Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     

   

   

 

 

 

Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

Print

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran menyampaikan ucaptama pada Muzakarah Munsyi Dewan 2016, Dewan Bahasa dan Pustaka. - Foto Rohanis Shukri

 

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha memperkukuh, menggalak dan membangunkan peluang penyelidikan bagi tujuan kemaslahatan ummah.

Antara bidang kerjasama akan dijalankan ialah penerbitan, perundingan, perkongsian maklumat dan penyelidikan.

Timbalan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehudin Abang Shokeran, berkata kerjasama dengan pejabat mufti itu bagi memastikan penerbitan buku agama Islam dapat dipertingkatkan lagi untuk panduan masyarakat.

 

"Kita amat berharap supaya dapat mengeluarkan buku berkualiti dengan adanya kepakaran daripada pejabat mufti sekali gus membantu menyediakan bahan manuskrip agama.

 

"Beberapa aspek dipersetujui bagi penerbitan berkaitan buku agama Islam antaranya penyediaan bahan manakala DBP akan memeriksa dari segi bahasa.

 

"Tujuan utama kita adalah untuk memperluaskan bahan bacaan keagamaan yang sesuai untuk keperluan pengguna di Wilayah Persekutuan seperti masjid, pejabat agama serta institusi pendidikan," katanya ditemui selepas Program Wacana Fikrah Ummah ke-3 2016 dan MoU DBP bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di sini.

 

Turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.