Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     
   
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

Print

DBP akan perkenal UKBM untuk pelajar asing

 

NILAI: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan memperkenalkan Ujian Kefahaman Bahasa Melayu (UKBM) untuk pelajar asing yang mengikuti pengajian di universiti awam dan swasta di negara ini tidak lama lagi. Ujian itu juga akan dilaksanakan ke atas pekerja asing termasuk ekspatriat. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Awang Sariyan, berkata DBP sudah menyediakan kertas cadangan berhubung perkara itu melalui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia untuk dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat bagi kelulusan dasar.

Katanya, objektif UKBM untuk memastikan pelajar antarabangsa yang melanjutkan pelajaran di universiti awam dan swasta serta pekerja asing menguasai bahasa Melayu dengan baik. "Ujian ini tidak akan menjadi prasyarat untuk pelajar atau pekerja asing datang ke Malaysia, tetapi ia membolehkan institusi pengajian atau majikan mengetahui tahap penguasaan Bahasa Melayu mereka sebelum diserapkan ke kursus bahasa Melayu lanjutan," katanya. Kenali budaya tempatan Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara DBP dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi penerbitan secara bersama tiga judul buku tulisan ahli akademik USIM di sini, semalam. Tiga buku berkenaan berjudul Darah: Titisan Berharga Penyambung Nyawa, Prinsip dan Amalan Pengurusan Zakat di Malaysia dan Bersugi dan Kesihatan Pergigian Menurut Islam. Yang turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad. Awang berkata, pihaknya bekerjasama dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk menggubal ujian dan kursus berkaitan UKBM. Antara lain, modul UKBM menyelitkan pengetahuan asas mengenai budaya dan amalan masyarakat Malaysia bagi memudahkan warga asing menyesuaikan diri dan tidak menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat tempatan. "Projek perintis UKBM dimulakan di Universiti Utara Malaysia tahun lalu dan lebih banyak universiti termasuk USIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dijangka memulakan ujian itu September depan," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.