Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     
   
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

Print

Beri kontrak cetak buku teks kepada DBP


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan disaran supaya menyerahkan kontrak mencetak buku teks sekolah menengah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menjamin kualitinya.
 
Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Badruddin Abu Bakar berkata selain mempunyai kredibiliti dan kepakaran dalam menghasilkan buku teks, pemberian kontrak percetakan kepada DBP juga akan membantu merancakkan kembali industri percetakan negara.
 
"Kami berpendapat syarikat swasta yang menguasai 80 peratus kontrak percetakan gagal memasukkan unsur tanggungjawab sosial dalam tugas yang dilaksanakan mereka sehingga buku teks sekolah menengah yang dicetak mengandungi banyak kesalahan yang boleh menjejaskan prestasi pelajar dan industri.
 
"Sebagai permulaan, kami cuma mahu kerajaan dan Kementerian Pendidikan memberi perhatian dengan meningkatkan peratusan pemberian kerja-kerja mencetak sebanyak 50 peratus kepada DBP daripada 20 peratus ketika ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan ke-15 PPPMM di Bangi hari ini.
 
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem) Mohd Nizam Mahshar.
 
Badruddin berkata sebagai panduan, kerajaan boleh melihat kecemerlangan yang dibuktikan DBP apabila mengambil alih kerja-kerja percetakan buku teks sekolah rendah daripada syarikat konsesi yang dilantik pada Ogos tahun lepas.
 
Beliau berkata pengambilalihan sepenuhnya oleh DBP telah memastikan antaranya isu lewat cetak, buku tidak dapat diedar dan kesalahan dalam kandungan tidak lagi berbangkit.
 
Selain jumlah syarikat percetakan, pengedaran dan pemasaran dijangka bertambah, pemberian kontrak kepada DBP juga dijangka 'menghidupkan' semula syarikat Bumiputera yang terlibat dalam industri itu yang ketika ini dilihat menguncup, katanya.
 
Sementara itu, Mohd Nizam berkata berikutan kejayaan yang telah dibuktikan DBP, Mtem dan PPPMM dalam mesyuarat tersebut membuat resolusi untuk diserahkan segera kepada Kementerian Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar saranan itu diterima dan dilaksanakan.
 
Beliau berkata dengan DBP selaku pemegang kontrak, institusi yang sekian lama terkenal dalam memartabatkan bahasa dapat memandu dan menyelia syarikat percetakan, sekali gus mengurangkan risiko kesalahan yang tidak sewajarnya selaras dengan kepentingan buku teks selaku rujukan utama pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 
"Mtem dan PPPMM dengan kekuatan pemain industri melebihi 100 syarikat Bumiputera akan sentiasa menyokong usaha DBP sejajar dengan objektifnya untuk menerajui pengembangan bahasa dalam pembinaan negara bangsa," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.