Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     

   

   

 

 

 

Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

Print

UTM, DBP bangun 
kamus versi e-Braille

JOHOR BAHRU 9 Mac – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu ke segenap lapisan masyarakat termasuk dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.
Kerjasama itu membabitkan pembangunan kemudahan digital Kamus Dewan Edisi Keempat versi e-Braille bagi membolehkan komuniti OKU penglihatan mendapatkan akses tersebut secara lebih mudah, berbanding kamus tulisan braille biasa di pasaran.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak itu bukan baharu, namun usaha yang dilakukan kali ini pasti dapat membantu memartabatkan lagi bahasa kebangsaan di peringkat tertinggi.
“Dengan wujudnya kamus digital e-Braille ini, bukan sahaja komuniti OKU penglihatan di Malaysia mendapat manfaatnya tetapi juga pihak-pihak lain di peringkat antarabangsa.
“Secara tidak langsung usaha UTM dan DBP ini membantu menyebarkan lagi pengetahuan berkaitan bahasa Melayu di segenap lapisan masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Menandatangani MoU antara DBP dengan UTM di Dewan Sultan Iskandar, UTM di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan; Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, Prof. Dr. Noordin Mohd. Yusuf; Pengarah Penerbitan DBP, Padilah Ali dan Pengarah Penerbitan UTM, Prof. Madya Dr. Kassim Thukiman.
Prototaip pertama kamus digital itu dijangka siap dalam masa enam bulan dan memerlukan dana antara RM200,000 hingga RM300,000.
Sementara itu, Awang memberitahu, penerbitan kamus digital e-Braille merupakan langkah positif terhadap usaha pemerkasa dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat lebih tinggi.
“Ini merupakan langkah pertama dalam usaha menukar lebih banyak bahan bacaan berbentuk ilmiah kepada medium berbeza agar dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.