Dewan Sastera Mei 2007

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Popularkan Kembali Fiksyen Sains

Surat Kepada Editor
Bermanfaatkah Sastera dalam PKLN?
Abd Razak@ Rezeki Othman

Sajak Tunas Cipta
Pengubat Kalbu
Noriza Saberi

Tanah
Zuraihana Mohamad Zinin

Selamat Datang Impian
Nazira Mohd. Noor

Setitik Tinta Berdarah
Mohd. Redzuan Razali

Kian dan Sekian
Salbiah Salleh

Izinkan!
Nooramillia Hussain

Mencari Mutiara di Tasik Hitam
Siti Nor Fadilah Mohd. Salleh

Malam
Mohd. Fadzil Yusof

Pengorbanan
Wirawati Abdul Samat

Wasiat Ayah 
Hasbullah Haji Mohamed

Dua Jalan 
Zabri Zainol Abidin 

Kemanusiaan di Tengah Pulau
Jafry Lalangi

Puisi Pilihan
Haji M.Z. Alias

Puisi Khas
Pergi Jauh Dariku
Baha Zain

Katil Besi Peti Kayu
Siti Zainon Ismail

 

Drama 
Sebuah Ta'ziah Karbala (Bahagian Keenam)
Faisal Tehrani

Cerpen Tunas Cipta 
Sepasang Kurung Biru
Emyliza Sharida Asari

Nyet
Norfatihah Hashim

Igau Milah di Pangkal Subuh Adibah Abdullah

Aku Mencintaimu
Siti Azizah Sahaji
 

Puisi Bulan Ini
Dangdut Kaca
Shapiai Muhammad Ramly

Bermain Ombak
Ismail Hashim

Sunyi
Nabil Abu Bakar

Sangkar 
Ismail Restu.

Permainan Hidup
A. Hamid Jemain

Warkah Buat Kekasih lll
Chai Loon Guan

Sementara
Abdul Razak @ Rezeki Othman

Bidari yang Berbaring Miring Roslan Jomel

Jika Tidak Kerana
Ehsan Jamily.

Cuma Tumpang Lalu 
Khadijah Hashim

Kupu-kupu dan Si Pencari Raymond Majumah

Al-Quran dan Hadis 
Khairun Nisak Ahmad

Syukur
Mukhtar Mustafa

Gerimis Hikmah 
Ghazali Din

Cerpen 
Pedang Damocles
Ahmad Patria Abdullah

Titian Angkasa
Arifin Siri

Sepuluh Sayap untuk Aceh
Saharil Hasrin Sanin

Aku Bukan Dayus!
Razali Endun

Cerpen
Titih Salam Punjangga Zaman 

Lim Swee Tin

Rama-rama Putih
Abd. Razak @ Rezeki Othman

 Pada Titik
 Hasyuda Abadi.

 

 

Monolog Kecil
Mencari Dialog yang Sihat
Baha Zain

Karyawan Bulan Ini
Kata Ayah, Kata Ibu dan DBP
Ahmad Patria Abdullah

Fokus
Wujudkah Fiksyen Sains di Malaysia?
S. M. Zakir

Fiksyen Sains Bagaikan Makhluk Asing 
Nisah Haji Haron

Sekitar Novel Fiksyen Sains Malaysia 
M. Fadli al-Akiti

50 Tahun Kemerdekaan Malaysia 
Sesudah Merdeka Karya Sastera Bukan Lagi Bentuk
Faisal Tehrani

Selingkar Bundaran Kata 
Sebuah Kenduri Buat Diktator
Muhammad Haji Salleh 

Sastera Antarabangsa
Ihsan Abdul Quddus: Penulis yang Penuh Kontroversi
Hafiq Imam Iman

Sorotan
PENA Gabungkan yang Baharu dan Lama 
Botty Rosyanti Ahmad

Puisi Warisan ASWARA Penyambung Tradisi Perpuisian
Shaari Shafie

Ulasan Buku
Setaman Pantun Kenangan

Amigo Possa

Pertemuan di Pinggir Jalan

Nasihat al-Muluk: Nasihat kepada Raja-raja (Karangan Imam al-Ghazali)

Analisis
Ironi: Tanda Fenomena dan Krisis Nilai
A.Rahim Abdullah

Antara Alam Nyata dengan Khayalan Menemukan Kebenaran
Muhd. Mansur Abdullah

Daripada Jabatan Sastera Transliterasi Manuskrip Melayu
Wahyunah Abd. Gani

Pabila Hujan Turun
Memetamorfosiskan Pemikiran 
Shanon Ahmad

Reaksi
Terpesona dengan Pemburu Mimpi
Sharuddin Ismail

 

DARIPADA EDITOR             

Popularkan Kembali Fiksyen Sains


Lumrahnya sains dan sastera umpama minyak dengan air tidak mungkin akan bersatu. Namun, dalam penulisan kreatif, fiksyen sains merupakan salah satu genre sastera. Fenomena ini telah memberikan ruang kepada mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan sains dan berkerjaya khusus dalam bidang sains tetapi meminati malah berbakat dalam penulisan kreatif menghasilkan karya kreatif mereka, baik dalam bidang prosa mahupun puisi. 
     Hal ini mewarnai sastera tanah air. Kebiasaannya apabila orang yang di luar bidang sastera menghasilkan karya kreatif, hasil karya mereka akan mempunyai kelainan dan keistimewaan yang tersendiri berbanding karya yang dihasilkan oleh penulis sastera tulen. Kebolehan menggarapkan ilmu lain misalnya bidang sains dalam penulisan kreatif akan memberikan kesan penyampaian yang lebih unik dan menarik.
    Banyak isu semasa yang berkait dengan fakta sains yang boleh digarapkan menjadi sebuah karya kreatif. Yang terkini ialah isu “pemanasan global”  memberikan ancaman pada ketamadunan dan kelangsungan kehidupan di muka bumi. Isu semasa ini berkait secara langsung dengan fakta sains. 
  “Pemanasan global”  yang membawa fenomena perubahan cuaca yang boleh menyebabkan pencairan salji dan bongkah air di kawasan pergunungan dan di kutub, sehingga menyebabkan paras air laut semakin meningkat merupakan bentuk bencana alam yang bakal dihadapi oleh zuriat kita pada masa akan datang. Hanya mereka yang berada dalam bidang ini sahaja yang memahami bagaimana fenomena ini berlaku dan dapat berasa kebimbangan kesannya kepada masyarakat jika gejala buruk alam ini berlaku.
   Bayangkanlah kalau kita dapat membaca cerpen atau novel yang membawa isu ini dalam bentuk fiksyen. Ancaman bagi sesebuah negara sekarang bukan sahaja terletak pada peperangan dan peluru berpandu, tetapi juga akibat bencana alam yang berpunca daripada ketidakprihatinan manusia. 
Menyedari betapa pentingnya kombinasi dua bidang ini, iaitu antara sains dengan sastera, Dewan Sastera keluaran Mei memfokuskan isu karya fiksyen sains. Lebih menarik lagi Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi sejarahnya, menjadi penerbit pertama yang mempopularkan sastera fiksyen sains. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, fiksyen sains senyap dan sunyi. Adakah fiksyen sains tidak digemari oleh masyarakat kita? Inilah antara persoalan yang cuba kami bawakan dalam Dewan Sastera Mei 2007.

              
Rozninah Abd. Azib

FOKUS 

Wujudkah Fiksyen Sains di Malaysia?
OLEH S. M. ZAKIR

Karya fiksyen sains atau cereka sains mungkin merupakan genre penulisan yang baharu di Malaysia.  Karya-karya awal fiksyen sains di Malaysia muncul pada hujung dekad 70-an di tangan penulis seperti Othman Puteh dan Nazel Hashim Mohamad.  
     Penulisan fiksyen sains ini berterusan pada dekad 80-an melalui karya-karya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara penulisnya ialah Ghazali Ngah Azia, Rubaidin Siwar, dan beberapa nama lagi.  Namun, fiksyen sains pada dekad 70-an dan 80-an sekadar boleh dikatakan karya-karya yang berunsur fiksyen sains, dan bukan karya fiksyen sains sepenuhnya. Penulisan karya fiksyen sains boleh dikatakan marak pada dekad 1990-an, di tangan penulis-penulis bimbingan DBP, terutamanya penulis muda yang terlibat dalam Minggu Penulis Remaja (MPR). 
    Di tangan penulis MPR seperti Ahmad Patria Abdullah, Hizairi Othman, Nisah Hj Haron, Uthaya Sankar, Sharkawi Che Din, Shazmee Rizal, Rosman Nordin, Saharil Hasrin Sanin, Shamsinor Zaman dan beberapa nama lagi, karya fiksyen sains mencapai puncaknya pada dekad 90-an. Pada dekad 90-an ini juga DBP menerbitkan buku sastera remaja secara besar-besaran. Secara langsung genre fiksyen sains mendapat perhatian dan membuka ruang kepada penulisan fiksyen sains berkembang. 
   Maka, lahir novel-novel fiksyen sains seperti Siri Saga Artakusiad oleh Ahmad Patria Abdullah, Pepejal Hijau oleh Mahmud Eddie, Serangan Mosqunion oleh Muhamad Jaafar Darwis, Kristal Dunia Aroza oleh Rosman Nordin, Misteri Parenza oleh Abg. Saifudin Abg. Bokari dan banyak lagi. 
   Tiga nama penting penulis fiksyen sains pada era 90-an ialah Ahmad Patria Abdullah, Hizairi Othman dan Nisah Hj Haron. Ahmad Patria membina identiti dan jalur cerita yang tersendiri dalam karya Siri Saga Artakusiadnya, bahkan Ahmad Patria merupakan penulis yang paling setia dengan genre fiksyen sains. Bakat Ahmad Patria dalam genre fiksyen sains ini ternyata amat mengagumkan. 
   Hizairi merupakan seorang penulis yang versatil, terlibat dalam pelbagai genre penulisan namun bakatnya dalam penulis fiksyen sains juga cukup terserlah. Karya fiksyen sains Hizairi ditulis sama ada dalam bentuk novel mahupun bentuk cerpen. 
 Sementara Nisah Hj Haron pula cukup sinonim dengan cerpen-cerpen fiksyen sains, dan mempunyai kebolehan yang amat baik dalam penulisan ini.
  Perkembangan fiksyen sains ini walau bagaimanapun mula menurun pada dekad akhir tahun 90-an, apabila penulis yang ada sebelum ini tidak lagi menulis ataupun berubah genre penulisannya sejajar dengan peningkatan usia.  Pada masa yang sama, golongan penulis generasi muda era awal abad ke-21 tidak berminat dengan genre fiksyen sains.  Faktor-faktor ini menyumbang kepada hilangnya lapangan penulisan fiksyen sains di Malaysia mutakhir ini.  
  Berbeza dari Barat, di Malaysia fiksyen sains dianggap bidang penulisan golongan remaja dan tidak ditangani secara serius.  Sementara di Barat, fiksyen sains merupakan genre yang ditangani secara serius dan profesional oleh penulis-penulis yang cukup tersohor tanpa terikat kepada batasan usia. Genre fiksyen sains di Barat bukan sahaja mempunyai khalayak yang cukup luas tetapi juga menerima pulangan yang paling menguntungkan.
    Fiksyen sains merupakan satu genre yang luas, selalunya berkaitan dengan masa hadapan atau ruang dunia imaginatif yang melibatkan spekulasi berdasarkan fakta sains semasa. Fiksyen sains dapat ditemui dalam novel, komik, seni tampak, televisyen, filem, teater dan media-media lain.  Fiksyen sains merupakan hasil kreativiti menggabungkan elemen imaginasi dan fakta yang tidak dapat ditemui dalam realiti semasa.  Hasil kreativiti ini juga termasuk kisah...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mei  2007. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com
rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan   

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:23:23 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.