Dewan Sastera Januari 2007

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Tahun Baharu Harapan Baharu

Surat Kepada Editor
Pandangan Ketua Satu PUSPA tentang Senario Sastera Kini
Abham T.R.

Sajak Tunas Cipta
Nadi Pesona Syurga
Firdhaus Hassan

Gugurnya Sedar 
Alfian Ridzuan

Sejadah Hitam 
Sharifah Maszmira Syed Amiruddin

Ibu Tunggal
Muhammad Zahidi bin Mat Ali

Laut Suci 
Rozlan Mohamed Noor

Sebuah Kematian 
Zamzuna

Ingatanku kepada-Nya 
Syahidatul Munirah  Badrul Munir

Gadis Kecil Tepi Lorong Hishamuddin Alias

Mewarisi Tradisi
Zulfazlan Jumrah

Anak Penjual Tikar dan Manusia Sekitar
Hani Hamsyari 

Rakaman Duka Penulis Jalanan 
H. Fansuri

 

Puisi Khas

Titih Salam Punjangga Zaman 
Lim Swee Tin

Puisi Bulan Ini  
Diari yang Tercalar 
Razali Mohd. Yusof

Di Tepi Jendela Waktu Sebelum Berpisah
Abdul Hadi Yusoff

Bapa ll
 Ezzar Akmal

Senja 
 Haji M.Z. Alias

Yang Lebih Tahu
 Nahmar Jamil

Senja yang Datang 
 Aziz Saudagar

Aku Penenun Waktu 
 Solihin Osman

Seorang Penyair Sepi 
 Sahmad Malaya

Sempat Waktu
 Jaysun

Embun Darah di Bumi Syahid
 Ismas Saring

Menjadi Terbaik
 Ria Asmira

Yang Baik Itu Sederhana
 Ehsan Jamily

Ribut di Ladang Sukma
 Mohd. Kasim Mahmud

Burung yang Terbang Tinggi 
 Mahad A. Bakar

Drama 
Sebuah Ta'ziah Karbala (Bahagian Kedua)
Faisal Tehrani

Puisi Pilihan 
Jaafar Hasny
 

Cerpen 
Kriemhilde dari Nibelunge
S.M. Zakir

Naratif Homo Sapiens daripada Nur Sekeping Hati
Jais Sahok

Loceng Angin dari Jogja
Maskiah Haji Masrom

Engsera 
Jong Chian Lai

Cerpen Tunas Cipta
Menjaring Bulan Putih
Rafidah Ghani

Genta Perjuangan
Mohd Zamri Hj Abdul Hamid

Sebuku Roti Secawan Kopi
Mohammad Faizal Jamil

Mawar di Perkuburan
Sarah Syahira Shahruddin

Ekspresi dari San Francisco Rizuan Kadir Abdullah

Cerpen
Titih Salam Punjangga Zaman 
Lim Swee Tin
 

Rama-rama Putih
Abd. Razak @ Rezeki Othman

 Pada Titik
 Hasyuda Abadi.

Bahasa Si Bisu
Nor Jamilah Mohd. Nor

Embun Pagi 
Musalmah Mesra

Nafas dan Jasad
Shaari

 

 

Monolog Kecil
Tahun-tahun Sial
Baha Zain

Ulasan Buku
Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh
Khalayak Sejagat
Saujana Alamiah
...Demi Zaitun

Analisis
Kasih Sayang dan Pengorbanan 
Mohamad Mokhtar Abu Hassan

Rasa Percaya Mewarnai Nilai Kreativiti dalam Puisi 
Arbak Othman 

Fokus 
Mengepung Kesabaran dalam Dunia Sastera
Jong Chian Lai.

Anugerah S.E.A Write Masih Gah
Lim Swee Tin

Jong Chian Lai dari Segi Pengkaryaan 
Zalila Sharif

Pabila Hujan Turun
Agon
Shahnon Ahmad

Sastera Antarabangsa
Yusuf al-'Azm Penyair al-Quds
Zarima Mohd. Zakaria

Daripada Jabatan Sastera
Kajian Novel Periode Awal
Mohd. Jusoh Majid

Bicara Karya 
Naban Marzuki Ali dalam Tinjauan Semiotik
Mohd. Shahidan

 

DARIPADA EDITOR
 

Tahun Baharu Harapan Baharu

Tirai Tahun 2006 Dewan Bahasa dan Pustaka, (DBP) dilabuhkan dengan serangkai kenangan, yang melibatkan program dan kegiatan bahasa dan sastera, dalam pelbagai peringkat, setempat dan antarabangsa. 
   Antara kegiatan besar yang terakhir yang dianjurkan oleh DBP, ialah “Debat 100 Jam Tanpa Henti”, yang diadakan pada 19 hingga 23 Disember 2006, dengan kerja sama Universiti Teknologi Mara, (UiTM). 
    Debat yang disertai oleh lebih 40 pasukan  yang terdiri daripada graduan universiti dan guru-guru maktab perguruan ini mencipta Guinnes Book of Records dan The Malaysia Book of Records. Demikianlah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa dan sastera, tidak pernah ada titiknya.
   Kini, ambang 2007 mula memancarkan sinar, bersama-sama harapan baharu, azam baharu dan cita-cita baharu untuk melihat bahasa dan sastera Melayu terus bernafas dan bertenaga. Menjelang 2007 ini, Dewan Sastera juga menghidangkan sesuatu yang baharu untuk peminatnya. Segala perubahan ini, tidak lain tidak bukan, bagi melihat kesusasteraan Melayu terus diminati dan dikenali oleh khalayak, seawal usianya sebagai penulis.
    Dewan Sastera, keluaran Januari 2007, menambahkan 32 halamannya, khusus untuk penulis muda, dengan menyerapkan ruangan kreatif majalah Tunas Cipta yang ditamatkan penerbitannya. Usaha ini diharapkan dapat mendekatkan penulis muda dengan karya penulis mapan yang dimuatkan dalam Dewan Sastera. Dengan memiliki Dewan Sastera, penulis muda dapat kepuasan menatap karya sendiri dan dalam masa yang sama, mula berjinak-jinak dengan karya-karya yang tersiar dan berkenalan dengan tokoh sastera yang diasarkan oleh Dewan Sastera saban bulan. 
   Misalnya, untuk keluaran  Januari, Dewan Sastera memfokuskan Jong Chian Lai, sebagai penerima Anugerah S.E.A. Write. Banyak yang boleh timba daripada pengalaman beliau dalam menempa nama sebagai penulis hingga ke tahapnya sekarang yang boleh dijadikan iktibar. Itulah antara harapan kami, dan perubahan ini dilakukan untuk kebaikan bersama. Dalam jangka masa panjang, menyediakan penulis dan pembaca pelapis, yang akan menentukan satu-satunya majalah sastera di tanah air ini terus hidup.

 “Selamat Menyambut Tahun Baharu 2007 dan Awal Muharam 1428”           


 Rozninah Abd. Azib

 

 

FOKUS  
 

Jong Chian Lai: Menonjolkan Suara Subaltern
Oleh Jeniri Amir 

Jong Chian Lai, Pemenang anugerah Penulisan Asia Tenggara atau S.E.A. Write Awards 2006, sekali lagi membuktikan bahawa anugerah berprestij itu tidak mengira batas kaum dan negeri. Kecemerlangan, ketekunan, dan bakat unggul tetap menjadi perhitungan utama dalam menentukan kemenangan. Jong merupakan penulis pertama dari Sarawak yang dipilih untuk memenanginya, sejak diperkenalkan anugerah itu, pada tahun1979. Pengorbanan dan perjuangan Jong dalam bidang sastera dan penulisan  telah diiktiraf di peringkat serantau.
    Meskipun turut menghasilkan puisi, drama, cerpen dan esei, penulis dari Bumi Kenyalang ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam genre novel. Jong  telah melahirkan novel Pindah,  Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga, Buaya Putih Buaya Kudung, Pemberontakan, dan Meredah Ombak Keributan.  Bakal menyusul ialah novel Lakei Rimba dan Ensera Marga Timur dari St Anthony, yang masing-masingnya memenangi hadiah utama pada tahun 2002 dan 2003 dalam sayembara penulisan, anjuran DBP Cawangan Sarawak. 
     Namanya melonjak selepas memenangi hadiah utama Esso-Gapena 1 (1993) melalui karya monumentalnya, Pemberontakan yang kini termasuk dalam senarai novel penting tanah air yang dihasilkan pada abad ke-20.
    Jong juga telah melahirkan lebih daripada 100 buah  cerpen,  memenangi pelbagai sayembara seperti Hadiah Sastera Malaysia, Hadiah Esso-Gapena, Hadiah DBP Malayan-Banking, Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak, dan Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak.  Jong sekurang-kurangnya telah meraih 15 kejayaan dalam pelbagai hadiah dan sayembara. Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau ialah penulis Sarawak yang paling banyak menerima hadiah setakat ini, termasuk kategori yang dibuka khusus untuk penyertaan penulis bukan Melayu.  
   Sesudah meraih Hadiah Sastera Malaysia dalam genre cerpen sebanyak tiga kali berturut-turut, pada pertengahan dekad 80-an, melalui cerpen “Tanah Bukit” (Dewan Masyarakat, Disember, 1984), “Siapa Pembunuh Anakku” (Berita Minggu, 12 Oktober, 1986), dan “Pemberontakan” (Dewan Sastera, Mei, 1989), Jong benar-benar mendapat perhatian. Kehebatannya semakin terserlah apabila, Jong memenangi Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak, hampir tiap-tiap tahun, sejak hadiah itu diwujudkan. Hal ini membuktikan kehebatannya dalam genre berkenaan, yang belum dapat disaingi oleh penulis lain di negeri ini.
    Pada 1984, Jong meraih hadiah sagu hati Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA V melalui cerpen “Penambang”.  Beliau memenangi hadiah sagu hati Hadiah Cerpen Maybank-DBP II (1989), melalui karyanya “Dunia Orang Tua” dan hadiah pertama kategori A, Hadiah Cerpen Maybank-DBP III (1990) melalui “Antara Ombak Keributan”, yang terbuka kepada penulis Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu.  Seterusnya beliau memperoleh hadiah pertama menerusi cerpen “Rabat” (Mingguan Malaysia, 29 Oktober 1991) bagi hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1991.  Beliau juga memenangi hadiah utama melalui cerpen “Meroboh Tembok” dalam Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1993, selain memperoleh hadiah sagu hati dalam hadiah yang sama, pada 1995 melalui cerpen “Menziarahi Dunia Sebayan”.  
    Di peringkat negeri Sarawak, Jong ialah penerima Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak, yang pertama bagi genre novel pada 1994,  manakala pada 1996 pula, beliau telah memenangi hadiah yang sama bagi genre cerpen. Kemenangan dalam kedua-dua genre itu memperkukuh ketokohan dan memantapkan kedudukannya dalam dunia sastera di Sarawak. Sebab, pemenang dipilih berdasarkan pencapaian dari segi persoalan, pemikiran, teknik, dan gaya bahasa karya yang dihasilkan. Sesungguhnya, Jong ialah penulis novel paling prolifik di Sarawak, yang sehingga kini sukar digugat oleh novelis lain, terutama dari segi persoalan dan mutu karya. Jika beliau terus aktif dan tekun berkarya, Jong ialah calon terbaik untuk dinobatkan sebagai ... 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Januari 2007. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:25:19 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.