Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     

   

   

 

 

 

Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

Print

DBP rancang perluas khidmat Ujana Buku

Jempol 3 Oktober - Dewan Bahada dan Pustaka (DBP) akan menambah Ujana Buku, iaiutu kedai buku bergerak di Kelantan, Sarawak dan Sabah bermula tahun hadapan.

Ketua Bahagian Penyelidik Bahasa DBP, Aminah Awang Basar, berkata ketika ini ada tiga kedai buku bergerak, menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai.

Katanya, selain Ujana Buku di Kelantan, turut akan memberikan perkhidmatan di dua buah negeri iaitu Terengganu dan Pahang.

"Penambahan kedai buku bergerak ini dibuat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, terutama oleh pihak sekolah, universiti dan penganjur sesuatu program. Ini menunjukkan Ujana Buku kini diterima baik oleh masyarakat." katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Perasmian Kembara Bahasa Peringkat Negeri Sembilan di Padang Awam Kampung Serting Ilir di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan oleh EXCO Pendidikan dan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Shamsul Kahar Mohd Deli.

 

Aminah berkata setiap kedai buku bergerak mampu membawa sebanyak 500 buku terkini terbitan DBP, yang dijual dengan potongan harga sebanyak 15 peratus.

"Tujuan kita menjual buku terkini kerana mahu orang ramai mendapatkan bahan bacaan dengan lebih mudah selain isi kandungan setiap buku menggunakan suku kata yang diperakui oleh DBP sendiri." katanya.

Sementara itu, Aminah berkata, DBP turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran cepat menggunakan motosikal bagi setiap tempahan yang diterima tetapi ketika ini hanya beroperasi sekitar 30 kilometer  dari pejabat jualan DBP di Hulu Klang, Selangor.

Katanya, perkhidmatan itu mula beroperasi Khamis lalu menggunakan tiga motosikal dan berharap ia dapat membantu pembeli menerima tempahan buku dalam jangka masa yang singkat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.