anak Dara Abang Dino
Ahmad J. Husein

Lelaki Bersayap Putih
S.M. Zakir

Dua Helai Daun 
Jasni Matlani

Apabila Hajat Tak Kesampaian 
Ismail Restu

Cerpen
Titih Salam Punjangga Zaman 

Lim Swee Tin

Rama-rama Putih
Abd. Razak @ Rezeki Othman

 Pada Titik
 Hasyuda Abadi.

 

 

Karyawan Bulan Ini
Personaliti Guru dalam Karya Hasan Baseri Budiman

Ulasan Buku
Api dari Langit

Bunga-bunga Rumput

Di Bawah Bahang Mentari

Pandangan Semesta Melayu: Mantera

Sorotan
Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2007
Rohaidah binti Yon

Sastera Jiwa Masyarakat
Suria Janib

Tabir Hayat
Malungun, Babahku, Jiwaku Shazlin Amir Hamzah

Malungan: Cerpen dan Sebuah Pemergian
Mawar Shafie

Fokus
Industri Kreatif dan Peluang Kerjaya 
Zakaria Ariffin

Pemelajaran Sastera untuk Pelajar Bermata Merah?
Mohamad Daud Mohammad

 Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tidak Relevan Lagi?
Hasan Baseri Budiman

Analisis
Bayang Makna dalam Karya
Rahman Shaari

Perspektif antara Disiplin
  Che Abdullah Che Ya

50 Tahun Kemerdekaan Malaysia 
Bara Patriotisme dalam Sajak Marsli N.O 

Daripada Jabatan Sastera
Minggu Penulis Remaja: Penjana Kreativiti Remaja
Shahrun Nizal Mohd. Nor

Kalam Pujangga
Alam Membijaksanakan Penulis
 S. Othman Kelantan

Pabila Hujan Turun
Memetamorfosiskan Keterampilan Berkarya 
Shanon Ahmad

Selingkar Bundaran Kata 
Wystan Hugh Auden: Seratus Tahun Berlalu
Muhammad Haji Salleh 

Sastera Antarabangsa
Wolfgang Iser Pelopor Teori Berdasarkan Pembaca
Wan A. Rafar

Penyair Agung Islam Turki Abad ke-20
Bukhari Lubis

 

DARIPADA EDITOR         

Paradigma Baharu untuk Kesusasteraan


Isu kesusasteraan “dipinggirkan” menjadi masalah yang sudah begitu lama diperkatakan. Rasa terpinggir ini sudah tertanam di peringkat pelajar sekolah lagi dan perasaan itu menjalar hingga ke urat nadi guru-guru yang mengajar mata pelajaran kesusasteraan. Keterpinggiran bidang ini lebih menjadi serius apabila ibu bapa pula tidak memberikan sokongan yang memberangsangkan dan sentiasa menganggap anak-anak mereka yang mengambil mata pelajaran kesusasteraan tidak mempunyai masa hadapan dari segi kerjaya, kerana tiadanya nilai komersial bidang tersebut.  
  Keterpinggiran ini menjadi semakin rumit lagi apabila setiap individu menyalahkan antara satu sama lain, umpama lagu “bangau oh bangau mengapa engkau kurus?”, dan akhirnya semua telunjuk kini menunjukkan permasalahan ini berpunca daripada kurikulum pengajian kesusasteraan itu sendiri.
  Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia juga kini menyedari betapa pentingnya dikaji semula kurikulum pelajaran sekolah, melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP – 2006 – 2010), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Amatlah diharapkan PIPP yang berperanan untuk memperkasa pendidikan nasional yang berteraskan pembangunan modal insan, tidak mengabaikan mata pelajaran kesusasteraan dalam penilaian semula pembangunan kurikulumnya. Hal ini adalah kerana  sukatan mata pelajaran kesusasteraan yang diamalkan selama ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa.
  Sukatan mata pelajaran kesusasteraan perlu diubah daripada hanya mengajar pelajar tentang penghayatan karya dan teori sastera, kepada pengajaran pengalaman dan kemahiran kreatif, yang boleh membuka peluang kerjaya kepada pelajar. Perubahan sukatan mata pelajaran ini hendaklah bermula di peringkat sekolah rendah hingga  peringkat pengajian tinggi.
  Paradigma pemikiran masyarakat perlu diubah. Bidang kesusasteraan bukan untuk membentuk modal insan melalui kerohanian semata-mata, malah kesusasteraan juga berpotensi memberikan pembangunan fizikal dan material insan. Hal inilah yang menjadi fokus Dewan Sastera Jun 2007.
 Kami sidang redaksi Dewan Sastera mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Amir Hamzah Shamsudin (Malungun), yang telah kembali ke Rahmatullah, pada  27 Februari 2007. Semoga Allahyarham ditempatkan di sisi roh orang-orang yang soleh dan dicucuri rahmat oleh Allah ke atas rohnya, amin. Al-Fatihah.                         

  
Rozninah Abd. Azib

FOKUS 

Industri Kreatif Peluang Kerjaya untuk Graduan Kreatif 
OLEH :Zakaria Arifin


Industri kreatif tanah air sentiasa membuka pintunya kepada karyawan mahir dan profesional, dalam apa-apa juga bidang. Keperluan kepada tenaga kreatif yang benar-benar berkemampuan dalam menghasilkan produk seni sentiasa pula meningkat dari setahun ke setahun. Namun, tanggapan terhadap makna dan skop “industri kreatif” sering disalah anggap dan kadang-kadang diberikan tafsiran yang sempit. Sedangkan ia lebih daripada pengertian dunia seni hiburan atau bidang rekacipta semata-mata. 
   Sesetengah pihak  dalam industri kreatif, mengambil sikap sambil lewa dan tidak mengambil kira latar pendidikan serta kemahiran seseorang karyawan, sebaliknya menjadikan produk seni yang dihasilkan lebih berbentuk “setengah masak” atau tidak mencapai tahap kualiti yang diharapkan. Maka, banyaklah dapat dilihat filem-filem yang dianggap setaraf “mee segera”, drama-drama televisyen yang lebih berupa sketsa murahan atau teater bertahap persembahan sekolah rendah. 
   Kita juga dilambakkan dengan bahan-bahan bacaan yang “menghina” intelek atau tahap pemikiran satu bangsa yang bertamadun dan sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan. Demikian juga dengan produk muzik yang tidak ubah seperti dihasilkan daripada ensembel “bahan-bahan terbuang” dengan lirik lagu yang dengan “megahnya” mencemar bahasa serta budaya.
   Selain daripada seniman dalam bidang kreatif (pelakon, pengarah, pencipta lagu, penyanyi dan sebagainya) dan teknikal (jurugambar, jurufoto, jururakam audio, pereka cahaya, pereka set), karyawan daripada kalangan penulis turut memainkan peranan penting dalam “industri kreatif”. Hal ini adalah kerana merekalah yang menyediakan bahan mentah atau software yang diperlukan bagi menghasilkan produk kreatif yang benar-benar berkualiti tinggi.
   Mengambil sikap mudah dengan melantik sesiapa sahaja yang ada di sekitar untuk menulis skrip, teks, lirik atau seumpamanya hanya akan mewujudkan situasi yang “memalukan” dan menafikan harapan pelanggan serta bakal pengguna atau khalayak yang akan menikmati sesuatu produk berkenaan. Sedangkan kita sedar di luar sana terdapat karyawan (penulis) yang telah terdidik secara formal dan sistematis di institusi pengajian tinggi yang menghkusus kepada pendidikan seni, yang telah membuktikan bahawa mereka benar-benar berilmu, berkemahiran serta profesional.
Pengajian penulisan kreatif dan deskriptif bukan tidak pernah ditawarkan secara formal di institusi pengajian tinggi tempatan. Namun, apa-apa yang ditawarkan sebelum itu lebih berupa satu atau dua kursus umum, yang biasanya cenderung memberikan tumpuan terhadap aspek teori semata-mata.
    Di Universiti Sains Malaysia pada dekad 70-an misalnya, di bawah “program kesusasteraan” terdapat kursus “Penulisan Kreatif I dan II” untuk pelajar tahun akhir serta kursus “Penulisan Skrip Drama” di bawah “Program Seni Lakon”. Di universiti lain juga keadaannya hampir-hampir sama, kecuali apabila Universiti Malaya menubuhkan “Rancangan Penulisan Kreatif dan Deskriptif” (RPKD) pada tahun 1979. Bagaimanapun RPKD ditukar kepada “Rancangan Penulisan Kreatif” pada tahun 1988 dan menjadi “Jabatan Pengajian Media” pada tahun 1997, dan berlaku sedikit perubahan pada struktur kurikulum pengajiannya.
Melalui RPKD, kursus-kursus yang lebih menyeluruh ditawarkan dan kelihatan berjaya melahirkan sejumlah penulis kreatif dan deskriptif yang akhirnya membina diri sebagai penulis yang cemerlang. Antara mereka ialah A. Rahim Abdullah, Wan Omar Wan Ahamed (Sutung Umar RS), Rubaidin Siwar, Zainal Abidin Bakar, Siti Aisah Murad, Ilias Zaidi, Alias Muhammad, Osman Rasul dan A. Wahid Nasir (perlu dicatatkan, kesemua nama yang disenaraikan itu sudah pun mencipta nama sebagai penulis sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di RPKD).
Akademi Seni Kebangsaan (ASK, kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan – ASWARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian Warisan membuat pengambilan pertama pelajar pada tahun 1994, dengan menawarkan pengajian “Teater”, “Tari”, “Muzik” dan “Penulisan Kreatif” pada peringkat diploma. (“Pengajian Sinematografi” ditawarkan pada tahun 2002, kini dikenali sebagai “Jabatan Filem dan Video”). 
   Sesuai dengan matlamatnya untuk melahirkan karyawan seni yang “berilmu, berkemahiran dan profesional”, orientasi pengajaran atau pemelajaran di akademi ini adalah berdasarkan ratio 60% (amali) – 40% (teori). Pemberatan lebih kepada aspek amali dengan tujuan membentuk para pelajar menjadi seorang yang benar-benar mahir dalam bidang pengkhususannya, dan bakal lahir sebagai seorang pengamal yang kreatif serta ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Jun 2007. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com
rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan   

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:22:59 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.