Dewan Sastera Februari 2007

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Karya Serius yang Popular

Surat Kepada Editor
Penulis Jangan Mudah Putus Asa dan Prejudis 
Aladin Ahmad

Sajak Tunas Cipta
Nadi Pesona Syurga
Firdhaus Hassan

Gugurnya Sedar 
Alfian Ridzuan

Sejadah Hitam 
Sharifah Maszmira Syed Amiruddin

Ibu Tunggal
Muhammad Zahidi bin Mat Ali

Laut Suci 
Rozlan Mohamed Noor

Sebuah Kematian 
Zamzuna

Ingatanku kepada-Nya 
Syahidatul Munirah  Badrul Munir

Gadis Kecil Tepi Lorong Hishamuddin Alias

Mewarisi Tradisi
Zulfazlan Jumrah

Anak Penjual Tikar dan Manusia Sekitar
Hani Hamsyari 

Rakaman Duka Penulis Jalanan 
H. Fansuri

 

Puisi Pilihan 
Malim Ghozaki PK

Drama 
Sebuah Ta'ziah Karbala (Bahagian Ketiga)
Faisal Tehrani

Cerpen 
Seribu dan Satu Jalan ke Laluan Sutera
Zaleha Ahmat

Durian, Dewan dan Darwin Siti Jasmina Ibrahim

Bagin
Maskiah Haji Masrom

Balada Tanah Terluka 
Malim Ghozali PK

 Puisi Bulan Ini
Rumput 
Ammi Manja

Carilah Alif
Siti Zaleha M. Hashim

Pulang ke Dalam Diri
Wan Marzuki Wan Ramli

Kita Jadi Merak
Jamaludin D.

Sarangnya Terbakar 
Hilmi Rindu

Kekasih yang Hilang
Ali Jusoh

Sedikit tentang Budi
Zahari Hasib

Anugerah
Hasan Baseri Budiman

Berikan Aku Mimpi Inda
M. Ashikin

Penjual Payung
Wadi Leta S.A.

Di Tangan Anak Muda
Shapiai Mohd. Ramly

Aku Mahu
Aida Ahmad

Rasa Hati
Rahimah Haji A. Hamid

Kita dan Mereka
Ahmad Sarju

Merawat Cinta di Kaki Kaabah
Shamsudin Othman

Seseorang yang Datang di Perkuburan Kami 
Jasni Matlani

Seruan Sang Hujan
Mabulmaddin Shaidin

Cerpen Tunas Cipta
Begitu Takdirnya
Norazimah Hj. Zakaria

Kijang Jati Kijang Kencana Mohd Hadafihassiz b. W.Hassan

Mencari Ina
Balaja Anak Anyai

Kisah Orang Tua dan Lelaki Muda
Shazmira Shahuddin

Khairunnisa
Nadiah Zaini

Cerpen
Titih Salam Punjangga Zaman 

Lim Swee Tin

Rama-rama Putih
Abd. Razak @ Rezeki Othman

 Pada Titik
 Hasyuda Abadi.

Bahasa Si Bisu
Nor Jamilah

 

 

Monolog Kecil
Rumi dan Alam Maya 
Baha Zain

Karyawan Bulan Ini 
Mencatat Kesan Mengimbau
Malim Ghozali PK

 Nyanyian Sunyi Seorang Malim Ghozali PK: Pengembaraan Diri dari Sastera kepada Dunia Fizik
Mohamad Daud Mohamad


Ulasan Buku
Sastera Melayu dan Sastera Amerika Latin: Kajian Perbandingan

Shaharom Husain Sasterawan Sejarah

Zaman Baru

Maya

Reaksi
Suara Hati Remaja yang Dimomokkan dengan Karya Popular
Ummu Hani Abu Hassan

Sastera Ringan: Antara Kualitatif dengan Kuantitatif
Muhammad Lutfi Ishak

Fokus 
Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Interlektualisme 
Mohamad Mokhtar Hassan.

Cabaran Novel Popular dalam Arus Sastera Perdana
Zalila Sharif

Novel Popular dan Pembangunan Minda
Irwan Abu Bakar

Analisis
Bacaan Kognitif dan Etnik
Mana Sikana

Anjakan Makna daripada Objek kepada Abstraksi
Rahman Shaari

Pabila Hujan Turun
Apa Orang Kata
Shanon Ahmad

Sastera Antarabangsa
Kalki - Perintis Sastera Moden Tamil
Uthaya Sankar SB

Tahereh Saffarzadeh: Penyair Moden Iran Berjiwa Revolusioner 
Bukhari Lubis

Sorotan
Daripada Rasa Luka Anak Petani
Jaysun

Pelancaran Cetakan Kedua Legasi di Indonesia
Ismas Saring

Daripada Jabatan Sastera Mencari Mutiara Kata: Kajian Teks yang Menarik
Siti Aisah Murad

Selingkar Bundaran Kata 
Di Tengah Salju Anatolia Orhan Pamuk sebagai Pengarang
Muhammad Haji Salleh

 

DARIPADA EDITOR
 

Karya Serius yang Popular


Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan “Bengkel Kajian Novel Popular di Malaysia”, pada 14 – 15 Disember 2006 yang lalu, banyak pihak yang tertanya-tanya - apakah pendirian DBP terhadap kedudukan novel popular di Malaysia. Banyak pihak yang keliru dengan menganggap DBP seolah-olah memberikan nafas yang “nyaman” terhadap kelangsungan hidup penulis karya-karya popular. Ekoran daripada bengkel itu, ada suara-suara yang mencadangkan agar dalam Hadiah Sastera Perdana perlu diadakan satu nilaian kategori, khusus bagi karya popular.
    Dapatan daripada hampir semua kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel tersebut juga membayangkan sesuatu yang positif, iaitu lambakan karya popular. Tidak ada satu pun daripada kertas kerja tersebut yang secara terang-terang menolak mentah-mentah kehadiran karya popular dalam persada sastera tanah air. 
   Sebaliknya, mereka memperakui mutu karya popular dan menganggap kehadiran karya popular sebagai pemangkin kepada kelangsungan hidup karya sastera tinggi. Lantaran kebanyakan sarjana sastera berpendapat dan berharap agar tindakan mereka berjinak-jinak dengan karya sastera popular akan menjadi jambatan kepada permulaan menanam minat membaca dan akhirnya mereka akan beralih pula ke arah sastera serius atau sastera tinggi. 
    Berakhirnya bengkel tersebut, beberapa rumusan telah dikemukakan, antaranya tentang kekeliruan dan kecelaruan definisi “karya popular” itu sendiri. Apabila Pemburu Mimpi, karya Saleha Hussin, diterbitkan oleh DBP, naskhah ini mendapat sambutan di luar jangkaan. Dalam masa tiga bulan sahaja, novel ini terpaksa diulang cetak. Banyak beranggapan bahawa novel ini mendapat sambutan hebat kerana konsep novel popularnya. Namun demikian, penulis novel tersebut menafikan bahawa karyanya itu berkonsepkan novel popular. Persoalannya, benarkah Pemburu Mimpi sebuah novel popular atau “novel serius yang popular”? 
  Membaca Pemburu Mimpi, tidak ada bezanya seperti membaca Salina kerana pengarangnya berjaya memerikan dan memperincikan watak, latar tempat, latar masa, sesuai dengan zaman dan persoalan kemanusiaan sejagat yang mempunyai unsur dramatik yang memberikan kesan mendalam kepada pembaca. Sebenarnya, inilah yang diharapkan oleh pembaca, bukannya karya yang sukar difahami. Sebaliknya, sebuah karya yang memberikan pengalaman kepada pembaca dan ada nilai katarsisnya. Tegasnya, DBP harus meneruskan usahanya untuk menerbitkan “karya serius yang popular”.      

        
 Rozninah Abd. Azib

FOKUS  
 

NOVEL POPULAR:   ANTARA KOMERSIALISME DENGAN    INTELEKTUALISME
OLEH MOHD. MOKHTAR HASSAN

Pada tahun 2004, saya bersama-sama Profesor Madya Dr. Hamedi Mohd. Adnan, pensyarah dari Jabatan Media, Universiti Malaya telah menjalankan satu kajian bertajuk “Sambutan Khalayak terhadap Novel Melayu di Malaysia”.  Kajian yang dibiayai sepenuhnya oleh Universiti Malaya itu berdasarkan sejumlah 4422 orang responden dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dari pelbagai peringkat umur dan taraf pendidikan dan pekerjaan.  
   Daripada seramai 4422 responden itu, penulis novel yang paling diminati ialah Ahadiat Akashah dengan jumlah responden seramai 1319 orang atau 14.4 peratus.  Ini diikuti dengan penulis Norhayati Berahim sejumlah 1276 responden atau 14.0 peratus.  Penulis berikutnya yang dikategorikan sebagai paling diminati ialah A. Samad Said, iaitu 923 responden atau 10.1 peratus.
   Daripada kajian yang telah dilakukan ini ternyata Ahadiat Akashah merupakan penulis yang amat diminati oleh khalayak pembaca.  Di samping itu Malaysia Book of Records, pada 31 Mei 2001 mengiktiraf Ahadiat Akashah sebagai penulis novel terbanyak dengan jumlah 55 buah.  Ternyata kehebatan dan keluarbiasaan Ahadiat dalam arena penulisan novel tanah air tidak dapat diragukan lagi.  Namun begitu, persoalannya adakah novel-novel yang dihasilkannya lebih mementingkan komersialisme atau intelektualisme?  Dalam persoalan ini, saya cuba membincangkan novel yang dihasilkan oleh Ahadiat bertajuk Legenda Budak Setan (Roket Kertas Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2005). 
   Merujuk Kamus Dewan (2005: 808), komersialisme bermaksud sikap, prinsip atau amalan yang lebih menekankan soal keuntungan.  Manakala, intelektualisme juga berdasarkan Kamus Dewan (2005: 583) bermaksud pengabdian kepada penggunaan intelek atau daya berfikir.  Berdasarkan definisi kedua-dua perkataan itu jelas bahawa di satu pihak menekankan keuntungan manakala di satu pihak yang lain menekankan penggunaan intelek atau daya berfikir.  Dalam hal ini persoalan yang timbul, adakah novel Legenda Budak Setan dihasilkan lebih menekankan keuntungan atau lebih menekankan penggunaan intelek atau daya berfikir para pembaca?
    Dalam penyelidikan yang kami lakukan pada tahun 2004 itu, berdasarkan 4422 responden yang telah mengembalikan borang soal selidik 3408 merupakan responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 16-21 tahun, iaitu 77.1 peratus.  Seterusnya diikuti dengan 641 responden atau 14.5 peratus yang terdiri daripada kalangan umur 22 – 30 tahun.  Selanjutnya 231 responden atau 5.2 peratus terdiri daripada kalangan umur 31 – 40 tahun.  Seterusnya 116 responden atau 2.6 peratus terdiri daripada kalangan 41 – 50 tahun.  Terakhir ialah sejumlah 24 responden atau 0.5 peratus yang terdiri daripada kalangan 51 tahun ke atas, seperti mana yang dapat diperhatikan dalam ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Februari 2007. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com
rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan   

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:24:44 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.