Dewan Sastera April 2007

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Berhati-hati dengan Teori Intertekstualiti

Surat Kepada Editor
Tahun-tahun Sial Bermotifkan Ketakutan
Rejab F.I

Sajak Tunas Cipta
Anak Pungut
Maszlinda Mustaffa

Sinar Matanya
Norliza Saberi 

Tangan Ini 
Hada Shada

Pelabuhan Malam
Gulsarah Majeed

Bahtera Iman
Zulfadhli Sohok

Telaga Buruk
Abdul Rauf Baharuddin

Hawa 
Rizuan Kadir Abdullah

Azam Baharu
Nimoiz T.Y

Begitu Rintih Nadim 
Rizuan Harun

Puisi Pilihan

Nahmar Jamil

Puisi Khas
Reben Syahdu Merah Jambu
Faisal Tehrani

Persiapan Kenduri
Siti Zainon Ismail

Suara dari Tali Gantung
A. Aziz Deraman

 

Drama 
Sebuah Ta'ziah Karbala (Bahagian Kelima)
Faisal Tehrani

Cerpen Tunas Cipta 
Ingin Kudampingi Dirimu
Nik Nur Fariha Ainna Nik Suib

Roda Kehidupan
Normah Abdullah

Mencipta Berlian
Aidil Khalid

Tenggelam dalam Keredaan
Nabiha M. Mashut

Puisi Bulan Ini
Penanti Bayang
Marsli NO

Angin Musibah
Saadiah Hj. Ibrahim

Merpati Hatimu
Rahimidin Zahari

Apa dan Mengapa?
Arbak Othman.

Sedar 
M. Ashikin

Kepadamu, Melayu
Mohamed Latiff Mohamed

Anggur
Azmikadir

Akar Takwa 
Sabar Bohari

Kita Pun
Haji M.Z. Alias

Kehijauan Menyembur - Akar Daun Pepohon
Leo A.W.S.

Apalagi
Salleh Yaacob

Janji Teja
Wan Ahmad Ismail

Tongkat 
Mohd. Kasim Mahmud

Ilusi Rindu
Adi Muara

Maut 
Jusoh Ahmad

Selisih dan Kelahi
Nazim Mohd. Subari

Si Penculik Mutiara Itu 
Jair Sulai 

Cerpen 
Hilangnya Saintis Ahli Akademik
A. Ghani Abdullah

Panah Bumi Satria Kencana
Siti Zainon Ismail

Nama Saya Epal Kuning
Roslan Jomel

Tiba-tiba Ada Mawar dalam Jiwa
Mawar Shafei

Cerpen
Titih Salam Punjangga Zaman 

Lim Swee Tin

Rama-rama Putih
Abd. Razak @ Rezeki Othman

 Pada Titik
 Hasyuda Abadi.

 

 

Monolog Kecil
Pencen Sampai Selepas Mati
Baha Zain

Karyawan Bulan Ini
Nahmar Jamil: Roh Islam di Hujung Jarinya
A. Rahim Abdullah 

Sorotan
Kemunculan Semula di Pentas PENA 
Rohaya Mohd.Yusof

GAPENA di Universiti Walailak, Nakhornsi Thammarat: Menyemarakkan Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan
Lim Swee Tin

Ulasan Buku
Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi

A. Samad Said dalam Esei dan Kritikan

Kritikan Sastera Melayu Moden

Sangeetha

Fokus
Interstualiti Menghidupkan Kembali Teks Tradisional
Mawar Shafei

Interstualiti Menciplak?
Faisal Tehrani

Analisis
Cerpen Tetap Memisis dan Didaktik
Siti Aisah Murad

Nilai Sebagai Idea dalam Puisi
Arbak Othman

Selingkar Bundaran Kata 
Wajah Sastera Malaysia dalam Bahasa "Orang Putih"
Muhammad Haji Salleh 

50 Tahun Kemerdekaan Malaysia 
Assalamualaikum dan Salam Muhibah
Siti Aisah Murad

Pabila Hujan Turun
Memetamorfosiskan Sasterawan 
Shanon Ahmad

Sastera Antarabangsa
Badr Shakir al-Sayyab: Penyair Kota Basrah
Zarimah Mohd. Zakaria

Daripada Jabatan Sastera Ungkapan Melayu Imej Genius Orang Melayu 
Saifullizan Yahaya

 

DARIPADA EDITOR

             
Berhati-hati dengan Teori Intertekstualiti

ADA pelbagai teori sastera yang boleh diterapkan dalam penulisan kreatif, dan hal inilah yang membezakan karya kreatif popular daripada karya sastera serius atau karya sastera tinggi. 
    Adakah penerapan teori sastera dalam penulisan kreatif dilakukan dalam perancangan yang sistematik oleh penulis atau kewujudannya hanya baru disedari oleh penulis setelah karya tersebut dinilai dan dianalisis oleh pengkaji dengan pelbagai pendekatan berdasarkan kepakaran mereka yang tersendiri? Inilah dua persoalan yang sering didebatkan dan akhirnya dapat dirumuskan bahawa kedua-dua situasi ini boleh sahaja berlaku.
 Antara teori sastera yang amat disenangi oleh penulis untuk diaplikasikan secara terancang termasuklah teori intertekstualiti. Idea awal teori ini sebenarnya telah muncul pada tahun 1960-an dan 1970-an, apabila Julia Kristeva membahaskan  dan menjelaskan teori ini berdasarkan teori dialogisme yang diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin. 
   Maka, teori ini terbit hasil daripada pengubahsuaian pemikiran Bakhtin.  Teori ini menjelaskan bahawa tiada karya yang berdiri sendiri. Setiap karya memperlihatkan hubungan antara teks dengan teks yang lain. Sesebuah teks yang terbina hasil perhubungan dan pergantungan dengan teks-teks sebelumnya, mempunyai fungsi dan peranan yang penting bagi menaiktarafkan sesebuah karya dalam menyampaikan hasrat sebenar penulis sebagai menggantikan unsur parodi atau satira. 
  Menurut Kristeva, sewaktu pengarang menulis, pengarang akan mengambil atau meminjam atau mentransformasikan teks yang lain sebagai bahan dan dasar untuk dimasukkan ke dalam karya. Semuanya itu disusun dan diberi warna mengikut kesesuaian dan jika perlu mungkin ada penambahan supaya menjadi sebuah karya yang bernilai. (Teori Sastera Kontemporari, Mana Sikana, 2006:106).
   Dengan hal demikian, bagi mengaplikasikan teori ini, pengarang perlu banyak membaca dan membuat penyelidikan, di samping mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikannya. Hal ini penting bagi mengelakkan kemunculan teks-teks lain dalam karya tidak tinggal sebagai tempelan semata-mata hingga menyebabkan teks itu terpisah-pisah serta tidak terserap dan mesra bersama teks yang dihasilkan oleh pengarang. Walau bagaimanapun, kecenderungan menggunakan kaedah ini janganlah akhirnya menjerat diri pengarang ke dalam kancah penciplakan atau plagiarisme jika pengarang tidak berhati-hati.        

Rozninah Abd. Azib

FOKUS 

Intertekstualiti Menciplak?
OLEH FAISAL TEHRANI


Intekstualiti telah mengalami pertumbuhan yang pesat sejak mula-mula diperkenalkan.  Pemahaman awal tentang intertekstualiti merupakan satu usaha membentuk makna teks dengan teks yang lain, dan telah mengalami perubahan yang pesat terhadap teks tersebut. Secara asasnya memang intertekstualiti merujuk kepada peminjaman yang dilakukan oleh pengarang, penggubahan teks asal, atau ia juga sering disebut sebagai tindakan pembaca yang menghubungkan teks tersebut dengan teks yang lain, namun pandangan-pandangan tersebut mulai dicabar. 
    Sejak diperkenalkan oleh tokoh post-struktulis iaitu Julia Kristeva dalam tahun 1966, intertekstualiti telah digunakan dengan penuh gaya oleh pengarang-pengarang besar dunia, malahan melangkaui sempadan, menjangkaui genre dan melampaui, Philosophy and Literature, jilid 28, Nombor 2, Oktober 2004, halaman 227-242 menegaskan betapa intertekstualiti telah tidak lagi setia kepada Kristeva tetapi kini menjadi satu gaya yang bertenaga dalam membicarakan persoalan melibatkan bayangan dan sindiran atau pengaruh. 
   Pemahaman terhadap pendekatan ini juga telah mengalami perubahan --ia tidak lagi semata-mata “tentang pengarang yang meminjam” tetapi juga “tentang pembaca yang dapat atau berjaya menghubungkan”. Intertekstualiti bahkan telah menjadi satu jaringan yang kompleks -- karya sastera akan berseliratan saling berhubungan khususnya dengan karya-karya yang telah sedia mantap. 
  Linda Hutcheon menyinggung hal yang sama tetapi mengupas lebih jauh, dalam A Theory of Parody: The Teachings of Twentieth-Century Art Forms apabila beliau membayangkan betapa intertekstualiti hanya mampu dikesani oleh jauhari yang akan dapat mengenal manikam.  Menurut beliau intertekstualiti boleh sahaja berlaku kini tanpa kesengajaan daripada pengarang, sebaliknya bergantung pada pengamatan khalayak.  Kesengajaan pengarang meniru teks dan merobahnya untuk tujuan tertentu, (selalunya untuk mengkritik subjek pilihan) pada beliau, ialah parodi.
    Namun begitu, acap kali pelaku intertekstualiti akan mengalami ancaman perangkap plagiarisme. Kes ini misalnya menimpa penyair Sepanyol Lucía Etxebarría, yang himpunan puisinya Estación de infierno (2001) mengandungi metafora dan petikan daripada naskhah Antonio Colinas.  Etxebarría mengaku memuja Colinas dan melakukan intertekstualiti secara sedar.  Satu tanggapan umum dalam menentukan plagiarisme dan interteks telah diputuskan, yang mana teks baharu yang meminjam dari teks lebih awal dan telah dikenal bermutu diperakukan sebagai intertekstualiti.
   Di Barat, amalan intertekstualiti membantu untuk saling menguatkan teks yang ada. Teks-teks yang terpilih akan “menjadi lebih besar” dengan peminjaman dan gubahan semula pengarang terkemudian.  Contoh ini terlihat pada karya John Steinback, East of Eden (1952) yang sebetulnya merupakan penceritaan semula Genesis, hanya kini latarnya ialah lembah Salinas Valley utara California. Ambil pula karya agung James Joyce, Ulysses (1914) yang merupakan penceritaan semula Odyssey karya Homer, cuma kali ini setnya ialah Dublin. Paling baru novel The Dead Fathers Club (2006) oleh Matt Haig -- terang-terang pengisahan semula Hamlet karya Shakespeare, kali ini ia bertempat di England waktu moden. 
  Sejak serius dalam dunia penulisan dan cuba menguasai segala gagasan dan pendekatan kesusasteraan, saya telah secara sedar menggunakan intertekstualiti sebagai satu alat penulisan kreatif yang ampuh.  Soalnya bukan lagi terpengaruh atau mengagumi teks asal tetapi kadang-kala saya melakukannya dengan sengaja untuk meminjam kekuatan teks asal, atau memberikan nilai tambah kepada karya saya dengan menyandarkan ia kepada teks sebelum yang telah dikenal pembaca.
  Hal ini misalnya saya lakukan dengan sengaja dalam novel 1511H Kombat yang memenangi Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil 2003. Babak pertempuran antara tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat mendepani tentera gabungan futuwwah pemuda Islam sedunia di Lembah Muhassir, Mekah dalam tahun 1511 hijrah atau 2087 Masihi merupakan ulangan peristiwa yang sama, berlaku di tempat yang sama pada tahun 571 Masihi -- tempat Allah mengirim bala tenteranya dari langit, burung-burung Ababil menggugurkan batu-batu berapi membawa penyakit.  Tentera bergajah Abrahah yang berhasrat untuk menakluki kota Mekah dan memusnahkan Kaabah diaibkan dan dimusnahkan.
  Kekuatan al-Quran, sebagai firman Allah dari langit, sebagai satu himpunan cerita, hukum, pengajaran dan mukjizat sepanjang zaman adalah kekuatan yang dapat saya sandarkan untuk memperkasa teks novel ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera April 2007. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com
rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan   


Kemaskini pada 2017-03-16 16:23:49 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.