Dewan Sastera Disember 2008

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Pengiktirafan untuk Ahli Filologi Melayu
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Kemenangan di Sebalik Tabir
Ihsan Noorzali

 Maori daripada Kepulauan Melayu
Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah

Tanah yang satu ini
A.Hamid Jemain

Pagi yang Mendera
Rosani Hiplee

Halimunan
Rasiah Halil

Pabila Sampai Waktunya
Osman Dol

 

Sajak Khas
Dang Lela Nidahari
Siti Zainon Ismail

Drama
No.8 Jalan Ampas
Mahizan Husain

Cerpen
Melunas Hasrat
Osman Ayob

Apakah yang Kaucari, Muslimah?
Siti Hajar Mohd. Zaki

Hijab
Kamariah Haji Kamruddin 

Puisi Bulan Ini
Melihat ke Dalam Diri
Idros Samsudin.

Hidup Ini
Nurul Husna Md. Mukhtar

Pohon Berembang dan Sebatang Anak Sungai
Hilmi Rindu

Gelap
Haji M.Z. Alias.

Madah Insani
Nazirah Mohd. Noor

Kota Bernama Berkat
Siti Zaleha M. Hashim

Tanah Waliullah Darul Naim
Nassury Ibrahim.

Suara dari Hati yang Gerhana
Ihsan Noorzali

Malam yang Baru
Mohamad Ghani Abdullah

Khabaran dari Sepi Malam
Suria Janib

Andainya
Jaafar Hasny.

Catan
Hada Shada

Mampukah Engkau
Shazmee Rizal Agus Salim

 

Monolog Kecil
Mengenal Kembali Wajah
Baha Zain

Ulasan Buku
An Anthology of Contemporary Malaysia Literature

Bingkai Waktu

Ada dalam Tiada

Diari Bangsa

Fokus
 Siti Hawa Salleh Tokoh Penyelidikan Kesusasteraan Melayu Tradisional Nusantara
Zalila Sharif

Anak Kedah di Persada Dunia
Siti Hawa Haji Salleh

Tokoh Lubuk Akal Lautan Budi
Rosli Saludin

Kesusasteraan Melayu Tradisional dalam Teori Sastera Moden
Siti Hawa Haji Salleh

Analisis Puisi
Mencari Kebijaksanaan Kreatif Seorang Penyajak
Lim Swee Tin

Analisis Cerpen
Nada Tegar dan Melankolik
Siti Aisah Murad

Sastera Antarabangsa
Walid al-A'zami Penyair dan Mujahid Islam
Zarima Mohd. Zakaria

Daripada Jabatan Sastera
Bengkel Penulisan Musim Panas Melahirkan Karyawan Bermutu
Zahani Che Ismail

Pabila Hujan Turun
Sejauh yang Boleh Pergi
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Sastera Tradisional
Menjenguk Dunia Penghikayat Sejarah
Noriah Taslim

Belasungkawa
A. Samad Ismail Perwatatakan Unik Membayangi Sumbangan Besarnya
Anwar Ridhwan

A. Samad Ismail Guru yang Cemerlang
Amida Abdulhamid

Shaharom Husain Permata Persuratan Melayu Sepanjang Zaman
Rusdi Abd. Rahman

Shaharom Husain Sukar Dicari Ganti
Talib Samat

Bicara Karya
Salasilah dalam Rakaman Puitis Sejarah Bangsa
Nawawee Mohammad

Selingkar Bundaran Kata
Pustaka di Tengah Keriuhan Kota
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Daripada Editor
 

Pengiktirafan untuk Ahli Filologi Melayu

Majlis Sastera Antarabangsa (MASTERA) yang ditubuhkan secara rasmi pada 12 Ogos 1996 merupakan majlis serantau yang mewakili lembaga pemerintah antara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.  Majlis ini berfungsi memberikan penumpuan khusus kepada bidang sastera.
   Dalam memenuhi matlamat penubuhan MASTERA, salah satu aktivitinya ialah pemberian Anugerah Sastera MASTERA.  Anugerah ini diwujudkan atas kesedaran bahawa sasterawan dan aktivis/pejuang sastera merupakan insan yang memberikan sumbangan yang besar kepada kecemerlangan dan perkembangan kesusasteraan rantau ini.  Anugerah inilah sebagai bukti pengiktirafan dan penghormatan kepada mereka yang sebahagian daripada umur mereka diabadikan untuk berkongsi ilmu, idea dan pemikiran mereka, demi kecemerlangan dan ketamadunan anak bangsanya.
  Penerima Anugerah Sastera MASTERA 2008 diberikan kepada Datuk Dr. Siti Hawa Salleh, seorang ahli filologi Melayu Tradisional, yang banyak menghasilkan pelbagai kajian tentang manuskrip Melayu.  Salah satu genre yang begitu banyak dikajinya ialah sastera hikayat, iaitu genre yang terdiri daripada karya yang dicipta khas untuk hiburan sambil menyelitkan unsur pengajaran, diceritakan dalam gaya bahawa persuratan Melayu klasik yang unik yang menjadi terkenal sebagai bahasa hikayat.  Beliau menghasilkan pelbagai karya, buku, makalah dan kertas kerja, yang diterbitkan dalam pelbagai media, jurnal ilmiah di dalam dan luar negara, dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
 Pengiktirafan ini tentunya menjadi motivasi kepada penulis Asia Tenggara, kerana selain S. E. A Write Award, Anugerah Sastera MASTERA juga menjadi anugerah yang dinanti-nantikan oleh sasterawan tanah air.
   Demikianlah tirai 2008 dilabuhkan dengan kisah suka dan duka yang  silih berganti dalam persada sastera tanah air. Masih belum terlambat untuk kami, sidang editorial Dewan Sastera, mengucapkan takziah kepada keluarga A. Samad Ismail yang kembali ke rahmatullah pada 4 September 2008 dan Shaharom Husain yang kembali ke rahmatullah pada 2 Oktober 2008. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh, Amin, Ya Allah. Al-Fatihah.

Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS
 

Siti Hawa Salleh Tokoh Penyelidikan Kesusasteraan Melayu Tradisional
OLEH : ZALILA SHARIF


Bertuah rumah ada tuannya, bertuah negeri ada pucuknya, dan bertuah bangsa ada tokohnya. Tokoh yang diperkatakan ialah Dato' Profesor Dr. Siti Hawa Salleh seorang tokoh sastera tradisional yang tiada tandingannya, dilahirkan pada 1 Mei 1940, di Tandop, Alor Setar, Kedah. Anak kelahiran sebelum merdeka ini penuh dengan pengalaman. Tahu ilmu yang berfaedah, tahu ilmu ada amalnya, tahu amal ada ilmunya, tahu lebih orang lain, tahu cerdik tempat bertanya, tahu tempat berguru, tahu menuntut pada yang patut, tahu mencontoh pada yang senonoh, dan lubuk akal lautan budi.  Beliau mempunyai teras Melayu yang sangat kuat dan sukar digugat. Setiap tunjuk ajarnya mencelikkan mata, menyaringkan telinga, membersihkan hati, menyempurnakan budi dan membaikkan pekerti.     

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Disember 2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:25:47 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.